BAB 20

224 8 7
                                    

SECAWAN coffe mocha yang terhidang di atas meja di ambil lalu di hirup perlahan. " tak sangka pula eh, tak sia-sia usaha kau. "

Eliena meletakkan kembali cawan kopi itu ke atas meja. Dia memaparkan wajah bangganya.
" bak kata pepatah melayu, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. "

Hana menjeling. " banyak lah kau, sejak bila kau pandai berperibahasa ni? " Eliena sekadar menayangkan senyuman senget.

Dua gadis muda itu berbual sembari menikmati minuman yang dipesan. Namun, malang tak berbau.

PLASH!

" hey! " jerit Hana. Melihat wajah Eliena yang sudah basah dek kerana disimbah air segera dihulurkan tisu. Dia memandang si pelaku.

" kau kenapa?! " jerit Hana bernada marah.
" kau diam! " kepala Hana ditunjal. Amanda memandang Eliena yang sibuk mengelap wajahnya.

" heh perempuan, kau ni ingat kau dah menang? Kau jangan ingat Zayyad nak dekat kau lah perempuan! Aku orang pertama yang pernah ada dalam hati dia, kau tiba-tiba datang nak rampas dia. " tengking Amanda.

Orang ramai yang turut berada di situ memandang 'situasi' yang sedang berlaku.

Eliena bangkit dari duduknya. " apa? Kau nak marah? Marah lah! "

PANG!

Satu tamparan hinggap di wajah mulus milik Amanda. Membulat matanya sebaik sahaja menerima tamparan hebat itu.

" kau! "

" aku diam bukan sebab aku lemah, tapi aku nak tengok sejauh mana kau nak pijak aku. Tapi aku dah tak boleh sabar dengan kau. Kalau boleh aku nak saja hentam kepala kau dekat batu, tapi aku masih ada lagi rasa belas kasihan dengan kau, Amanda. " ujar Eliena bernada marah.

Amanda diam tak terkata. Hana di samping cuba menenangkan Eliena. Belum tahu lagi jika Eliena sudah marah mahunya gadis ini bertukar singa yang sedang kelaparan.

" aku tak pernah rampas lelaki bernama Zayyad dari kau. Tapi memang takdir yang menemukan kami. Dan, Zayyad sendiri pernah buka mulut depan aku cerita semuanya. "

Amanda berkerut dahi menunggu ayat seterusnya.

" kau sendiri yang punah kan rasa kepercayaan Zayyad pada seorang wanita. Kau perempuan yang pernah memilih curang dengan lelaki lain, sedangkan ada yang setia disiakan. " sindir Eliena. Tiada lagi perwatakan lembut dalam diri seorang Eliena Aurora.

" setiap orang ada buat silap. Setiap orang ada kekurangan. Tak semua manusia sempurna. "

" kekurangan kau adalah, kau buta mata dalam mencari kekasih. "

Amanda terkedu. Hatinya disiat hingga koyak rabak. Mahu sahaja dia hadiakan penumbuk, berani gadis di hadapannya menghina dirinya di tempat umum begini.

" berani kau ya?! "

" berani sebab aku perempuan yang bukan lemah. Dari kecil, mental dan fizikal aku dah diuji. Tak heran lah kenapa aku boleh lawan kau. "

Digepal kedua-dua belah tangannya erat, memandang mata gadis itu dengan amarah.
" kau fikir aku peduli? "

" aku tak tanya kau peduli ke tak. " selamba Eliena. Makin tak kerua dibuatnya Amanda.

" Elie, jom balik... " pujuk Hana sedari tadi hanya diam.






DIA meraup wajahnya sembari mendengus.
" kenapa kau tak cerita tentang ini dari dulu? " soal Zayden. " Elie baru kenal dia, selama ini Elie diam je...tapi tadi dia dah terlalu lebih-lebih. " jawab Eliena. Langsung tidak dipandang wajah abang angkatnya itu.

Hanya Dia ✔Where stories live. Discover now