ELIENA yang sedang memotong bawang di dapur dia hampiri. " Eliena... " lembut Datin Sofea memangil. Gadis itu menoleh dengan wajah tenangnya. " Zayyad...mana? "
Seketika wajah gadis itu murung. " ada dalam bilik...lepas dia balik malam semalam dia terus tidur tanpa cakap apa. Sampai sekarang dia kekal dalam bilik tu. " jawab Eliena.
Datin Sofea mengeluh perlahan. " ma...boleh Elie tahu? "
" tahu apa? "
" pasal Zayyad. " jawab Eliena laju. Datin Sofea terdiam.
" kita tunggu Zayyad tenang dulu. " sampuk Dato Han's yang tiba-tiba sahaja muncul. Eliena menoleh. Datin Sofea menggangguk perlahan. " ada betul juga papa kamu kata tu. Lebih baik tunggu Zayyad tenang dulu, biar dia sekali dengar. "
Eliena mengganguk.
DISAAT Dato Han's melihat Zayyad yang hendak mahu melangkah keluar segera dia memanggil.
" Zayyad. " lembut namun tegas. Zayyad mendengus kasar sebelum memalingkan wajahnya menghadap Dato Han's atau...ayahnya.
" boleh duduk dulu? " soal Dato Han's. " Zayyad nak keluar jumpa Harrith... "
Dato Han's mengeluh. " sekejap saja... "
Zayyad menghela nafas. Dia perlahan menghampiri sofa ruang tamu lalu melabuhkan punggung di atas sofa.
" papa nak cakap apa? " soal Zayyad. Meskipun hatinya berat mahu memandang wajah lelaki berusia di hadapannya ini akan kerana rasa amarah namun tetap dia pendam. Rasa hormatnya masih kuat di dalam diri.
" Zayyad...masih marah pasal hal itu? " soal Dato Han's. " siapa je tak marah. "
Dato Han's mengganguk. " papa faham. Tapi- "
" tapi apa? Nak Zayyad rasa simpati dengan mama? Apa salah Zayyad sampai kau orang dua buang Zayyad? " cantas lelaki itu. Dato Han's terdiam. " Zayyad...kami- "
" kami apa? Sebab Zayyad ada sakit masa kecil dan rasa terbeban? " potong Zayyad. Dato Han's terkedu. " Zayyad tahu. Dalam surat tu jelas tertulis pemberian anak atas sebab apa. Hanya sebab Zayyad ada sakit waktu kecil...sanggup nak serah darah daging sendiri kepada orang lain walaupun itu adalah adik sendiri. Adik mama, ibu. " sambungnya lagi.
Zayyad lantas bangkit mahu melangkah pergi. Namun. " Zayyad. " lembut Datin Sofea memanggilnya. Dia dengar semuanya.
" mama tahu...Zayyad rasa marah dan kecewa...tapi kami tetap sayang Zayyad. Kami tetap jenguk Zayyad dekat Baling waktu Zayyad kacil lagi. " ujar Datin Sofea bernada memujuk.
" Zayyad...maafkan kami ya. " pinta Dato Han's. Zayyad mengeluh kasar. " nanti kita balik Baling ya? Jenguk adik mama tu. Mama pun rindu dia. Dia sihat? " soal Datin Sofea.
Zayyad terdiam. Kembali kejadian beberapa tahun lalu menerjah fikirannya.
" YA ALLAH IBU! AYAH! " jeritnya. Perlahan dia merangkak dengan sakit yang dirasai. Tangan Puan Alia dipegang erat. " ibu...bertahan ibu... " sayunya bersama linangan air mata.
" ibu...ibu tak kuat yad... " serak nada Puan Alia. Zayyad menggeleng laju. " t-tak, ibu kuat. Allah ada ibu. Percayalah dia akan tolong. Ibu... "
Matanya memandang Tuan Ruiz yang sudah tidak sedarkan diri. Lelaki itu masih di dalam kereta, kepala tersandar pada stereng kereta dan beberapa titisan darah mengalir di dahi.
" ayah... "
" zayyad...perut ibu sakit...sakit sangat... " adu Puan Alia. " i...ibu, kandungan ibu. " dia perlahan bangkit. Memeluk erat tubuh Puan Alia yang sedang sarat mengandung.
" ya Allah..." perlahan Puan Alia menyebut kalimah Allah. Menahan rasa sakit di bahagian perutnya yang mempunyai penghuni itu.
