PROLOG

930 21 6
                                    

CUACA mulai panas, Eliena tetap berjalan di atas jalan tar meskipun berkaki ayam. Panas yang ia rasa ia hiraukan.

Matanya memandang tong sampah hijau di hujung sana, segera ia hampiri. Di buka tong sampah itu lalu digeledah di dalam tong sampah itu berharap ada sisa makanan yang boleh mengisi perutnya.

" astaghfirullah dek buat apa ni? " sapa seorang perempuan yang sedikit tua darinya yang baru mencecah 12 tahun.

" dek.. kalau lapar jangan lah makan sisa makanan.. tak baik untuk kesihatan " ujar perempuan itu lagi. " jom ikut aunty.. aunty bawa kamu balik rumah " pelawa perempuan itu pula.

Namun Eliena geleng. Tak mahu dia ikuti sesiapa yang ia tak dikenali. " jangan takut.. aunty nak tolong kamu.. kamu macam lapar sangat jom makan dekat rumah aunty " pujuk perempuan itu lagi.

Dipujuk berkali-kali akhirnya Eliena mengalah.




MATANYA memandang rumah mewah di hadapannya. Sungguh besar terasa ia tak layak untuk jejak masuk ke dalam dengan berkaki ayam yang sudah memijak berbagai jenis kotoran.

" meh masuk.. tak de apa " perempuan itu menarik lengan Eliena lembut dan perlahan menjejak masuk ke dalam.

" mama! " laung seorang lelaki berumur 16 tahun. Namun selepas ia sampai di hadapan mamanya terkedu melihat seorang lagi di samping mamanya yang ia langsung tidak kenal.

" mama? siapa dia? " soal Zayden anak tunggal Datin Sofea dan Dato Han's.

" mama ternampak dia tengah cari makan dalam tong sampah, jadi mama bawak balik lah.. " ujar Datin Sofea mengusap kepala Eliana lembut yang sudah bersembunyi di sebalik tubuhnya.

" kenapa mama bawa dia balik! tengok lah baju dia, rambut dia! langsung tak terjaga! " ujar Zayden memandang dengki terhadap Eliena. Eliena yang akan sedar pandangan itu semakin takut.

" Zayden Ziyyad! don't rude with your parents! mama tak pernah ajar untuk kurang ajar dengan mama ataupun papa " tegur Datin Sofea.

" Zayden tak suka budak busuk ni! Tak suka! " ujar Zayden melangkah naik ke bilik. Hilang mood cerianya hanya disebabkan kehadiran Eliena.

" sayang.. jangan kisahkan sangat anak aunty tu.. dia memang macam tu.. dah jom aunty bawa kamu mandi kemudian makan oke? " lembut suara Datin Sofea bercakap dengannya




ELIENA memandang luar tingkap, kini dia serba wangi dan bersih.

" Elie... " sapa Datin Sofea masuk ke dalam bilik. Eliena memandang pemilik suara.

Datin Sofea melabuhkan punggung di samping Eliena. Kepala Eliena di usap perlahan. " lepas ni.. panggil mama dan papa je.. don't call aunty or uncle after this " ujar Datin Sofea.

Eliena sekadar angguk, padahal dia hanya memahami ayat hadapan manakala dia langsung tak faham ayat terakhir. Ayat Planet mana tu?

" anggap je kami ni macam ibu ayah kamu.." ujar Datin Sofea lembut. " tapi... " tak tahu mahu mulakan macam mana apabila terfikir kan anak tunggal Datin Sofea dan Dato Han's.

" Zayden? nanti mama pujuk dia terima kamu sebahagian family.. dia tu baik je cuma acah ego sikit " ujar Datin Sofea.

Eliena menggangguk.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hanya Dia ✔Where stories live. Discover now