BAB 9🏷️

282 15 1
                                    


                             ISHH!

Dia mengeluh sekali lagi, Datin Riyana Humairah bergerak ke kanan dan kekiri, dahi berkerut itu diurut perlahan lahan, telefon bimbit nya ditenung berkali kali. Mesti ada perkara yang sedang dia fikirkan.

Perlahan lahan Datuk Rizaf Iskandar menuruni anak tangga, dahinya berkerut melihat gelagat Datin Riyana Humairah, dia terus menuju ke arah ruang tamu dimana Datin Riyana Humairah berada. Hairan, mengapa lain semacam muka dia harini? Ada yang tidak kene ke?

"Kamu dah kenapa Riyana?" Tanya Datuk Rizaf Iskandar, dia merebahkan badan ke atas sofa empuk itu, kaki kanan disilangkan ke atas peha kiri. lalu mengambil alat kawalan jauh untuk menghidupkan televisyen.

"Abah!" Tinggi nada Datin Riyana Humairah bersuara, dia menatap wajah Datuk Rizaf Iskandar dengan penuh serius. Lalu dia melabuhkan punggung bersebelahan dengan Datuk Rizaf Iskandar.

"Ya Allah dah kenapa kamu ni?" Dahinya berkerut melihat Datin Riyana Humairah.

"Cuba abah tengok ni, Riyana dah call Melur banyak kali tau! Tak dijawabnya jugak, mesti dia sengaja mengelak dari Riyana kan? Dah berapa hari dia menghilang? Geram dibuatnya" Datin Riyana Humairah menunjukkan skrin telefon bimbitnya yang terpampar beberapa panggilan call yang tidak dijawab, muka seperti tidak puas hati. Sakit hati dibuatnya anak bongsu ni. Kalau Melur balik rumah, tunggulah dia kerjakan nanti!

"Dia busy lah tu" singkat Datuk Rizaf Iskandar menjawab, muka kosong yang tidak rasa serba salah itu ditayangkan. Dia masih fokus melihat cerita yang terpampar di televisyen, seolah olah tidak mahu melayan karenah Datin Riyana Humairah itu.

"Senang je eh abah cakap, tak lama lagi dia akan berkahwin, Riyana mesti kene cari dia!" Beritahu Datin Riyana Humairah, muka serius ditayangkan, Melur akan berkahwin? Dengan siapa? Terkejut Datuk Rizaf Iskandar dibuatnya.

"Haa apa? Kamu jangan buat kerja gila Riyana! Melur tu satu satunya cucu perempuan yang abah ada,  jangan nak tentukan hidup mereka. Biar mereka sendiri yang tentukan, kamu tidak boleh bertindak terus macam ni, at least bincang lah dengan abah atau Emir dulu" Amarahnya tidak dapat dikawal, Riyana memang betul betul dah melampau saat ini! Jika Melur tau, sudah tentu dia takkan menerima semua ini. Tapi apakan daya, sikap Datin Riyana Humairah yang suka memaksa itu membuatkan dia terima semua hakikatnya.

"Riyana tahu apa yang Riyana buat, dia anak Riyana, baik buruk semua Riyana tahu, abah jangan nak ajar Riyana pulak. Keputusan Riyana MUKTAMAD!" Tengking Datin Riyana Humairah kepada Datuk Rizaf Iskandar, tidak sangka perkara ini akan berlaku, bagaimana dia mahu selesaikannya? Jika Tengku Emir Rollezzo dapat tahu tentang ini...pasti dia akan marah tidak tentu arah. Ahh pening nyer kepala hendak memikirkannya!

Kring! Kring! Kring

Sepantas kilat Datin Riyana Humairah  mengalihkan pandangannya melihat telefon bimbit yang terletak di atas meja. Dahinya berkerut, dia terus mengambil telefon itu, dan menekan button hijau yang terpampar di dalam skrin telefon. 

Manakala Datuk Rizaf Iskandar hanya mendiamkan diri sahaja melihat Datin Riyana Humairah yang sedang berdiri di hadapannya. Malas mahu melayan, makin melayan, makin sakit hati dibuatnya!

"Hello?" -Datin Riyana Humairah

"Hy, Riyana right? Ni saya Datin Sumayyah" mesra sahaja dia menjawab dari dalam panggilan fon, manakala dahi Datin Riyana Humairah berkerut, siapa Sumayyah ni? Mereka pernah berjumpa? Dari mana dia dapat nom aku? Haih, apa susah, tanya je lah dia. Ujarnya dalam hati.

