BAB 11

207 10 4
                                    

DIA menjejak masuk ke dalama cafe itu. Dia menghampiri kaunter.

Harrith yang sedar kehadiran si dia mengeluh.
coffee mocha or Zayyad? ” soalnya. Dia menatap gadis itu lekat.

Eliena menyengih. “ why not both? ” selamba Eliena.

Harrith mengucap panjang. Mengapa harus dia yang perlu menghadap gadis bermulut murai ini...

“ Zayyad tak de. Dia ambik cuti dua hari. ” jelas Harrith. Eliena menatapnya. “ cuti? Dia sakit ke? Dia demam? Sakit kepala? Sakit perut? Sakit lutut? ” bertubi-tubi soalan yang meniti di bibirnya.

Harrith mengeluh. Ya Allah!

“ dia tak berapa tak sihat. Dia belum nak mati Eliena Aurora. ” ujar Harrith. “ how you know my name? ” soal Eliena.

“ Zayyad beritahu. ”

Mahu saja dia beritahu Zayyad sediakan nama khas untuk gadis berambut panjang hadapannya ini. Gadis bermulut murai!

“ takpa la. Elie nak air macam biasa. ” pesannya. Harrith mengganguk. Dia berlalu ke dapur belakang.

Pintu masuk dibuka. Erlan.

“ bro. ” panggilnya menatap Harrith. Kehadiran Eliena belum ia sedar.

Harrith yang baru sahaja tiba di kaunter semula setelah memberitahu pesanan Eliena kepada Kak Lin, dia memandang Erlan.

“ aku nak air macam biasa. ” ujarnya. Harrith menggangguk lagi lalu berlalu ke dapur semula.

Matanya melirik gadis yang hanya ketinggian berparaskan dadanya.

“ awak yang saya langgar hari tu kan? ” soalnya menyapa. Eliena menoleh. Terbutang biji mata Eliena melihat figura hadapannya.

“ terkejut sangat ke sampai nak terkeluar biji mata tu. ” ujar Erlan sedikit tertawa. Eliena langsung tidak menunjukkan apa-apa riak. Beku.

“ awak ni cuba senyum. Masam je muka. ” Erlan menayangkan senyuman manis. Eliena memandang dengan penuh kebencian.

Dia menoleh ke hadapan semula. Tak mahu dia menatap wajah Erlan. Membuak-buak rasa benci dalam dirinya saat melihat Erlan.

“ sombongnya. ”








DITOLAK pintu itu ke dalam sebelum menjejak masuk ke dalam.

Dia menghampiri rak yang menyediakan horror genre.

Dia memandang novel-novel horror  yang terjual. Dibelek beberapa buah novel. Di baca blurb yang terdapat di belakang novel.

“ encik ada tertarik mana-mana novel hantu ke? Atau semacam sejenis seram? ” soal seorang gadis berambut panjang.

Dia menoleh. Bersinar matanya melihat gadis di hadapannya. Memiliki kulit putih bersih, berambut hitam dan panjang. Terjaga dengan rapi. Tak lupa juga dengan warna mata coklat.

“ encik? ” panggilnya lagi melihat lelaki itu lekat memandang dirinya tanpa berkelip.

“ ha ye? Maaf. ”

“ haah saya minat seram. ” jawabnya. Matanya masih lekat memandang gadis yang berjaya memikat hatinya.

Eliena menatap lelaki berambut hitam itu dengan wajah hairan. “ demam ke mamat ni? ” soalnya di dalam hati.

“ minat seram, tapi kenapa pandang saya? ada hantu ataupun kunti ke kat wajah saya ni? ” soal Eliena.

Bagaikan tersedar ke alam nyata dia terus berkelip beberapa kali. Dia berdehem.

Hanya Dia ✔Where stories live. Discover now