Bab 10🏷️

258 23 0
                                    

And here we go...

HAA!?

"Atok biar betul? Kerja gila apa yang mama nak buat ni? Buat hal lah pulak time macam ni, susah!" Mengeluh Tengku Emir Rollezzo, sakit kepala dibuatnya, dahinya berkerut apabila mendapat tahu yang adiknya Melur akan berkahwin tidak lama lagi, pasti mama punya kerja, habistu siapa je yang asik mahu mereka berkahwin selain Datin Riyana Humairah? Stress...

"Ya, atok pun tak sangka yang mama kamu akan bertindak macam ni, apa yang Emir nak buat sekarang? Melur macam mana?" Soalnya, kepalanya memusing mengintai setiap sudut di rumah, takut ada makhluk yang sedang mendengar perbualan mereka melalui telefon, siapa lagi kalau bukan Datin Riyana Humairah itu.

"Emm nanti lah Emir fikirkan, ada kerja yang Emir nak buat ni, Assalamualaikum" Dia mematikan panggilan telefon itu, terus meletakkan telefon bimbit miliknya di atas meja, badannya disandarkan kebelakang kerusi...haih sakit kepala dibuatnya.

Dia memejamkan mata buat seketika, terdengar bunyi geseran pintu bilik dibuka oleh seseorang...lantas dia terus menolehkan pandangannya melihat ke arah pintu bilik.

Terlihat figura lelaki tinggi lampai yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik...

"Lah kau Vano, ingatkan siapa tadi...nak ape?" Soalnya sambil mengeleng gelengkan kepala untuk menghilangkan rasa ngantuk dan pening.

"Nothing, aku cuma nak serahkan surat ni, bagi kat Zayden" Alvano mengeluh, dia terus melabuhkan punggung dihadapan meja dengan Tengku Emir Rollezzo.

"Dia kacau lagi? Tak serik serik" Soal Tengku Emir Rollezzo, dia tersenyum kecil melihat Alvano, mesti budak Zayden Ello tu kacau dia...mujurlah sebab tak dapat ikut pergi ke Itali. Tetapi dari riak wajah Alvano, seperti ada perkara yang masih dia tidak ketahui, apa yang bossnya sedang fikirkan? Muka tegang semacam.

"Yes" singkat saja dia menjawab, dia teringat perkara yang terjadi antara dia dengan Zayden Ello sebentar tadi, bengang! Sakit hati dibuat! Walaupun perkara kecil, tidak boleh dibuat main. Ahhh fuck! Ujarnya didalam hati.

Flashback...

Kring! Kring! Kring!

Kedengaran bunyi telefon bimbit milik Alvano berbunyi di atas meja makan, lantas terus pembantunya memanggil Alvano untuk menjawab panggilan tersebut.

"Tuan! Tuan! Ada orang call" panggilnya.

"Who?" Ujarnya, dia menuruni anak tangga dan menuju ke arah meja makan sambil memakai jam tangan yang bewarna silver kegemarannya.

Pembantu itu hanya menggelengkan kepala, terus memberikan telefon bimbit itu kepada Alvano.

Alvano terus menekan tombol hijau pada skrin telefon tersebut...

"Yes?" - Alvano Ganendra

"Nak ikut gi Itali" Jerit Zayden Ello dalam panggilan, membuatkan Alvano tiada mood pada pagi hari. Memang mengundang kemarahan betol!

"Ok" Jawab Alvano. Sakit kepala dibuatnya..

"Tolong lah bawak aku pergi Itali, bosan kerja office kat sini...tolong lah" Merayu Zayden Ello sambil tangannya menahan muka Isaac Muaz yang ingin bercakap dengan Alvano. Kesian Isaac dibuatnya, habis muka hensem tu kene tapak tangan busuk Zayden hmm...

"Bosan" cawan yang berada digenggamannya terhempas jatuh ke permukaan lantai, bersepah sepihan sepihan kaca di atas lantai akibat tertolak oleh Alvano. Tangannya terluka kecil akibat terkena serpihan kaca, setitik demi setitik darah itu jatuh ke permukaan lantai.

"Boleh lahh" rayu zayden

"Tak" Dia terus mematikan panggilan, lalu terus melangkah keluar dari pintu utama dan memakai kasut bewarna hitam yang menjadi pilihannya.

Tetapi...

"Eh tuan..." Panggil madam Ashsyidah untuk memberhentikan perbuatan Alvano.

Alvano mengalihkan pandangannya melihat madam itu, tatapan dengan penuh tajam dia melihat.

"Tangan tuan berdarah, meh saya bersihkan dulu" Ujarnya, tangannya laju menyentuh bahagian pergelangan tangan Alvano...tetapi apakan daya Alvano sempat menepis. Dia tidak biasa disentuh oleh mana mana perempuan.

"No it's okay" Dengah endah tak endah dia terus meninggalkan madam itu. Banyak lagi kerja yang perlu dia buat, daripada melayan karenah gedik perempuan ni. Not my taste, perempuan murah macam tu siapa je nak? Jijik! Ujarnya di dalam hati.

"Marah pon comel ish hehehe" madam Ashsyida itu terlompat lompat melihat Alvano yang meninggalkan dia dan menuju ke arah kereta. Hensemnyer! Tinggi, hensem, apa lagi? Memang cukup pakej untuk aku lah! Ujarnya didalam hati.

WHAT!

"So fucking man, gediknya" beritahu Tengku Emir, dia terus melihat ke arah skrin telefon bimbitnya yang menunjukkan ada notification baru masuk, dia tersenyum lebar apabila Melur adiknya sendiri yang menghantar mesej, rindu betul dekat adiknya...takpe tinggal beberapa hari lagi je dia akan balik ke Malaysia. Sabar tau Melur!

"Senyum senyum chat awek?" Soal Alvano, keningnya dijongketkan...

"Nope, my lovely sister bro, lagi helok adik aku dari madam tu" Ujar Tengku Emir sambil tersenyum lebar membalas mesej daripada Melur.

"Betul lah tu" balas Alvano dengan perlahan. Sedangkan Tengku Emir Rollezzo terus mengalihkan pandangannya melihat Alvano, dia salah dengar ke tadi? Betul ke apa yang Alvano cakap tadi?

"Ha apa? Tak dengar" Soal Tengku Emir Rollezzo dengan dahi yang berkerut. Series lah?

"Nothing, ha nanti jangan lupa bagi surat tu kat zayden, bye" Alvano terus melangkah keluar daripada bilik tersebut. Manakala Tengku Emir Rollezzo hanya melihat figura Alvano yang sedang berjalan menuju ke arah pintu bilik. Hairan, tak mungkin dia salah dengar kan?

 MY. BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now