BEBERAPA orang tetamu sudahpun tiba. Hana elok duduk bersimpuh di antara ibunya dan Datin Sofea. Belakangnya pula ada Eliena yang sentiasa temaninya.
" kau tenang je ha, acah-acah macam kau ini Spider-Man yang datang- "
" diam kau, Lama-lama dengan kau boleh rosak aku. " potong Hana. Dijeling gadis itu. Eliena menyengih. " jangan lah marah cik adik. Bakal adik ipar mu mahu menenangkan dirimu. "
Hana mendengus. Tok kadi bersama pengantin lelaki tiba. Zayden terlihat segak berbaju melayu dan bersampin lengkap. Kacak!
Dia melabuhkan sila dihadapan tok kadi. " kita mula ya? Semua dah ada. " ujar tok kadi. Dihulurkan tangan dan Zayden menyambut huluran tersebut.
" Muhammad Zayden Ziyyad bin Muhammad. "
" ya saya. "
" aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan kau dengan Nur Hana Dalia binti Ahmad dengan mas kahwinnya sebanyak Rm 980 ringgit tunai. "
" aku terima nikahnya Nur Hana Dalia binti Ahmad dengan mas kahwinnya sebanyak Rm 980 ringgit tunai. "
" sah? Sah? Alhamdulillah... " ditadah tangan beramai-ramai sebelum bacaan doa dibaca oleh tok kadi.
Hana sudah tersengih-sengih. Ya Allah.
Usai mendirikan solat sunat kahwin, kini sesi membatalkan air sembahyang.
" assalamualaikum isteri. "
" waalaikumsalam suami. "
" nak muntah aku dengar. " sampuk Eliena dibelakang. Datin Sofea menampar paha gadis itu lembut dengan pandangan tajam. Eliena mencebik.
Disarung cincin ke jari mulus milik Hana lalu dikucup dahi wanita itu. Hana Dalia milik Zayden Ziyyad.
AYAM yang sudak dicobek disuap ke dalam mulut Eliena. " sedap. " komen Eliena. Zayyad tersenyum.
" abang... " mata gadis itu tertuju pada sesuatu. Zayyad mengangkat kening sebelah.
" ya? "" tu... "
Zayyad mengalihkan pandangannya, memandang dimana Eliena juga memandang. Terasa tekaknya mula mual. Dia pandang isterinya pula. " sayang... "
" boleh lah...ambilkan? Pleaseee " rayu gadis itu. Zayyad mengeluh sebelum mengganguk. Dia bangkit ke meja dimana makanan-makanan terhidang. Pinggan diambil lalu dicedok lauk itu ke atas pinggan.
" nah. " dia meletakkan di hadapan Eliena sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi semula. " terima kasih! "
Sup ketam itu dimakan dengan penuh nikmat. Zayyad yang sedari tadi memerhati sudah membuat riak geli dan mual. " nak? " laju saja Zayyad menggeleng mendengar tawaran Eliena.
" sedap sangat ke? " soal Zayyad. Eliena mengganguk laju. Tangan ketam di sua ke mulut Zayyad. Lelaki itu menggeleng laju, ditolak tangan Eliena sedikit. " takpa, makan-makan...terima kasih je la. " Zayyad mengambil seketul ayam lalu digigit. Ayam lebih nikmat.
" nyah... "
" apa nyah-nyah? Ini suami kau. " ujar Zayden. Hana menjelirkan lidahnya. Dia memandang pasangan yang seperti sedang bahagia dari jauh. " Zayyad memang tak makan ketam ke? " soal Hana. Zayden yang sibuk menyuap nasi ke mulut turut memandang arah yang sama.
" entah, mungkin? "
" tengok dari sini, Elie macam nak beri ketam, tapi Zayyad laju je geleng. "
" yang kau sibuk dengan diorang kenapa? Dari kau sibuk pandang diorang tu, baik kau pandang suami kau yang kacak ini, dapat pahala. " sinis Zayden. Hana menjeling. " ha, awal-awal dah derhaka. " Hana mencebik pula.