"Emm Sumayyah? Siapa yer? Maaf lah saya kurang ingat sangat" Dia menggaru kepala yang tidak gatal itu perlahan lahan. Tatkala badannya jugak turut berjalan kekiri dan kekanan.

"Alah, pasal perkahwinan anak kita tu" Jawabnya, air kopi panas itu dicicip perlahan lahan, sementara menunggu jawapan dari Datin Riyana Humairah.

"Ouh Sumayyah, I baru ingat, ye ada apa call I ni?" Soalnya, dia tersenyum senyum berbual di dalam panggilan, dahi Datuk Rizaf Iskandar mula berkerut, apa yang mereka bualkan? Mesti ada sesuatu yang tidak kene.

"Boleh kita bincang pasal perkahwinan mereka? Ye lah kalau bincang awal kan senang sikit but..." Beritahunya untuk berjumpa dengan Datin Riyana Humairah, tidak sempat dia ingin menghabiskan ayatnya, Datin Riyana Humairah telah memotong dari awal.

"Boleh tak kita tangguhkan untuk sebulan? Saya ada masalah sikit sekarang" Ujarnya, dia Dalam keadaan gelisah sekarang ini, perkahwinan Melur tidak lama lagi akan berlangsung, tetapi dimana Melur berada? Kalau tiada dia, macam mana nak kahwin? Ish sakit hati aku pikirkan tentang itu.

"Apa maksud you ni? Kita dah tetapkan tarikh, senang senang je you nak tangguhkan?" Tangan kirinya menggenggam lalu menghentak meja dengan sekuat hati, ramai orang sekeliling pandang dirinya. Adui, terkuat lah pulak. Dia terus memberi senyuman mesra kepada mereka, sungguh memalukan.

"I'm so sorry Datin, but saya banyak masalah yang perlu diselesaikan, harap Datin faham" Ucapnya dengan keadaan yang takut dan sedih, bagaimana jika Datin Sumayyah membatalkan perkahwinan untuk anak mereka? Dah lah diorang kaya! Rugi kalau tak dibuat menantu, senang sikit untuk kerjanya nanti, nak duit tinggal mintak saja pada menantu sendiri.

Maklumlah, anak Datin Sumayyah itu Jenis turutkan apa saja yang orang minta, pasti dia akan memberikannya. Tetapi tidak pada semua, hanya yang tertentu.

"Ok apa kata, I yang sponsor untuk perkahwinan anak kita nanti? Kita buat dekat hotal viral mewah tu, amacam, ok tak?" Beritahunya sambil tersenyum.

"What? Series lah?" Ujar Datin Riyana Humairah dalam hati, Terbeliak anak matanya, biar betol dia nak sponsor? Senang kerja dia tak payah keluarkan se sen pun! Rasa teruja itu membuatkan dirinya kehulur kehilir dengan tidak tentu arah.

"but ada syaratnya" Jawab Datin Sumayyah, terus senyuman dibibir Datin Riyana Humairah kembali biasa, dahinya berkerut, syarat? Syarat apa? Harap dia tak mintak bukan bukan lah, Aku ni dahlah takde duit.

"S-s-syarat?" Gagap Datin Riyana Humairah menanyakan.

"Syaratnya ialah kahwinkan anak kita pada tarikh yang sudah ditetapkan, deal? Kalau tak, you jelah yang sponsor untuk perkahwinan ni" Beritahunya berlagak, sombong betul dia ni eh, mentang mentang kaya...boleh ugut ugut pulak, dia fikir dia siapa?

"Deal!" Ringkas Datin Riyana Humairah menjawab, jika dia tidak terima syarat itu, pasti dia yang perlu sponsor untuk acara perkahwinan anak mereka, dah lah tengah takde duit, si Tengku Emir Rollezzo pun tak reti bagi duit untuknya. Apa punya anak macam ni, ish!.

"Oright deal" Datin Sumayyah tersenyum lebar mendegar jawapan Datin Riyana Humairah, senang betul nak gunakan orang macam ni, settle kerja.

Dia terus mematikan panggilan itu, dan mencicip kopi yang panas itu dengan perlahan.

  

 MY. BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now