BAB 10

252 10 3
                                    

TAJAM mata-nya memandang gadis berambut panjang hadapannya ini.

“ kau tak de hari lain ke nak datang? ” soal Zayyad. Dengan wajah tak bersalah Eliena menggeleng.

“ nak apa? ” soal Zayyad. “ nak minum sini la takkan nak culik abang yad pulak. ” selamba Eliena. Mengecil mata-nya mendengar jawapan Eliena. Pandai menjawab betul!

“ kau ni, panggil aku Zayyad je boleh tak? Aku belum tua la. ” ujar Zayyad. Eliena tersengih.
“ umur abang yad berapa? ” soal Eliena. Mata-nya tidak berkelip memandang wajah kacak milik lelaki itu.

“ 50. ” tipu Zayyad. Membulat mata Eliena mendengar-nya. Biar betul?!

serious lah! Jadi Elie kene panggil Pakcik Yad la kan? ” dengan wajah innocent dia berkata.

“ muka muda macam ni umur 50?, kau percaya bulat-bulat eh? ” sinis Zayyad. Berkerut dahi Eliena.

“ maksud? ” soalnya hairan. “ otak kau ni terlalu senget ke apa? Mudah sangat kene tipu. ”

Riak Eliena bertukar garang. “ ish! Tak baik tau tipu orang! Nanti Allah marah! ” ujar Eliena bernada seperti budak kecil. Zayyad mengangkat keningnya sebelah.

“ habis? Yang kau serlahkan AURAT kau tu apa cerita pulak? Allah tak marah? ” perli Zayyad. Dalam! Terkedu Eliena.

“ m...mana ada Elie nak serlahkan aurat lah! ” nafi Eliena. Zayyad semakin suka melihat riak gadis itu. “ habis? ”

“ Elie... Tak bersedia nak pakai tudung lah! ” apa yang terlintas di fikirannya dia sebut saja.
“ tak bersedia? Sebelum terlambat lebih baik kau tutup kau punya rambut yang dah umpama macam kak limah tu. Kalau tak mampu nak beli sehelai kain ataupun tudung kau sarung je la tudung saji. ” lantas dia mengorak langkah meninggalkan Eliena disitu.

Eliena terdiam. Kata-kata Zayyad menusuk ke dalam hatinya.

Seorang perempuan yang kelihatan sedikit tua darinya menghampiri-nya. “ cik? cik nak pesan apa-apa ke? ” soal Kak Lin.

Eliena memandang Kak Lin. “ er... saya nak coffee mocha satu. ” pintanya. Kak Lin mengganguk sebelum melangkah ke dapur belakang.






TUAN Zulkifli melabuhkan punggung di atas sofa. Dia mengeluh berat.

“ ayah takde rasa nak rujuk ibu balik ke? ” soal Erlan tiba-tiba. Tuan Zulkifli memandang anak sulungnya itu.

“ heh. Lantak dia la, pandai-pandai la dia nak hidup macam mana pun. Nak sangat duit kan pergi la kahwin dengan raja! ” ujar Tuan Zulkifli dengan nada kasar. Erlan mengeluh.

“ ayah... takkan sebab duit je korang dua perlu cerai? ” dia menyoal. “ dia yang nak cerai! Aku tunaikan je la. Perempuan tu memang layak aku ceraikan. ” keras Tuan Zulkifli.

“ ayah... ”

Tuan Zulkifli hanya memutarkan bebola mata-nya ke atas. “ kau kalau nak sangat ibu kau tu pergi cari sendiri. ” ujar Tuan Zulkifli sebelum bangkit mahu mengorak langkah ke dapur.

“ ayah, Erlan nak cari Elie... ”

Terhenti langkah Tuan Zulkifli sebelum dia menoleh ke arahnya.

“ buat apa kau nak cari pelacur tu? ”

Membulat mata Erlan mendengar komen Tuan Zulkifli. “ ayah! ” dengan nada sedikit membentak dia menyebut 'ayah'.

“ apa betul la aku kata. Dia tu PELACUR. ”

“ ayah! Kita tak tahu cerita sebenar. Jangan main tuduh adik je! ” bentak Erlan. Dia hilang sabar. “ tuduh? Kau lupa? Kau pun diam masa aku halau dia. Kau sendiri kata yang kau kecewa ada adik macam dia. Kau lupa? ”

Hanya Dia ✔Where stories live. Discover now