TANGAN gadis itu tidak dilepas langsung. " abang ni kalau boleh pegang tangan saya tu sampai nak putus. " ujar Eliena. Zayyad mengukir senyuman manis.
" apa salahnya. Dah halal. "
" umm, abang. "
" ya sayang? "
Alah! Tak boleh lah! Lembut sangat. Menangis hati pembaca, eh.
" saya dah lama tak nampak Suhail... " Zayyad terdiam. Dia juga tidak tahu khabar lelaki itu. Selepas kejadian aksi bertumbuk tempoh hari lelaki itu lenyap dari radar. Seolah-olah menghilang tanpa jejak.
Zayyad mengeluh perlahan. " biarlah...mungkin dia ke mana-mana. " ujar Zayyad. Mahu menyedapkan hati meskipun hatinya sudah resah. Suhail tetap adiknya walaupun tidak dianggap abang oleh Suhail.
Grrr....
Zayyad terdiam. Dia memandang Eliena. " sayang? "
" hehehe, lapar lah... " sengih Eliena. Zayyad menahan senyum. Dia memandang sekeliling sebelum ternampak sebuah kedai makan. " jom, tu ada kedai makan. " ajak Zayyad. Eliena mengganguk.
Dia melabuhkan punggung di atas kerusi. Seorang pelayan datang meletakkan menu dan mengeluarkan buku kecil dan pen.
" bagi saya...nasi goreng pataya dan air sirap. Sayang nak makan apa? " soal Zayyad. " bagi saya...mee goreng tapi jangan letak sayur lepastu juice carrot susu. " pinta Eliena.
Mata pen itu menari di atas buku kecil itu sebelum pelayan bertanya, " ada apa-apa lagi? " soalnya. Zayyad menggeleng begitu juga Eliena. " oke baik. Sila tunggu ya. " ujar pelayan itu. Menu diambil semula sebelum melangkah pergi.
" abang, kenapa abang tak suka makan ketam? " soal Eliena. Zayyad mengetap bibirnya. " dulu, waktu kecil...abang pernah termakan ketam hidup dan...dia kepit lidah abang. " jelas Zayyad. Eliena menahan tawa.
" biar betul? " soal Eliena tidak percaya. Zayyad diam. Menahan malu.
" abang trauma la ni? "
Zayyad mengganguk. " ketam tu bernyawa pun tidak. " ujar Eliena. " tetap tak suka! " bantah Zayyad.
Eliena ketawa mengekek.
Pesanan mereka akhirnya tiba. Zayyad dan Eliena tampak menikmati makanan yang dipesan.
" Zayyad. " lelaki itu langsung menoleh, Eliena turut sama. Mata gadis itu membulat.
" Erlan? Kau buat apa dekat sini? " soal Zayyad. " aku datang nak jumpa kau lah, puas aku tanya Harrith kau dekat mana. Tak tahu pula kau dah buka cafe dekat sini. Tahniah. " ujar Erlan. Zayyad mengganguk.
Mata Erlan kini gadis yang duduk di hadapan Zayyad. " ini? "
" isteri aku, aku pernah bagitahu kau kan perempuan 'mulut murai' " jawab Zayyad. Eliena sempat menjeling Zayyad dan itu Zayyad sedar. " oh, tak sangka kau dah kahwin. Aku pun terkejut dengar dari Harrith kau dah kahwin. "
Zayyad mengganguk. " hai, Erlan... "
Eliena diam. " sayang... "
" malu mungkin... " senyum Erlan. Zayyad menyengih. " nama dia Eliena...Eliena Aurora. "
Senyuman Erlan mati di situ. " n...nama apa? "
" Eliena, kenapa? " soal Zayyad yang mula dilanda rasa hairan. " a...adik? "
Eliena diam. Zayyad terkedu.
YOU ARE READING
Hanya Dia ✔
RomanceIMAN ZAYYAD | ELIENA AURORA Love is the only language that needs no translation. - Muhammad Iman Zayyad - Start : 20 Januari 2024 End : 24 Jun 2024 Warning ⚠️ : This story has no intention to discredit anyone, whether dead or alive. #top 1 happy