Bab 2

122 4 1
                                    

Audi A7 berwarna hitam milik Aniq dipandu ke dalam perkarangan rumah. Sebaik keretanya diparking, keluar dari perut kereta dia disapa dulu dengan haiwan peliharaannya yang sewaktu dia belajar hingga kini sudah bekerja dijaga dengan baik oleh keluarga.

Tommy, nama kucing Aniq yang dari tadi mengeser-geser di celah kakinya. Diangkat kucing itu lalu diusap-usap kucing itu dengan penuh kasih sayang dan diciumnya di bahagian kepala. Ini memang rutin harian Aniq setiap kali pulang dari kerja. Kalau sehari tak berjumpa dengan Tommy atas urusan kerja, dia akan suruh umminya untuk membuat panggilan video dengan kucingnya. Haih baru sayang kucing, belum sayang orang lagi.

"Awak ni Tommy kenapa dekat luar ni? Dah pukul berapa ni patutnya awak dalam rumah. Eee comelnya awak ni. Geram!" Manja Aniq dengan kucing sendiri. Didukungnya kucing itu seperti bayi kecil dan memasuki ke dalam rumah. Dah senja ni tak elok duduk luar lama-lama.

"Assalamualaikum, ummi babah orang dah balik ni." Salam diberi lalu mencari dimana kelibat ummi abahnya. Dekat ruang tamu tak ada. Mungkin dalam bilik solat kut.

Betul apa yang Aniq agak. Sampai je di hadapan bilik solat daun pintu yang terkuak dintai. Ada kelibat ummi babah dan adiknya yang sedang bersiap-siap untuk solat jemaah bersama.

"Ummi tahu kamu dekat sini Haz." Puan Adita bersuara. Dapat dia rasa ada sesorang yang mengintai mereka bertiga di dalam bilik solat. Anis dekat sini, siapa lagi kalau bukan Aniq kan?

"Adu macam mana ummi tahu? Haz tak buat bunyi sedikit pun ummi tahu Haz dekat sini?"

"Naluri seorang ibu Haz.."

Aniq mengangguk faham. Yelah naluri seorang ibu ni biasanya tepat. Termenung Aniq tanpa dia sendiri sedar.

"Kamu berdiri termenung dekat pintu tu kenapa? Pergi amik wuduk, kita solat jemaah sekali. Lepastu nak mandi baru mandi." Ujar Puan Adita lagi.

"Betul apa ummi cakap tu Haz, solat jemaah sekali dengan kitaorang. Kalau boleh imamkan sekali." Sampuk Encik Hazlan sekali.

"Yelah, Haz pergi amik wuduk sekejap satgi Haz datang balik."

Selesai mengambil wuduk, Aniq mengimamkan solat berjemaah. Rutin harian kalau dia ada di rumah.

Selepas munaikan solat Maghrib berjemaah bersama keluarganya. Terus Aniq menadah tangan untuk mewakilkan bacaan doa.

Dan selepas sahaja habis membaca doa, dia menoleh sebelah kirinya untuk bersalaman dengan Encik Hazlan. Setelah itu dia pusing kebelakang dan mengesot sedikit ke depan untuk menyalami Puan Adita dan dihulurkan tangan kepada Hayfa untuk disalam. Sempat dia mencubit pipi adiknya yang gebu macam pau itu.

"Ish sakitlah bang!" Mencebik Hayfa apabila pipinya ditarik-tarik lagi pipinya seperti alat permainan.

"Biarlah! Siapa suruh pipi kau macam span tandas? Sekali aku tarik aku potong aku buat cuci jamban." Gurau Aniq, suka betul dia menyakat adiknya ini.

"Ouh berani buatlah! Nanti malam-malam adik pergi bilik along adik shave rambut along sampai botak!" Balas Hayfa geram.

"Aku kunci bilik."

"Adik amik kunci spare."

"Masuklah nak masuk. Dalam bilik tu ada gunting, pisau and benang. Semua cukup, boleh aku bedah kau. Baru lepas bedah orang harini. Tengah ada mood." Sakat Aniq lagi tetapi kali ini Hayfa bertindak untuk mencubit abangnya berkali-lali.

"Woi sakitlah!"

Menggeleng Encik Hazlan dan Puan Adita melihat gelagat sepasang anak mereka ini bertengkar. Sehari tidak bergaduh tidak sah! Sekejap lagi baik balik lepas itu gaduh balik.

Penjaga Buat Dia (HIATUS)Where stories live. Discover now