DILABUHKAN punggung di salah satu kerusi sembari menatap di luar dinding kaca.
" haih, termenung apa encik Yad? " tegur Kak Lin. Zayyad menoleh seraya dia menghadiahkan senyuman manis. " tak ada apa lah, Kak Lin. " jawabnya acuh tak acuh.
Wanita itu mengambil tempat berhadapan Zayyad. " bila tiada costumer rasa bosan dan harap ada, tapi bila ada costumer mula lah mengeluh penat. "
Zayyad menyengih. Ada benar apa yang dikatakan oleh Kak Lin. " Harrith mana Kak Lin? " soalnya. Matanya melilau mencari figura lelaki itu. " ada, tengah cuci pinggan mangkuk dekat belakang. Entah apa yang lama sangat, cuci pinggan je...bukan buat pinggan. "
Zayyad ketawa mengekek. Kak Lin senyum segaris. " Zayyad, kebelakangan ini akak tengok kamu ni macam banyak masalah. Oke tidak? "
Zayyad menggangguk, mahu menyedapkan hati wanita itu. " Kak Lin, tak perlu lah risau. Yad oke saja. Cuma mungkin penat sangat itu yang kebelakangan ini kerap murung. " Kak Lin menggangguk. " dah kamu kata macam tu, ye lah. Apa-apapun kalau ada masalah cerita saja. Okey? " Zayyad mengganguk.
" Akak nak ke belakang, nak tengok budak bertuah tu buat apa yang lama sangat. " pamit Kak Lin. Dia bangkit melangkah ke dapur. Zayyad sekadar memandang, sebelum suara pintu utama dibuka langsung dia menoleh.
Air mukanya serta-merta berubah.
" kau nak apa? "
" macam biasa. Duit. " selamba Suhail.
Zayyad mendengus. " sudahlah, kau ingat aku ini apa? Bank kau? Cuba kau usaha sikit cari duit. " geram Zayyad. " aku tengah usahalah ini cari duit. "
" dengan apa? Judi? Jual dadah? " tekannya. Suhail mendengus. " kau bagi ja lah, apa yang susah sangat. "
" Suhail, aku kalau kau minta duit untuk sesuatu yang baik aku boleh bagi, tapi kalau untuk keburukan sampai mati pun takkan pernah lagi aku hulur duit untuk kau! " lantang suaranya. Mata helangnya tajam menusuk ke mata Suhail.
" Zayyad. "
Mendengar namanya dipanggil langsung menoleh. Lagi membuak amarahnya di dada melihat si pemanggil.
" Zayyad, kenapa ni? Siapa dia- "
Melihat wajah Suhail, lidahnya kelu. Begitu juga Suhail.
Berkerut dahi Zayyad melihat situasi sekarang. " Dah kenapa? Kau orang dua kenal? "
Amanda memandang Zayyad. " tak, tak kenal. Cuma...terkejut sebab first time jumpa. " dalihnya. Suhail diam.
Zayyad mendengarnya agak ragu mahu mempercayai. Seolah-olah seperti ada sesuatu yang disembunyikan darinya.
BEG tangan milik si gadis itu ditarik dari arah belakang. " ish! " dengus Amanda. Dia memandang wajah lelaki itu.
" kau nak apa? " soal Amanda bernada malas. Suhail memandang wajah Amanda dalam.
" apa hubungan kau dengan abang aku? " soal Suhail. " untuk apa kau tahu? "" ikut suka hati aku lah. "
" aku dengan abang kau tu, bekas kekasih. " jawab Amanda. " oh, mestilah bekas kekasih sebab kantoi curang dengan adiknya sendiri. " sinis Suhail.
Tajam matanya memandang Suhail. " jangan kau ungkit hal itu. "
" do i care? Kau kena ingat, kita putus pun sebab kau curang dengan jantan lain pulak. Memang tak cukup satu lah kau ni. "
" Kau tu perempuan yang tak layak untuk dijadikan isteri. Sebab? Sebab kau tu tak cukup satu lelaki. Kau ingat aku tak tahu rancangan sebenar kau dengan dekatkan diri dengan Zayyad? Aku tahu niat sebenar kau Amanda. Kau buat semua ini bukan untuk dapatkan hati abang aku balik. " sambungnya lagi.
YOU ARE READING
Hanya Dia ✔
RomanceIMAN ZAYYAD | ELIENA AURORA Love is the only language that needs no translation. - Muhammad Iman Zayyad - Start : 20 Januari 2024 End : 24 Jun 2024 Warning ⚠️ : This story has no intention to discredit anyone, whether dead or alive. #top 1 happy