PINTU usang itu ditolak ke dalam perlahan.
" Assalamualaikum. " salamnya sembari menjejak masuk ke dalam. " walaupun dah tinggal lama, semua nampak rapi dan kemas ya. " komen Harrith memandang sekeliling rumah itu. Zayyad mengukirkan satu senyuman." ya, aku akan balik untuk kemas. Sayang kalau aku nak jual. Banyak kenangan dekat sini. " ujar Zayyad. Ditepuk-tepuk sofa itu hingga keluarnya debu. Dia labuhkan punggung di atas sofa.
" rumah ni boleh lah kau duduk bila kau dah kahwin nanti. Elok pun elok. Tenang pun tenang juga. " cadang Harrith. Zayyad mengangkat keningnya sebelah. " kau perli aku? "
" perli apa? Aku kata benda yang betul. Lagipun kau tak perlulah duduk Kuala Lumpur lepas kahwin, rumah yang kita duduk pun itu rumah sewa. Nanti susah kau nak cari rumah. Sana kebanyakan apartment. " kata Harrith. Zayyad sekadar mengganguk.
Jam tangannya dia pandang. " sekarang dah jam tiga, petang karang kau bawa la aku siar-siar dekat pekan baling. Aku pun dah lama tak datang sini. Rindu pula rasanya dengan baling ni. "
Zayyad mengganguk lagi. " aku nak naik nak mandi. Kau buat lah apa yang kau nak buat. Layan diri oke? " pamit Zayyad. Dia bangkit meluru masuk ke dalam biliknya.
" ZAYYAD dia ambil cuti hari ini. Dia balik kampung dia. " ujar Kak Lin. Amanda mengerutkan dahinya. " Baling? "
Kak Lin sekadar mengganguk.
" Kak Lin! " sapa seorang dari arah belakang. Amanda menoleh. Riaknya langsung berubah.
" haih sudahlah tiada adab, datang-datang terus jerit. " sindir Amanda." Eh, Elie datang dari awal pagi lagi. Dia tengah cuti jadi dia datang tolong Kak Lin, Kak Lin minta dia belikan gula itu dia baru balik. " jelas Kak Lin. Amanda menjeling.
" ish ish, tahulah dengki tapi jangan tunjuk sangat. Oh ya, orang tua ini datang kemari untuk apa? Ingin bertemu dengan buah hati saya? Maaflah beliau tiada di sini, pulang ke kampung halamannya. Maka, orang tua ini dipersilakan berambus dari sini ya. " ujar Eliena tajam. Tampak lembut namun berbisa orangnya.
Digepal kedua-dua belah tangannya. " kau jangan cabar aku! Jangan sampai hinggap tangan aku dekat muka kau! " geramnya. Eliena tersenyum senget. " sudahlah tua, banyak celoteh pula. "
Kak Lin cuba menghentikan Eliena dari berkata, terlihat Amanda sudah seperti mahu
' meletup ' . Namun, Eliena endahkan sahaja, kemarahan Amanda adalah kebahagiaannya.Dia mengangkat kakinya melangkah meninggalkan kedua-dua wanita itu.
Kak Lin melepaskan keluhannya. " Elie ni, buat akak risau. Nanti kalau dia ajak bertumbuk macam mana? "
Eliena menyengih. " alah, Elie tumbuk lah dia balik. Apa susahnya. " selambanya. Kak Lin menggeleng perlahan.
" oh ya, ini yang akak ada suruh Elie beli tadi. " katanya sembari dihulurkan beg plastik berisi dua pek gula halus. Kak Lin menyambut huluran tersebut.
" NANTI wa bayar lah. Sabar sikit boleh? "
" sabar? Hey! Wa sudah tunggu lu bayar lu punya hutang hampir dua bulan tahu? Lu mahu wa bakar lu punya rumah baru mahu bayar kah? " ujar ah long itu. Kayu bersaiz sederhana dan tebal itu dipegang erat.
" wa tahu, sabar lah. Beri wa masa. "
" masa? Oke baik. Wa beri lu dalam dua minggu untuk lu langsaikan hutang-hutang lu. Kalo lu tak bayar, nahas lu wa kerjakan! " lantang suara lelaki berbangsa cina itu. Sembari ditunding kayu itu tepat ke wajah Suhail.
Lelaki itu meninggalkan kawasan tersebut diikuti anak buahnya.
Suhail mendengus. " sial mana aku nak dapat duit sebanyak itu? Haih! "
YOU ARE READING
Hanya Dia ✔
RomanceIMAN ZAYYAD | ELIENA AURORA Love is the only language that needs no translation. - Muhammad Iman Zayyad - Start : 20 Januari 2024 End : 24 Jun 2024 Warning ⚠️ : This story has no intention to discredit anyone, whether dead or alive. #top 1 happy