Bab 6

76 5 1
                                    

"Terima kasih sudi datang." Ucap Aniq pada tetamu yang sudi datang ke majlis kecil hari lahir dia. Fuh penat betul hari ini, walaupun birthday boy tetapi layan tetamu itu memang wajib.

Aniq mengeluh di depan pintu utama rumah, termenung jauh. 'Kalaulah engkau ada dekat sini, mesti kita bole sambut sama-sama.' Bisik Aniq dengan hati sendiri.

"Aniq kami balik dulu ya?" Pinta Datin Hafeeza yang tiba-tiba datang dari arah mana pun dia tidak tahu.

"Nak balik dah, aunty?" Soal Aniq, yelah mestilah nak balik dah memang Datin Hafeeza sudah pun meminta diri untuk pulang. Apa sahaja lah soalan yang keluar dari mulut Aniq ini.

"Ya ya, dah lama aunty dengan uncle dekat sini. Orang pertama sampai dan orang terakhir jugalah yang balik." Datin Hafeeza ketawa kecil. Dari awal pagi tadi suara mereka sekeluarga sahaja yang penuhi satu kawasan rumah, macam tiada hari lain untuk bersembang!

"Oh okay... terima kasih aunty uncle sebab sudi datang. Terima kasih Dif."

"Gila tak datang? Aku dari malam semalam sebenarnya nak bawak snow spray aku tu, tapi mama akulah tak bagi. Tapi pagi tadi dapat juga aku curi-curi bawak." Ya, Hadif memang sudah merancang masuk sahaja tahun baharu dia mahu meriahkan suasana dengan adanya semburan salji palsu yang dia beli sudah lama. Tetapi mamanya halang, jadi terpaksalah dia curi-curi bawa beberapa botol spray itu. Sempat dia beri seorang demi seorang yang ada di majlis itu dan bersepakat untuk semburnya bersama-sama ketika lagu hari jadi habis dinyanyikan.

Aniq menggeleng, apa sahajalah idea si Hadif ini sebenarnya. Tak pasal-pasal dia perlu menukar baju selepas semburan itu.

Dato Emiir, Datin Hafeeza dan Hadif sudah pun melangkah keluar dan bergerak ke kereta. Tetapi Aniq pelik, mana Adeela?

Mata masih merenung kereta Rolls Royce Cullinan milik Dato Emiir. Dalam tidak sedar ada seseorang yang sudah berdiri dibelakangnya.

"Aniq."

Tersentak Aniq apabila ada yang menyeru namanya. Tubuh Aniq dipusingkan menghadap belakang untuk melihat siapa yang memanggil.

"Ouh um ya?"

"Ni, Adeela minta saya pas ni dekat awak." Tangan Wafa dihulurkan kepada Aniq. Baju cardigan sweater milik Hayfa itu dicapai oleh Aniq.

"Adeela suruh bagi?"

"Ya dia kata Aniq minta Hayfa untuk pinjamkan tapi tadi waktu Adeela nak balik dia cari Hayfa tak jumpa, dia cari awak pun tak jumpa. Jadi dia pas kat saya suruh tolong bagi dekat awak atau Hayfa. Hayfa tak ada jadi saya pas dekat awak je ya?" Ujar Wafa lagi.

"Adeela dah balik?" Soal Aniq, kenapa tidak beritahu?

"Haah, ada urusan katanya. Entah urusan apa public holiday ni. Dia kata terima kasih sebab bagi pinjam."

Aniq hanya merenung sweater itu di tangan. Tak sangka Adeela pulangkan hari ini juga, baru sahaja dia mahu cakap untuk simpan sahaja sweater ini.

Melihat Aniq yang hanya merenung sahaja sweater itu di tangan, Wafa bersuara untuk meminta diri. "Saya minta diri dulu ya Aniq? Pekerja-pekerja saya dah kemas semua dah, tinggal letak dalam kereta dan balik. Assalamualaikum." Pamit Wafa.

"Waalaikumussalam..."

•••••

"Ada apa kamu datang sini petang-petang ni Niq? Mesti sebab Hadif kan?" Teka Datin Hafeeza.

"Haah, nak pergi dia ajak pergi jogging, ini dia tengah amik barang katanya." Aniq yang mengenakan seluar trek hitam dan windbreaker putih serta topi hitam di atas kepala hanya mengerling jam di tangan. Lambat pula si Hadif ni, mana pergi? Tidak pasal dia perlu tunggu di hujung anak tangga ini.

Penjaga Buat Dia (HIATUS)Where stories live. Discover now