Bab 12🏷️

233 10 1
                                    


     "Emm, lupa Melur nak tanya. Abang buat apa pergi Italy sana? Sampai seminggu" Soal Melur Ellina sambil mengunyah perlahan kentang didalam mulutnya.

"Bunuh orang" spontan Tengku Emir Rollezzo menjawab, soalah olah perkara biasa yang dia fikirkan.

Tersembur air minuman yang diminum oleh Melur Ellina ke muka Tengku Emir, Aku salah dengar ke tadi? Bunuh orang? Biar betol, takkan lah abang nak buat semua tu kan?

"B-b-bunuh orang? B-b-betul ke?" Soal Melur Ellina dalam keadaan takut. Dengan muka tegang milik Tengku Emir Rollezzo pun, sudah membuatkan dia menelan air liur.

"Betul lah, dah 5 orang abang bunuh tau!" Jawabnya selamba, dengan muka berlagak poyoh tu, bunuh 5 orang? Mimpi agaknya.

"Abang! Betul betul lah!" Laju tangan kecilnya memukul bahu kiri milik Alvano. Geram dibuatnya! Orang serius ni, dia pulak jawab main-main! Ish!

"HAHAHA, gurau je lah, kawan abang dia ada company kat sana, banyak kerja yang belum dia selesaikan. Jadi, dia mintak abang dengan kawan kawan abang yang tolong. Itu je" Senyum kecil Tengku Emir Rollezzo kepada Melur Ellina.

"Ouh, kaya nyer die. Siapa nama die?" Soal Melur Ellina, niatnya betul-betul ingin tahu siapakah lelaki kaya yang mempunyai syarikat di Italy. Kini dia hanya menunggu jawapan dari Tengku Emir.

"Alvano Ganendra" Ringkas, tepat, dan simple dia menjawab.

"Dah makan cepat, lepasni abang nak ke rumah mama pulak" manis senyuman Tengku Emir yang terukir dibibir. Manakala Melur Ellina hanya menjatuhkan kepalanya  mengiyakan tanda dia bersetuju. 

......

"Datin, saya dah jumpa dia, ada apa apa lagi yang perlu saya buat sekarang?" anak matanya tidak lari memerhatikan seorang gadis yang berada dihadapannya sekarang ini. Kini, tugasnya pun sudah selesai. Dimana keberadaan Melur Ellina sekarang? semuanya sudah terjawab. Tinggal tunggu waktu dan masa yang sesuai. 

KRING! KRING! KRING!

Kedengaran bunyi telefon bimbit itu berbunyi. Laju tangan lelaki itu menggapai telefon bimbit tersebut yang berada bersebelahan dengan sofa yang didudukinya. Suara garau didalam telefon bimbit kini bersuara.

"Macam mana? Semuanya berjalan dengan baik?" Soal lelaki garau itu.

"Jangan risau boss, rancangan kita semuanya masih dalam keadaan yang terkawal. Anything happen, aku akan roger" Balasnya dengan keadaan yang tenang, badannya berdiri menghadap ke arah tingkap dengan senyuman sinis yang diberi. Nampaknya, bigboss kita dah balik dari Italy, ujarnya didalam hati. 

lampu bewarna hijau merah itu hanya berkelip kelip dibahagian tepi kamera litar tertutup itu yang berada tersembunyi didalam bilik lelaki itu. 

"Haih, buat kerja lain kali biar clear bro" ujar Isaac Muaz, dia tersenyum sinis melihat perbualan lelaki itu dengan seseorang dari kamera litar tertutup (CCTV) .

"Dasar penghianat!!!" tangannya menggenggam kuat membentuk penumbuk, dia hanya merenung tajam ke arah rakaman kamera litar tertutup itu. Penghianat macam kau ni, tak boleh hidup lama, ujarnya didalam hati, senyuman sinis yang terukir dibibir. 

Alvano memulas tombol pintu dan terus melangkah masuk ke dalam rumah serta diikuti oleh dua orang anak buahnya. Anak matanya meliar setiap sudut dirumah, seperti ada perkara yang telah terjadi semasa ketiadaan dirinya disini. Tanpa untuk memikirkan panjang, dia  meletakkan barangnya di atas meja, lalu terus pergi ke dapur untuk membasahi tekak yang kering dahaga.   

Syeikh Denni Donnello melompat masuk ke dalam rumah lalu mendepakan tangannya dalam bentuk pelukan.

"Aku tahu ramai rindu aku, come here peluk me" ujarnya masih tercegat di hadapan pintu, sambil menutup mata seolah olah akan ada orang yang datang untuk memeluknya. 

Manakala Luq Irsyad hanya menjeling Syeikh Denni Donnello dari belakang. Dah kenapa mamat ni. 

Kedengaran tapak kaki seseorang yang sedang menuruni anak tangga, bunyi itu semakin lama semakin kuat, dan semakin dekat, rupa rupanya...

"My baby boom Luq!!!" jerit Isaac Muaz dengan gembira dan teruja akan kepulangan abang kesayangannya Luq. Dia terus berlari anak ke arah Luq Irsyad. 

"Isaac ucuk!!!" Luq Irsyad turut berlari ke arah Isaac, mereka berpelukan. 

Syeikh Deenni Donnello hanya berdiam diri dan masih tercegat di hadapan pintu, lalu dia menghempas beg Luq Irsyad digenggamannya. Bibir dimuncungkan kehadapan, dasar lupa kawan, yang aku berdiri kat sini korang tak nampak ke! ujarnya didalam hati. 

"Hamik ni, bawak sendiri beg lanat kau" Syeikh Denni Donnello terus meninggalkan mereka berdua. Dia terus menuju ke arah bilik sambil menghentakkan kakinya. 

"Uish mat, bergegar rumah ni" Luq Irsyad dan Isaac Muaz ketawa kecil melihat Syeikh Denni Donnello. 

"Mana Zayden?" sampuk Alvano yang berada di dapur sambil mencicip kopi panas dengan perlahan lahan.  

Lepas pertanyaan itu membuatkan reaksi muka Isaac Muaz dari ketawa hingga menjadi tegang, seperti tiada mood untuk berbual tentang Zayden Ello pada waktu sebegini. Setelah beberapa minit Isaac Muaz berdiamkan diri, akhirnya dia bersuara juga. 

"Jangan disebabkan satu anjing, habis anjing yang lain. Kau faham kan?" Beritahu Isaac Muaz dengan nada suara yang serius, malas untuk memanjangkan perbualan, dia terus pergi ke ruangan tamu dan membuka televisyen. 

cukup itu sahaja sudah membuatkan Alvano faham apa yang Isaac Muaz cuba untuk sampaikan, dia terus tersenyum sinis sambil mencicip kopi panas itu. Anak matanya terus meihat tajam ke arah bilik yang bersign board 'ZAYDEN ELLO'.

Luq Irsyad menekan tombol yang terdapat di atas permukaan remote itu, untuk menukar saluran channel yang lebih menarik dan best untuk di tonton.

Tiba tiba terpampar  iklan lagu Lesserafim (LAGU SMART)  di televisyen yang membuatkan Luq Irsyad lebih teruja untuk menari. 

"Isaac! lagu girlfriend kita keluar!!" Jerit Luq Irsyad, dia terus menegakkan badannya bangun dari sofa, lalu dia bersedia untuk menari. 

Isaac Muaz  terus bergegas keluar dari tandas dan terus menuju ke ruang tamu. 

"omo omo wait for me!!" jerit Isaac Muaz dengan gembira dan teruja untuk menari. 


















 MY. BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now