BAB 2 🏷️

438 35 1
                                    

CRIKK~~

Kedengaran bunyi pintu digeser ke hadapan sebaik saja Tengku Emir melangkah masuk ke dalam ruangan bilik office milik ALVANO.

"Vano, maaf aku..." Tidak sempat menghabiskan kata-katanya, Laju Alvano memotong.

"Lambat!" kerusi yang didudukinya berpaling ke arah Tengku Emir yang berhadapan dengan meja office miliknya.

"A-a-aku tak sengaja, aku ingatkan tadi nak jumpa adik aku sekejap, tapi ada perbalahan yang berlaku" beritahu Tengku Emir kepada Alvano, kepalanya dijatuhkan dengan rasa yang serba salah.

"It's not my problem" Ucap Alvano, dia mengeluarkan sekeping surat bewarna putih, dan diletakkan di atas meja.

"Apa ni?" Soal Tengku Emir, tangannya laju menggapai surat tersebut, lalu dia membuka sekeping kertas bersaiz A4 dengan lipatan kecil, lalu dia membaca setiap bait ayat yang tertulis di atas kertas tersebut.

"Minggu depan kita gerak ke itali, banyak hal yang perlu kita selesaikan" Beritahu Alvano dengan tatapan tajam, kedua-dua tanggannya digenggam antara satu sama lain.

"Bagi aku masa untuk fikir hal ni" Beritahunya Tengku Emir, macam-macam perkara yang sedang bermain di fikirannya sekarang ini, hal utama yang perlu dia selesai sekarang ini adalah untuk mencari dimana adik kesayangannya berada.

"Hmm?" Alvano meneka apa yang sedang Tengku Emir Rollezzo fikirkan, kening sebelah kanan dijongketkan, kepala dia menyenget melihat Tengku Emir Rollezzo yang berhadapan dengan dirinya.

"Aku pergi dulu, maaf " Segera Tengku Emir membuka langkahnya meninggalkan Alvano, lantas dia berlalu keluar dari bilik ofis tersebut.

Alvano Ganendra hanya tersenyum sinis melihat figura Tengku Emir Rollezzo yang keluar dari bilik office miliknya.

"You think? Kau boleh sorokkan hal itu semudah yang kau fikirkan?"

Kring! Kring! Kring!

Perjalanan Tengku Emir Rollezzo terhenti seketika apabila mendengar bunyi dari panggilan seseorang. Lantas, dia terus menyelup tangan kanannya ke dalam poket, laju dia menekan tombol hijau yang terpampa pada skrin telefon bimbit itu, terus menjawab.

"Hello?" Soalnya, kertas bersaiz A4 masih berada di dalam genggamannya.

"ABANG!!" Jerit Melur kepada Tengku Emir Rollezzo, terhinjut kedua-dua bahu Tengku Emir Rollezzo. Dia seakan-akan dibuai mimpi, benarkah ini Melur adiknya?

"Melur, it's you baby?" Soal Tengku Emir, dia mahukan kepastian sama ada itu benar-benar adiknya. Panggilan baby itu sudah biasa disebut oleh Tengku Emir kepada Melur.

sweet betol abang dengan adik ni.

"Ya abang, ni Melur lah" Jawabnya dengan nada yang mengada.

"Ya Allah, baby pergi mana? Kenapa buat abang dengan atuk risau?" Soalnya, dia benar-benar risau dengan keadaan Melur, bagaimana dia sekarang? Banyak hal yang bermain difikiran.

"Ish abang ni, banyak tanya pulak, abang free tak sekarang?" Soal Melur kepada abangnya Tengku Emir.

"Free je kenapa?" Jawabnya, Tanpa melengahkan masa, dia terus memasuki ke dalam perut kereta dan memulakan enjin, tatkala dia mengambil tempat dibahagian pemandu.

"Jom kita pergi makan kat McDonald, rindu nak jumpa abang"

"Mengada baby ni, 100 minit nanti abang sampai" Ujarnya Tengku Emir, dah lama tidak bergurau dengan adiknya. Rindu pulak rasanya.

Melur hanya ketawa kecil lalu mematikan panggilan fon itu dan terus bergerak ke lokasi yang dijanjikan.

------

Melur baru saja melangkah masuk ke dalam ruangan McDonald, matanya tidak berhenti memerhatikan setiap sudut di McDonald, dimana agaknya kelibat abangnya berada.

"Melur" Kedengaran suara garau sedang memanggil dirinya, dia terus mengalihkan pandangan dimana panggilan itu didengari.

"Eh abang, tak perasan pulak hehe" Ujar Melur kepada abangnya. Dia menarik kerusi dah melabuhkan punggungnya dan duduk berhadapan dengan Tengku Emir.

"Abang dah order, nanti makanan sampai" beritahu Tengku Emir, singkat.

"Atuk macam mana? Sihat? Rindu pulak dengan atuk.." Soalnya, anak mata masih tidak lari dari memandang wajah kosong milik Tengku Emir Rollezzo.

"Sihat je Alhamdullilah, kamu ni yang buat orang risau, kenapa tak telefon abang kalau dah sampai? " Tengku Emir menyoal, kalini dengan nada yang begitu serius, dahinya berkerut sedikit melihat Melur.

"Hehe saja, malas nak serabutkan otak"

"Excuse" Pelayan Macdonald itu menuju ke arah mereka berdua untuk menghantar makanan yang dipesan. Dulang yang berisi penuh dengan makanan itu diletakkan diatas meja.

"Baby sekarang duduk ngan siapa?" Soal Tengku Emir Rollezzo sambil mengunyah kentang dengan perlahan-lahan.

"Ouh Melur sewa rumah dekat-dekat sini" Beritahunya. Didalam mulut dipenuhi makanan yang masih dikunyah perlahan-lahan.

"Makan pelan-pelan, kang tersedak mati kat sini, taknak abang angkat baby" - Ujar Tengku Emir, saja nak kenakan adiknya itu. Dia mengeluarkan ketawa kecil.

"Ish abang!"

"Rahsiakan dari mama yang abang jumpa Melur, kalau boleh nom Melur tu abang save je nama orang lain" beritahu Melur.

"Abang tau, soalan yang pertama akan mama tanya kita mesti.."

"Bila nak kahwin?" Serentak Tengku Emir dan Melur mengajuk ayat yang selalu mamanya katakan. Mereka ketawa kecil, ayat itu seolah-olah sudah sebati dalam diri mereka.

"Ouh sebelum abang lupa, minggu depan abang kene gerak ke Itali" Beritahu Tengku Emir sambil mengunyah perlahan kentang dimulut.

"Dengan siapa?" Soal Melur.

"Kawan abang" Singkat sahaja Tengku Emir Rollezzo menjawab.

"Siapa nama?" Soalnya lagi, Saja bertanya banyak, mana lah tau berkenan kan. Dapatlah dia senyapkan mulut mamanya yang asik bertanya bila nak kahwin.

"Eh baby ni, sebok nak tau...rahsia" Ucap Tengku Emir.

"Ala abang ni tanya je" Ujar Melur, bibirnya dimuncungkan kehadapan.

"Elelele comelnya baby abang ni" Tengku Emir mencubit pipi Melur yang putih mulus itu. Patutlah pipinya berisi, makan banyak.

"Ish abang ni, Melur dah besar lah, malu orang nampak nanti" Laju dia menepis tangan Tengku Emir. Kalau tak mengusik, tak sah lah beradik tuh.

Tengku Emir hanya ketawa kecil melihat gelagat adik kesayangannya, mereka melanjutkan makan dan pulang setibanya selesai.

 MY. BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now