ELIENA melabuhkan punggung-nya di atas katil empuk milik-nya. Telefon bimbit-nya dicapai sebelum dia membuka aplikasi WhatsApp.
Jarinya menari di atas skrin telefon menaip sesuatu.
aku bosan, jom pergi mana-mana?.
dia menekan send selepas selesai menaip.
Tak menunggu lama, mesej-nya dibalas.
boleh la... aku pun tengah bosan. Dalam pukul 2:30 p.m. aku datang ambil kau.
Eliena mematikan skrin telefon bimbit-nya seusai membaca balasan mesej itu. Segera dia bangkit berlalu ke bilik air tak lupa dengan tuala mandi yang tergantung di paku belakang pintu bilik.
ZAYYAD mengelap meja dengan kain lembap. Pinggan-pinggan yang kotor di angkat lalu dibawa ke dapur.
“ bro... ” panggil Harrith. Zayyad yang bertopi hitam itu memandang-nya. “ apa? ” kening-nya dijungkit ke atas. “ ada orang cari kau... ” ujar Harrith sambil jari-nya ditujukan ke arah kiri. Zayyad hanya mengganguk. Tangan-nya dicuci sebelum dia melangkah ke luar dapur.
“ abang yad! ”
“ perempuan ni lagi... ” bisik hati-nya, mata-nya lekat memandang Eliena. Gadis itu hanya bersarung hoodie berwarna ungu dengan rambut panjang-nya diikat kemas.
“ kau lagi? ” jegil mata-nya memandang Eliena. Namun, gadis itu hanya tersengih bagaikan kerang busuk. “ ye saya lagi... ” selamba Eliena membalas.
“ nak apa lagi? ” soal Zayyad memeluk tubuh. Mata-nya masih memandang Eliena dengan dingin tanpa riak. “ nak order air la... takkan nak ngorat abang yad pulak... ” sengih Eliena. Hana yang dibelakang sudah cuak. Biar betul kawan-nya ini?
“ nak air apa? cepat, aku sibuk. ” dengan nada sedikit kasar dia bersuara. “ cepat-cepat nak ke mana? masuk meminang saya ke? ” usik Eliena. Zayyad mengulingkan mata-nya ke atas. “ cepat sebelum aku halau kau. ” kasar Zayyad.
Mahu saja dia mengorak langkah pergi namun, dia cuba melayan karenah gadis dihadapan-nya.
“ oke oke... nak air coffee latte yang sejuk punya, nak dua. ” ujar Eliena. Zayyad hanya mengganguk sebelum dia melangkah pergi.
Hana dibelakang menampar bahu Eliena kuat.
“ aduh! ” ringis Eliena. Bahu-nya digosok yang terasa sakit. “ kau ni! apehal gatal semacam? setahu aku kau ni innocent!” ujar Hana.Eliena hanya menyengih. “ kalau nak sesuatu kene la usaha kan? usaha kan tanda kejayaan. ” kembang kempis hidung-nya mengatakan itu. Hana hanya menatap Eliena dengan 'pandangan maut'.
DATIN Sofea memandang luar jendela. “ awak termenung apa? ” soal Dato Han's melabuhkan punggung di sofa. Datin Sofea memandang sang suami lalu mengambil tempat di samping suami.
“ tak ade apa la... ” ujar-nya. “ Zayden mana? ” soal-nya pula. “ ada dekat atas, tengah main game la kot. ” jawab Dato Han's. Dicapai surat khabar yang berada di atas meja hadapan-nya itu lalu diselak buka.
“ saya ingat nak balik kampung la... ” ujar Datin Sofea tiba-tiba. Lantas lelaki itu memandang isteri-nya. “ kenapa tiba-tiba? ” soal-nya hairan.
“ rindu la suasana kampung... rindu nak jenguk adik saya tu... ” kata Datin Sofea. Dato Han's mendiamkan diri sebelum dia membuka mulut semula. “ awak rindu adik awak atau awak rindu anak yang awak buang? ” soal Dato Han's. Terselit juga dengan nada sindir.
Datin Sofea memandang-nya. “ saya bukan buang bang! saya just bagi adik saya jaga dia, that's no problem right? ”
“ not a problem? are you crazy? he's your son! he is your biological son before you was born zayden. ” ujar Dato Han's tegas. Datin Sofea terdiam. Lidah-nya kelu.
“ dah menjadi perkara biasa kalau seorang bayi tu ada penyakit, tak bermakna dia akan sakit sampai dia dewasa. Now I'm sure, if you meet him too. He will not think of you as his mother. Because you dumped him. ” dengan nada sedikit keras dia bersuara. Lantas dia bangkit berlalu pergi.