" mengucap ibu...mengucap... "
" A...asyhadu an laa ilaaha illallaahu, wa asyhaduanna muhammadar rasuulullah. "
Terasa dunia mulai gelap. " ibu?... " bahu wanita itu digerakkan perlahan. Mata Puan Alia kekal tertutup rapat.
" ibu dah lama mati...dengan ayah. "
Datin Sofea terduduk di atas lantai. Dato Han's terdiam.
" Zayyad koma dua minggu selepas pengsan lepas tengok ibu mati depan mata Zayyad sendiri. Bila Zayyad bangun, yang Zayyad ingat hanya kemalangan itu. "
" bila Zayyad dapat tahu ibu sebelum ini tak boleh mengandung barulah Zayyad tahu kenapa waktu dia dapat tahu dia mengandung atas keizinan Allah, dia menangis teresak-esak. "
" tapi, Zayyad tertanya-tanya...kalau ibu belum pernah mengandung sebelum dia mengandung hari kejadian, siapa Zayyad? Siapa ibu sebenar Zayyad. Sampailah Zayyad sendiri jumpa surat pemberian anak tu. " jelas lelaki itu.
Matanya menangkap sosok tubuh yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Eliena. Gadis itu menahan tangis mendengar peritnya jalan cerita seorang Zayyad.
PINTU ditolak masuk ke dalam. Harrith sibuk mengelap meja. " mana Zayyad? "
Pertanyaan itu mengejutkan Harrith. Lelaki itu lantas menoleh. " kau nak apa lagi? " soal Harrith malas. Meneruskan kerjanya. " aku tanya mana Zayyad? " tanya Amanda lagi.
Dia mencampak kain kecil itu ke meja. Dia memandang Amanda. " kau tak serik lagi ke ha? " soal Harrith. " selagi dia tak merasa apa yang aku rasa, selagi tu takkan aku duduk diam. "
" rasa apa? Rasa nasi lemak? " sempat dia melawak di situ pula. Amanda mendengus. " kepala bapak- "
" eh bapak aku kau jangan main eh, sebelum kepala kau aku potong baik kau berambus. " ujar Harrith. Ditunjuk pintu keluar. " berambus. "
Amanda menyilang tangannya berparaskan dada. " takkan. Aku nak jumpa Zayyad. " gadis itu berkeras. " kau ini! Zayyad dah tak kerja sini lah! "
Amanda mengerutkan dahinya. " what?! Habis dia dekat mana? " soal Amanda, ingin tahu. " kau ingat aku akan beritahu? Berambus je lah perempuan. " halau Harrith lagi. Amanda mendengus. " aku bayar kau kalau kau beritahu. "
Wah, mahu rasuah pula?
Harrith tersenyum sinis. " nak rasuah aku pula. Tsk, muka je cantik kan? Tapi hati buruk! Hitam! " tengking lelaki itu. Amanda terasa tercabar. " kau jaga sikit mulut tu! "
" memang aku jaga, sebab tu mulut aku lawa tak macam kau, lebih buruk kalau pakai gincu. Gincu merah nak menggatal dengan suami orang. Pakai ketat macamlah badan tu lawa sangat, entah-entah span je dalam tu. " pedas Harrith. Amanda menggepal kedua-dua belah tangannya.
" kau!! " tangganya naik meninggi. Sebelum tangannya mendarat ke wajah Harrith sempat lelaki itu mengelak, dan disaat itu lah Kak Lin sedang membawa air yang panas mahu dibawa ke tempat air tersedia.
" Allah!! " jerit wanita itu.
" argh!!! Muka aku!!! "
Harrith terkedu, begitu juga Kak Lin. Melihat wajah Amanda kini sudah memerah bak tomato akibat tumpahan air panas pada wajahnya.
" H...harrith telefon pihak hospital! " jerit Kak Lin. Dia laju ke belakang dapur mahu mengambil tuala kering. Harrith lantas mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor 999 didail.
Amanda terus-menerus menjerit kesakitan yang dia rasai.
Macam mana? Kalau min puas. Hehehe.
YOU ARE READING
Hanya Dia ✔
RomanceIMAN ZAYYAD | ELIENA AURORA Love is the only language that needs no translation. - Muhammad Iman Zayyad - Start : 20 Januari 2024 End : 24 Jun 2024 Warning ⚠️ : This story has no intention to discredit anyone, whether dead or alive. #top 1 happy