BAB 31

202 7 1
                                    

DIA menghempaskan beg tangannya di sofa sebelum mahu melangkah ke bilik, namun sempat ditahan Zayyad.

" sayang... " lembut nadanya. Eliena diam.
" abang tahu- "

" apa yang abang tahu?! kenapa abang tak pernah beritahu yang abang berkawan selain Harrith?! " jeritnya. Bahu gadis itu dipegang.
" sayang...cuba bertenang? "

" bertenang? untuk apa?! Kenapa jantan tu perlu tunjuk muka dia lagi?! "

Zayyad menarik tubuh mungil itu ke dalam pelukan. Perlahan dia berselawat di telinga kanan sang isteri.

Eliena memejam matanya erat. Membuang segala amarah dalam diri. " sayang...istighfar. " Eliena perlahan beristighfar.

" dah? "

Eliena mengganguk. " sekarang, sayang pergi mandi ambil wudhu lepas tu kita sama-sama solat asar. " arah Zayyad. Eliena mengganguk sebelum mengorak langkah ke bilik.

Zayyad mengeluh.

Telefon bimbit di kocek seluar berbunyi menandakan ada message yang baru sahaja masuk. Dia keluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya. Dia menghidupkan telefon bimbitnya sebelum menekan aplikasi WhatsApp.

" yad, aku nak jumpa adik aku...boleh? Ayah aku dekat rumah tengah sakit. "

Itulah message yang ditinggal oleh Erlan.

Zayyad diam menatap skrin telefon bimbitnya.






KAIN lembap yang sudah dibasahkan dengan air diletakkan pada dahi Tuan Zulkifli.

" betul kamu dah jumpa...elie? " tanya Tuan Zulkifli bersama nada lemahnya. Hampir seluruh tubuhnya lemah dek kerana kerap menghisap benda-benda haram.

Erlan mengganguk perlahan. " kalau ayah ingat, kawan Erlan dulu namanya Zayyad. Elie tu isteri dia. " ujar Erlan. Tuan Zulkifli terkejut.

" ya Allah...dah besar rupanya anak perempuan aku... "

" Erlan ada minta Zayyad untuk datang...Erlan tahu, Elie tu masih sayangkan siapa keluarga dia cuma dia masih marah apa yang kita dah buat pada dia. " jelas Erlan.

Tuan Zulkifli mengganguk.

" Erlan... "

" ya? "

" sampai bila kamu nak rahsia kan hal tu? " soal Tuan Zulkifli. Erlan terdiam. " tak ada langsung ke rasa bersalah kamu tu pada Zayyad. " sekali lagi Erlan terdiam. Mulutnya bagaikan menelan sebuah batu besar.

" Erlan... "

" lambat-laun dia akan tahu, lebih baik dia dengar dari mulut kamu sendiri. " pesan Tuan Zulkifli.





HARRITH meletakkan bungkusan makanan di atas meja. " nah nanti kau makan. "

" te...terima kasih. " Harrith sekadar mengganguk sebelum mahu mengorak langkah keluar. Tapi sempat ditahan Amanda. " Harrith, kejap. "

Lelaki itu menoleh. " ya? "

" aku...aku nak minta maaf? " kata Amanda sembari memandang ke bawah. Jari-jemari nya bermain antara satu sama lain. Harrith terkedu. Dia pekak? Amanda minta maaf? Biar betul!

" kau demam ke? " soal Harrith. Amanda menggeleng. " aku dah banyak salah dengan kau orang semua. Sekarang, aku betul-betul menyesal. " ujar Amanda.

Harrith diam. Memandang wajah Amanda yang kini sangatlah berubah dari sebelumnya.
" aku...tak ada sesiapa. Sarah pun dah hilang ke mana, langsung aku tak nampak batant hidung dia. "

" Sarah dah lama tinggalkan kau. " ujar Harrith. Amanda memandang lelaki itu. " kau tu terlalu percayakan orang. Sarah tu berkawan dengan kau hanya sebab kau berduit. Lain kali jangan percayakan orang yang baru jumpa, sekarang? Mendapatlah. "

Amanda menunduk malu. Harrith mengeluh.

" dah la, aku nak ke tandas. Kau makan yang aku beli tu. "

" kau tak balik? " soal Amanda. " nanti, Kak Lin kata nak jaga kau. Aku balik lah lepas dia datang. Dah lah, makan jangan tak makan. " pesannya sebelum melangkah keluar.

Amanda diam, memandang bungkusan makanan itu lama. " Ya Allah... "

Itu kali pertama dia menyebut nama Allah sekian lama dia melupakan siapa tuhannya. Apa agamanya.





DIA menjenguk diluar tingkap kereta. " abang, ini Kuala Lumpur, ada ke pantai dekat sini? " soal Eliena. Zayyad menayangkan senyuman senget. " ada lah, sayang je tak tahu. "

Eliena mencebik. " sayang tidur dulu, lambat lagi nak sampai. " ujar Zayyad. Eliena mengganguk saja. Dia menggerakkan tubuhnya mencari keselesaan sebelum melelapkan matanya.

Zayyad memandang ke sisi, dimana isterinya perlahan terbuai ke alam mimpi.

Dia memandang jalan raya semula.

" sayang...kita dah sampai. " bahu gadis itu digerakkan sedikit. Perlahan mata Eliena dicelik. " emm, dah sampai? " soal Eliena dalam nada serak. Hari sudahpun malam, dia memandang sekeliling. Macam kenal?

" abang...ini bukan pantai- " rahangnya jatuh melihat apa yang ada di hadapannya. " sayang...jom masuk. " ajak Zayyad lembut.

" Saya nak balik. "

Zayyad mengeluh. " sayang... "

" saya nak balik tak faham ke? " Eliena berkeras. " sayang...ayah sayang tengah sakit dekat dalam. " Eliena mengetap bibirnya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hanya Dia ✔Where stories live. Discover now