Bab 16🏷️

28 2 0
                                    


                         HAHAHA!

"Kelakar lah kau ni Bel!" Pukul Melur di bahu kanan Bella, terbahak-bahak mereka ketawa akan sesuatu perkara. Hingga tak ingat dunia mereka gelak, orang kiri kanan pun dah tak di kesahnya.

"Ish sakit lah Melur" dia mengusap bahunya dengan penuh kasih sayang sambil bibir dimuncungkan kehadapan.

"Eh maaflah, tangan ni memang auto terpukul awak kalau tengah ketawa hehe"

"Datin, nak terjah diorang sekarang ke? Diorang tengah sedap katawa happy happy tuh" Tanya pengawal beribadi Datin Riyana Humairah yang sedang berdiri bersebelahan dengannya.

"Nanti dulu, Kita tengok lepasni diorang nak kemana" jawab Datin Riyana Humairah.

"Lepasni awak nak kemana Melur?" Tanya Bella sambil mengelap meja makan yang agak kotor sedikit.

"Emm tak kemana pun, nak makan aiskrim tak?"

"Wah cadangan yang bagus, kebetulan Bel dah lama tak makan ais krim" ujar Bella dengan rase teruja.

JOM!!!

"Datin datin datin" panggil pengawal peribadinya sambil menepuk bahu kanan milik Datin Riyana Humairah yang baru sahaja terlelap tidur.

"Ha ha ha apa apa?" Kepalanya pusing kekanan dan kekiri, terkejut Datin dibuatnya.

"Tu tu! Diorang dah keluar dari kedai makan tuh Datin!" Ujar Mail pengawal peribadinya sambil menunjuk mereka yang sedang berjalan ke arah parking lot kereta.

"Jom jom Mail cepat ikut diorang!"

Mereka terus bergegas lari mengikut Melur dan Bella untuk menuju ke lokasi yang seterusnya.

Sementara itu Datin Riyana Humairah sedang menelefon seseorang untuk datang ke lokasi yang akan dia kongsikan nanti.

Setibanya dilokasi...

"Aunty!" Terjah seseorang lelaki yang berada dibelakang Datin Riyana Humairah. Apa yang mereka sedang lihat lihatkan dari luar kedai aiskrim itu? Garu kepalanya yang tidak gatal.

"Ya Allah Syam, terkejut aunty tau!"

"Ade apa aunty suruh Syam datang sini?" Soalnya sambil memerhatikan sesuatu.

Dia seolah olah terlihat sosok badan seseorang perempuan yang sedang berdiri di kaunter bayaran, sepertinya macam aku kenal? Tajam anak matanya memerhatikan sosok badan itu bergerak menuju ke meja hadapan. Lalu dia melabuhkan punggungnya, dan merasa sedikit aiskrim yang baru dia beli sebentar tadi.

"MELUR!" jerit Syam apabila melihat bakal isterinya berada di kedai aiskrim tersebut, barulah dia faham kenapa dan mengapa Datin Riyana Humairah menyuruhnya untuk datang kemari.

"Shhh, Pelankan sikit suara kamu tuh ish!" Pantas dia menepuk kepala milik lelaki itu, sakit dibuatnya. Ish Datin ni!

"Kamu tau kan ape yang perlu kamu buat?" Pandang Datin Riyana Humairah kepada Syam. Lalu lelaki itu menganggukkan kepalanya menandakan ia.

~🏷️~

"Syeikh Denni, teman kejap aku pergi kedai aiskrim tuh nak? Tekak ni tiba tiba meminta pulak" - Alvano

Syeikh Denni Donnello menjatuhkan kepalanya menandakan setuju. Lalu mereka terus melintas seberang jalan untuk pergi menuju ke kedai aiskrim yang berada tidak jauh dari meraka.

 MY. BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now