Bab 8🏷️

247 18 0
                                    

   
          PINTU kereta dibuka oleh pemandu peribadinya, terlihat figura lelaki yang berpakaian serba hitam bersama 3 orang yang ikut jalan dibelakangnya. Jelas sungguh, itulah Alvano Ganendra bersama 3 orang anak buahnya.

Lekas bodyguard itu terus membuka pintu masuk dan memberi laluan kepada Alvano Ganendra untuk menuju ke bilik bawah tanah.

Bodyguard itu juga turut mengekori Alvano Ganendra untuk memasuki ke dalam bilik tersebut, tetapi...

"Eh, kau tunggu sini, faham?" Dengan tegas Sheikh Denni Donnello mengarahkan bodyguard itu untuk terus menunggu mereka diluar bilik. Tatapan yang penuh tajam diberikan.

"F-f-faham tuan" Dia terpaksa menelan air liur untuk membasahi tekak yang tidak basah, dia menjatuhkan kepalanya tanda setuju dengan arahan itu. Tidak mampu untuk melihat tatapan tajam itu...dia terus beredar meninggalkan 3 orang lelaki itu.

"Kau ni pun, jangan takutkan mem tu" Ujar Tengku Emir Rollezzo, dia menolak bahu milik Sheikh Denni Donnello, terus dia membuka langkah untuk terus masuk ke dalam bilik itu.

"Ntah kau ni, apa lah" Sampuk Luq Irsyad, dia menggelengkan kepalanya kekanan dan kekiri, tatkala dia juga turut masuk ke dalam bilik tersebut.

"Eh monyet ni" Jelingan diberikan kepada mereka, dia mengekori masuk ke dalam bilik itu.

"Boss" panggil lelaki itu apabila melihat Alvano Ganendra berdiri dihadapannya.

"Thanks" Ucap Alvano Ganendra kepada lelaki itu, pandangannya dialihkan melihat lelaki yang terikat di tiang, dia tersenyum sinis melihat lelaki itu terseksa. Cukup puas baginya.

"Aku serahkan dia, pape just call me" Bisik lelaki itu pada telinga kiri Alvano, dia terus membuka langkah untuk keluar dari bilik tersebut.

"Ok" Alvano hanya menayangkan wajah kosong pada lelaki itu. Kedua-dua tangan berada di dalam poket seluar. Dia hanya berdiri melihat lelaki dihapannya dengan penuh kegembiraan.

Aouch!

Bahu mereka bertembung antara satu sama lain...Luq Irsyad yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu dilanggar oleh pembantu khas Alvano Ganendra, lelaki itu baru sahaja ingin keluar dari bilik tersebut...malah ada halangan yang menimpa.

"Eh kau ni tumbok kang, Mata takde ke?" Tengking Luq Irsyad, genggaman penumbuk tangan kanannya dihala pada muka lelaki itu, mujur tidak kena. Hanya olokan semata mata.

"What the..." Lelaki itu menjeling, dia terus memulas tombol pintu dan melangkah keluar dari bilik tersebut.

Anak mata lelaki itu terbeliak luas apabila melihat figura lelaki tinggi lampai sedang berdiri dihadapannya sekarang ini, jelas dia sedang dalam keadaan takut sekarang ini.

"How dare you Osman!" Tengking Alvano Ganendra kepada lelaki itu, dia mula mendekatkan diri kepada lelaki itu, badannya mula dibonggokkan.

"T-t-t-tuan saya mintak maaf" Ujar Osman, nafasnya mula diatur perlahan lahan, muka Alvano Ganendra kini betul betul berhadapan dengan mukanya. Terasa deruan nafas yang hangat terkena pada mukanya.

"Aku benci orang yang khianat, you know it right?" Bisik Alvano pada cuping telinga kiri Osman. Dia mula tersenyum sinis melihat Osman dalam keadaan takut sekarang ini. Badannya seratus peratus dikawal oleh emosi.

"Kids, alihkan dia" panggil Alvano kepada tiga orang anak buahnya, mereka terus mengangkat lelaki itu ke atas kerusi, dan diikat sekuat hati.

"Tali apa lah yang kau beli ni vano, susah betol nak ikat" Bebel Sheikh Denni Donnello. Payah betol nak ikat tangan mamat ni guna tali ni. Makin buat aku baran je sekarang ni.

 MY. BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now