Datin Sofea masih diam. Dihurungi rasa bersalah dalam diri-nya.
“ Ya Allah... ”
PUAN Malisa mencampak sehelai kertas ke arah wajah si suami. Tuan Zulkifli memandang-nya dengan riak marah. “ apa ni?, boleh kan bagi elok-elok ” ujar Tuan Zulkifli. Dikawal amarah-nya.
“ saya nak cerai! saya dah penat dengan awak! asyik-asyik makan telur goreng dan kicap. Ingat saya tak muak ke?! ” jerit Puan Malisa. Langsung Tuan Zulkifli bangkit dari duduk-nya.
“ eh! kau kalau nak sangat makan mewah! pergi la kerja sendiri! harap dengan aku je ingat aku ni apa?! hamba kau?! ” tengking Tuan Zulkifli. Puan Malisa hanya menatap tanpa gentar dan takut.
“ kalau kau nak sangat baik. Nurul Malisa bin Haji aku ceraikan kau dengan talak tiga ” lafaz Tuan Zulkifli menatap Puan Malisa.
Puan Malisa mengganguk. “ bagus la tu terus talak tiga! ” dia meluru masuk ke dalam bilik. Dicapai beg baju dan diisi ke semua baju-nya sebelum dia melangkah keluar dari bilik.
Buat kali terakhir dia memandang lelaki yang baru sahaja melafazkan cerai kepada-nya.
“ Assalamualaikum. ” salam-nya dan melangkah pergi. Tuan Zulkifli mengeluh berat. Dia melabuhkan punggung di atas sofa lalu bersandar.Mata-nya dipejam erat. Erlan yang baru tiba di rumah memandang si bapa. “ ayah? Ibu pergi mana dengan beg bagai tu? ” soal-nya.
“ aku dah ceraikan dia. Lantak dia la nak pergi mana pun, kalau kau nak ikut dia pun aku tak kisah la! ” Tuan Zulkifli langsung bangkit berlalu ke bilik. Erlan terkaku di situ.
Rambut-nya di gengam erat lalu di ramas. “ ergh! kenapa aku tak leh bahagia macam orang lain! ”
ELIENA menatap Zayyad. Lelaki itu baru sahaja selesai dengan shift-nya.
“ abang yad! ” panggil-nya dengan riang. Zayyad memandang. Dia memutarkan bebola mata-nya ke atas. “ kau ni tak reti balik ke? dah dekat maghrib. Perempuan macam kau tak elok duduk luar. ” ujar Zayyad.
“ auch, abang yad rupa-nya caring dengan kita la... ” dengan nada ayu dia berkata. Zayyad semakin rimas. “ ish! kau nak apa pendek? hari-hari kacau aku buat kerja? ” soal Zayyad.
“ nak abang yad! ” jawab Eliena.Zayyad semakin malas. Lantas dia mengorak langkah menghampiri motorsikal spor bike-nya Yamaha R25 berwarna hitam itu. Disarung helmet hitam ke atas kepala.
“ abang yad! nak nombor telefon! ” mohon Eliena. “ kau ni, aku kenal kau pun tidak tiba-tiba nak bagi kau nombor telefon. ”
“ abang yad jangan nak buat-buat lupa eh! abang yad dah tua sangat ke? sampai lupa Eliena? Ni Elie laa, perempuan yang abang yad selamatkan dalam hujan 8 tahun yang lalu! ”
Ujar Eliena yakin. Peristiwa itu masih segar difikiran-nya.Dahi Zayyad berkerut di sebalik helmet. Bulu kening-nya hampir bertaut. Dia langsung tidak boleh mengingati siapa gadis di hadapan-nya.
“ aku tak ingat, dah ke tepi. Kang aku langgar tak pasal aku masuk penjara. ” ujar Zayyad. Dihidupkan enjin motorsikal-nya lalu ditarik gear.
“ alaaa abang yad! ” Eliena masih belum mahu berputus asa. Tak dihiraukan suara gadis itu langsung ditunggang berlalu pergi. Eliena mencebik.
“ jaga la abang yad! Elie tetap kacau abang yad! ” ujar-nya sendiri. Ditanam dalam hati dengan baik mahu terus mengganggu abang yad kesayangan-nya.
YOU ARE READING
Hanya Dia ✔
Storie d'amoreIMAN ZAYYAD | ELIENA AURORA Love is the only language that needs no translation. - Muhammad Iman Zayyad - Start : 20 Januari 2024 End : 24 Jun 2024 Warning ⚠️ : This story has no intention to discredit anyone, whether dead or alive. #top 1 happy