DIA menerjah masuk ke dalam. " astaghfirullah! " jerit Harrith. Zayyad melangkah masuk. " woi, kau kenapa? Bila masa kau balik Kuala Lumpur? "
Soalan lelaki itu dia hiraukan. Kolar baju Harrith digenggam. " mana Suhail?! " jerit Zayyad. Harrith sudah pelik. " kau kenapa? Mana aku tahu. " hairannya.
" tak sekarang ini kau kenapa? "
Kolar baju Harrith dilepas kasar. Dia makin tidak terkawal. " aku tanya kau- "
" Suhail pernah rogol Eliena!! Kau faham tak?! " bentak Zayyad. Harrith terdiam. Rahangnya jatuh dek mendengar hal ini.
" aku...aku kene jumpa dia! " jerit Zayyad. Lelaki itu betul-betul emosi. Melihat tersayang pernah diratah, hatinya membuak-buak panas.
" yad, sabar...sabar. "
Pintu dibuka luas. Kedua-dua lelaki itu memandang. " Oi aku- " kata Suhail terhenti melihat abangnya di hadapan. " sejak bila kau balik? " angkuhnya.
Zayyad menghampiri Suhail bersama genggaman penumbuk. Dia lepaskan penumbuk itu pada wajah Suhail. " Ya Allah! Zayyad! " jerit Harrith. Dia menarik tubuh sasa Zayyad yang sedang menumbuk Suhail berkali-kali.
" istighfar yad! "
Suhail bangkit. Wajahnya calar dek kerana ditumbuk Zayyad. " kau kenapa?! " bentak Suhail.
" kau tanya aku kenapa?! Kau tanya aku kenapa?!! Apa kena dengan kau sampai nak jadi munafik hah?! " bentak Zayyad.
Berkerut dahi Suhail. " kau kenapa? Tahulah aku hisap- "
" kau pernah rogol orang!! "
Suhail terkedu. Macam mana rahsianya terbongkar?
" kau lari dari Baling, lepastu kau buat maksiat dekat sini?! Kau ni dah kenapa?! Teruk sangat ke ibu dan ayah jaga kau sampai kau tergamak nak buat benda bodoh ni?! " tempik Zayyad.
" m...macam mana kau tahu? "
" sebab orang yang kau rogol Eliena!!! Isteri aku!! " sekali lagi Suhail terkedu. Bagaimana dia boleh lupa? Gadis yang pernah dia temui 13 tahun yang lalu kini adalah orang yang sedang dia cintai.
" kau memang munafik!! Kau memang tak guna! Memang patut kau anggap aku bukan abang kau! Aku gagal didik kau! Aku gagal didik kau Aiman Suhail! " jerit Zayyad. Emosinya kian bertambah.
BAHU lelaki itu ditepuk. " bertenang yad... " ujar Harrith. Zayyad diam masih bersama linangan air mata.
" aku faham kau marah...tapi jangan emosi tu kuasai kau... " kata Harrith. Zayyad mengeluh.
" dah sekarang bertenang. Suhail pun dah dihantar ke balai. Kau tenang oke? Semuanya akan oke. " Zayyad sekadar mengganguk.
Zayyad memandang kosong.
" ish! Jangan lah ambik mainan orang! " dengus Suhail. Zayyad menjelirkan lidahnya.
" mari lah ambik kalau boleh. " usiknya membawa lari mainan milik Suhail." ibu! Tengok abang yad! " adu Suhail. Puan Alia mengggeleng bersama senyuman. " yad... " lembut Puan Alia.
" alah, itu pun mengadu. Cengeng. " sinis Zayyad yang masih berumur 14 tahun itu. Suhail mencebik. " ibu! "
Puan Alia cekak pinggang. " ya lah, ya lah. " Zayyad mengalah. Diberi semula mainan milik Suhail. Suhail menjelirkan lidahnya sebelum berlari ke Puan Alia.
" ish! Nasib comel. Tidak dah makan! "
" ibu tengok abang yad nak makan tite. " adu Suhail. Puan Alia tersenyum sembari ketawa kecil. " abang yad gurau je tu..."
Dia rindu akan suasana dahulu. Riang tanpa dendam dan benci.
ZAYYAD menolak pintu masuk ke dalam. Membulat matanya melihat Eliena yang sedang mengelap dahi Tuan Zulkifli.
" sayang? "
" ya? " Eliena menoleh.
" sayang...buat apa? "
" lap dahi ayah. " ujar Eliena bersama senyuman. Zayyad diam. Sedang bermimpi kah dia?
" Elie perlahan maafkan kami...masa kau balik rumah lama kau tadi, puas kami pujuk Elie, itu yang sekarang baik tu. " ujar Erlan yang baru keluar dari bilik air. Zayyad membentukkan bibirnya ' o '.
" kalau tidak, tak adanya Elie nak lap lap bagai ni. " ujar Eliena. Tuan Zulkifli tersenyum. " oh ya, mana ibu? " soal Eliena.
Erlan terdiam. Tuan Zulkifli mulai dilanda rasa bersalah.
" ibu...ibu dengan ayah dah cerai Elie...dia lari rumah. " kata Tuan Zulkifli. Nada lelaki itu sayu.
Eliena terkedu.
" ABANG, ada nampak tak telefon Elie? " soal Eliena. Zayyad menggeleng. " boleh tolong carikan? Elie nak telefon mama. " pinta Eliena. Zayyad tersenyum lalu mengganguk.
" sayang pakai dulu telefon abang, biar abang cari telefon sayang. " ujar Zayyad. Eliena mengganguk.
Zayyad melangkah keluar dari bilik, membiarkan sang isteri berbual dengan Datin Sofea.
Dia melangkah ke ruang tamu, terlihat sosok tubuh Erlan dan Tuan Zulkifli sedang berbual. Niatnya mahu menghampiri namun, langkahnya terhenti mendengar perbualan dua orang lelaki itu.
" beritahu saja lah. Ini arahan Erlan. " kata Tuan Zulkifli yang masih duduk di atas kerusi roda. Erlan mengeluh. " tapi... "
" tapi apa? Sampai bila kamu nak rahsiakan? Dia layak tahu Erlan. Dia patut tahu. "
Erlan menundukkan wajahnya. " Erlan tak nak- "
" itu jalan terbaik. Apa yang kamu buat salah. Erlan serah lah diri. Tak rasa bersalah ke kamu pada Zayyad? " soal Tuan Zulkifli. Erlan diam.
" dia tak ada buat salah, tapi kamu saja yang lebih-lebih. Nak berdendam apa semua. Sampai sanggup langgar kereta diorang. "
Zayyad terkedu.
" Erlan... "
" apa maksud kau hah?! " bentak Zayyad.
Erlan dan Tuan Zulkifli lantas menoleh melihat riak wajah garang Zayyad.
YOU ARE READING
Hanya Dia ✔
RomanceIMAN ZAYYAD | ELIENA AURORA Love is the only language that needs no translation. - Muhammad Iman Zayyad - Start : 20 Januari 2024 End : 24 Jun 2024 Warning ⚠️ : This story has no intention to discredit anyone, whether dead or alive. #top 1 happy