"Macam mana fashion shows tadi Ayfa? Okay?" Tanya Encik Hazlan sambil menyua nasi ke dalam mulut.
"Okay je babah." Jawab Hayfa ringkas.
"Ha Haz, tadi babah nampak kamu bawak balik coklat. Mana dapat? Kamu jarang nak beli. Ke adik yang mintak?" Soal Encik Hazlan, tetapi kepada anaknya yang seorang lagi. Dia kenal sangat anak sulungnya ini, kalau beli coklat hanya 2 sebab sahaja. Sama ada nak pujuk seseorang atau untuk adik sendiri. Jaranglah mulutnya nak mengunyah benda-benda itu.
"Ouh itu dapat dekat event fashion shows tadi. Semua orang dapat." Jawab Aniq pula.
Sunyi sahaja ruang makan. Hanya bunyi kipas angin di bahagian dapur sahaja. Kerana terlalu sunyi, Hayfa memilih untuk memecahkan kesunyian itu dengan menanyakan soalan kepada abangnya.
"Tadi adik tengok abang Haz dengan Tuan Adeela tu macam rapat je. Dah lama kenal ke? Hayfa tak tahu pun." Tanya Hayfa. Sejak bila abangnya ini kenal dengan Tuan Adeela? Tengok macam rapat je tadi.
"Eh taklah, baru 2 minggu lepas kenal. Adeela adik kepada kawan baik lama abang. Terserempak haritu sebab ayah dia masuk hospital." Tiba-tiba sahaja Aniq tergelak sendiri.
Hayfa memandang Aniq atas bawah. Dah kenapa tiba-tiba gelak sendiri? Gila ke? "Dah kenapa gelak sorang-sorang bang? Sejak bila kau apply kad OKU?"
"Ha Haz, kenapa tiba-tiba aje gelak ni? Ada benda lawak ke ayah kawan kamu tu masuk hospital? Eyh kamu jangan ya Aniq Harzan kamu tu-" Baru sahaja Puan Adita mahu memulakan sesi motivatis Aniq memotong dahulu.
"Bukanlah umi, Ya Allah. Haz gelak sebab Haz rasa dunia ni kecil sangat sebab apa tau umi? Sebab ayah kawan Haz tu Haz sendiri yang bedah. Kebetulan Haz kena pantau ayah dia 2 minggu lepas. Bukan itu aje, adik dia Adeela, rupa-rupanya boss Hayfa je umi. Sebabtu Haz tergelak. Kawan lama Haz yang bertahun tak jumpa, boleh jumpa dengan keadaan macam ni? Menarik betul susunan perjalanan yang Allah susun kan umi?" Tersengih Aniq sambil menerangkan kepada uminya. Entahlah tapi dia rasa menarik sangat.
Puan Adita tersenyum dengan kata-kata Aniq. Sempat anak sulungnya itu memuji perancangan Tuhan. "Ya Haz umi faham maksud kamu tu. Tapi umi nak tahu, kawan baik yang kamu cakap tu siapa?" Soal Puan Adita.
"Ouh umi ingat tak Hadif? Yang dulu Haz selalu lepak sama-sama tu. Lepas tu keluarga diaorang pindah rumah. Terus lost contact time tu."
"Ouh Hadif... Ingat-ingat. Macam mana dia sekarang?" Soal Puan Adita lagi.
"Alhamdulillah, okay je umi. Sihat je."
"Alhamdulillah, baguslah macam tu. Ini umi nak cakap yang nanti satu januari ni birthday Haz kan? Lagi seminggu je. Umi cadang nak buat birthday party lah untuk Haz, sambil-sambil tu kita sambut new year sekali. Haz rasa macam mana? Yelah Hayfa dah buat haritu, apa kata kalini Haz pula? Bukan selalu kan, dah lama tak sambut birthday Haz..."
Suapan terakhir untuk makan malam disua ke mulut Aniq. Pinggan yang licin tanpa sebutir nasi diletakkan ditepinya. Gelas yang berisi air kosong sahaja dicapai dan disuakan ke mulut.
"Haz tak kisah umi. Asalkan Haz celebrate birthday Haz dengan umi dan babah Haz okay." Jawab Aniq sebelum bagun dari meja bersama pinggan yang kotor.
Terkejut Puan Adita dengan jawapan Aniq kali ini. Biasanya Aniq akan menolak walaupun dipujuk berkali-kali, tetapi kali ini? "Betul ke ni Haz?"
Aniq menoleh semula. "Ya umi, betul."
•••••
Kunci kereta BMW X6 berwarna putih ditekan di bahagian 'lock' sebelum Adeela memasuki ke salah satu bagunan yang ada di hadapannya ini. Sudah tentu dia memasuki ke bagunan tempat kerjanya sendiri iaitu EE'AQ Fashion.
YOU ARE READING
Penjaga Buat Dia (HIATUS)
RomanceKarya tak seberapa karya ☆ Saya menulis ketika bosan, maaf kalau penulisan dan idea saya tak seberapa bagus ★