Selepas solat Adeela saling bersalaman dengan yang lain dan di akhiri dengan Puan Adita. Dia berasa janggal, macam ada sesuatu yang tidak kena. Eih merepeklah! Tangan yang dikibas-kibas untuk menepis perasaan begini ditegur.
"Eh engkau pahal ni." Tanya Wafa.
"Tak ada apalah."
"Eh sedap juga er suara birthday boy ni. Sah, orang dia hensem gila." Bisik Wafa ke telinga Adeela.
"Kesitu pula kau, tak fokus lahtu waktu solat tadi." Tuduh Adeela.
"Sikitlah lepastu aku tepis balik. Waktu baca doa tadi weh. Ish boleh pulak berborak dekat depan tu dengan yang lain. Menghadap kesini tak apa juga, ni? Haih..." Wafa mengeluh, dia mahu tahu juga siapa gerangan yang mengimamkan solat berjemaah tadi.
"Suka hatilah dia nak borak dengan sesiapa pun. Yangni kita tengah tunggu solat Isyak sekali kan?" Soal Adeela. Lama lagi ni, nak buat apa?
"Nampaknya macam gitulah." Jawab Wafa dengan nada yang mengantuk, sempat dia menguap dan bersandar di bahu Adeela.
"Engkau jangan nak tidur ya. Nanti kena ambil wuduk balik."
"Ya tak."
"Adeela Wafa, sambil tunggu solat Isyak ni bolehlah kita berborak dulu. Acik nak kenal-kenal juga dengan kau orang dua." Ujar Puan Adita sambil bergerak sedikit dan menghadapi Adeela.
"Boleh tak kan tak boleh, kan Deela?" Kata Wafa sambil berlawan bahu dengan Adeela.
Adeela hanya mengangguk.
"Bismillahirrahmanirrahim..."
Adeela terus menoleh ke arah gerangan yang sedang melafazkan kalimah Allah itu. Ouh... Imam yang mengimamkan solat maghrib tadi... Tetapi tadi bukan sedang rancak berborak ke dengan pekerja-pekerja Wafa? Macam mana pula boleh berpindah ke sudut yang lain pula. Sudut bersebelahan rak yang dipenuhi buku-buku hadis dan Al-Quran itu menjadi salah satu tempat tarikan lelaki itu untuk duduk bersendirian. Mengaji kut, sebab utama mungkin ialah tidak mahu diganggu oleh orang lain.
"Kenapa Deela?" Soal Puan Adita pelik yang tiba-tiba sahaja Adeela menoleh ke arah yang pastinya ke arah anak sulungnya, Aniq.
Adeela menggeleng kepala. "Tak ada apa puan. Ingat ada orang panggil tadi."
Puan Adita tersenyum. "Janggalah acik panggil puan-puan ni. Panggil Cik Ita ajee."
Adeela hanya mengangguk sambil memasangkan senyum yang terpaksa.
Dalam-dalam rancak berborak, telinga Adeela masih terpasang dengan seseorang yang sedang membaca surah Al-Kahfi dan surah Al-Mulk tadi. Selepas itu disambung pula dengan zikir-zikir. Tenang aje hati bila memasang telinga dengan zikir-zikir dan selawat yang dilafazkan lelaki itu.
"Assalamualaikum makcik, engkau dengar tak?" Peha Adeela digoyang-goyangkan. Mengelamun apa perempuan ni?
Adeela yang baru tersedar yang dia sudah pergi jauh bertanya semula. "Ha apa tadi?"
"Acik tanya, Adeela kerja apa?" Puan Adita yang sudah menyoal tadi kini menyoal semula.
"Ouh saya fashion designer je." Jawab Adeela. Tengah tahan malu sebenarnya sebab termenung jauh tadi...
"Huih hebat betul ya. Tak nak tunjuk acik design yang Deela buat?" Soal Puan Adita lagi.
"Boleh-boleh sekejap ya." Telefon bimbit dicapai yang berada di dalam beg tangannya tadi. Lalu isi galeri dibuka dan menunjuk lukisan-lukisan yang dilukis oleh Adeela. Sempat dia mengerling lelaki yang sedang berzikir tadi keluar dari bilik solat. Dari sisi muka macam pernah nampak... Lantaklah!
YOU ARE READING
Penjaga Buat Dia (HIATUS)
RomanceKarya tak seberapa karya ☆ Saya menulis ketika bosan, maaf kalau penulisan dan idea saya tak seberapa bagus ★