"Doktor! Ada pesakit baru lepas accident. Dia perlukan emergency surgery sekarang!" Kata seorang jururawat dengan cemas yang sergah sahaja ke bilik kerja Doktor Aniq Harzan.
"Baik, siapkan bilik." Itu sahaja apa yang Aniq membalas. Lantas dia keluar dari biliknya untuk ke bilik pembedahan kecemasan.
"Pesakit perlukan surgery apa?" Tanya Aniq sambil berjalan dengan kaki yang laju ke bilik pembedahan.
"Pesakit perlukan pembedahan segera di kepala." Itu sahaja jawab jururawat yang berada di sisi Aniq untuk ke bilik pembedahan.
Aniq menyiapkan diri dengan apa yang patut sebelum memasuki bilik pembedahan. Semua jururawat yang terlibat pula menyediakan pula menyediakan keperluan yang akan digunakan untuk pembedahan yang akan dijalankan.
Tanpa berlengah masa. Aniq memberi isyarat kepada semua jururawat dan lagi seorang pakar bedah yang menjalankan pembedahan ini dengannya untuk mula.
Sebaik tengkorak kepala dibuka, memecah kesunyian di bilik itu apabila Aniq memulakan perbicaraan rawaknya setelah beberapa minit tangan yang ralit itu membuat kerja. "Accident kereta ke apa? Hentakan dekat kepala dia teruk sangat ni." Tanya Doktor Aniq.
"Kalau kitaorang tahu doktor, tak payah tunggu doktor tanya kitaorang dah info."
Jawab seorang jururawat disebelahnya."Keretakan tengkorak dekat kepala dia teruk ni. Hentakan yang kuat. Possible bagi kesan dekat saraf ataupun otak." Ujar lagi seorang pakar bedah yang turut menjalani pembedahan kecemasan tersebut, Doktor Iqbal Fahim.
"Bahaya keretakan kepada tengkorak. Risiko tinggi untuk dijangkiti jangkitan kuman. Darah beku dia banyak lagi. Kena buang semua ni secepat mungkin kalau tak pendarahan di otak akan berhenti mengalir." Jelas Doktor Aniq. Jarang dia mendapat pembedahan di bahagian kepala. Baginya risikonya lebih tinggi daripada anggota tubuh badan yang lain. Dia sendiri tidak tahu kenapa.
Setelah 4 jam di dalam bilik bedah dan bertungkus lumus untuk menyelamatkan pesakit. Alhamdulillah tiada apa-apa risiko yang membahayakan pesakit seperti jangkitan kuman dan sebagainya. Cuma mungkin effect kepada pesakit yang tak dijangka apabila selesai pembedahan di bahagian otak. Bahagian yang bekerja untuk tubuh badan sendiri.
Keluar sahaja dari bilik bedah dia disapa dahulu oleh ahli keluarga mangsa bedah yang selesai dijalankan dengan keadaan yang stabil.
"Doktor macam mana suami saya?? Dia okay ajekan? Empat jam saya tunggu disini. Saya risau." Ya Allah.. dari tadi tidak senang duduk Datin Hafeeza apabila pihak hospital menelefon dia yang suaminya terlibat dalam kemalangan yang teruk yang mengakibatkan suaminya Dato Emiir yang perlu menjalankan pembedahan kecemasan.
Berdebar jantungnya menunggu daripada jejaka di depannya itu yang dia pasti ialah salah seorang pakar bedah yang membuat pembedahan untuk suaminya tadi.
"Alhamdulillah pembedahan selamat dijalankan puan. Puan jangan risau semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi kami terpaksa tahan suami puan buat sementara sehingga keadaan betul-betul stabil. Saya tak cakap keaadan tak stabil, tapi kami nak pastikan tiada kesan tambahan akibat pembedahan tadi." Ujar Doktor Aniq panjang lebar untuk menjelaskan bahawa Datin Hafeeza tidak dibernarkan untuk melawat suaminya lagi kerapa pihak mereka perlu memantau pesakit buat sementara.
"Alhamdulillah syukur Ya Allah... Terima kasih ya doktor." Air mata tidak mampu untuk ditahan lagi, cecair jernih yang bertakung tadi akhirnya menitis ke pipi kerana rasa bersyukur yang suaminya berjaya diselamatkan.
"Kalau tak ada apa-apa saya gerak dulu."
Baru sahaja berjalan beberapa langkah untuk membelok ke kanan untuk tujuan seterusnya dia dilanggar oleh seorang gadis yang tidak sengaja melanggar dada bidangnya apabila masing-masing berada di arah bertentangan.

YOU ARE READING
Penjaga Buat Dia (HIATUS)
RomansaKarya tak seberapa karya ☆ Saya menulis ketika bosan, maaf kalau penulisan dan idea saya tak seberapa bagus ★