Bab 7

78 6 0
                                    

"Ouh so kau cakap dengan aku sekarang ni apa yang mamat tu buat semuanya akan ingatkan kau dekat arwah?" Teka Wafa.

"Tak ada lah sangat tapi ada lah sikit."

Wafa menggeleng, ada sahaja kawan dia ini. "Habis tu?"

"Tak ada apa-apa." Tangan Adeela sambung melakar lakaran design baharu untuk fashion show yang diadakan di Perak pula nanti. Lambat lagi, bolehlah dia curah lebih banyak idea untuk design dia yang seterusnya ini.

"Kau jangan nak pura-pura melukislah Deela. Kau ingat aku tak tahu? Kalau kau melukis design baju tu maksudnya kau tengah cuba lupakan arwah betul ke tidak?" Teka Wafa lagi, tipu kalau Adeela kata kalau ini semua untuk fashion show yang akan diadakan nanti. Tidak logik, tak akanlah setiap kali ada event setiap kali itulah kena buat design baru?

Adeela diam tapi mengangguk, betullah cakap Wafa, dia memang melukis semua ini untuk lupakan seseorang. Kantoi pula...

"Eh dahlah tolong moveon ya Adeela sayang? Dah empat tahun, carilah orang baru." Jawab Wafa lagi.

"Tapi tak ada siapa sama macam dia."

"Habis tu Aniq? Bukan kau kata apa-apa dia buat ataupun yang berkenaan dengan dia akan ingatkan kau dengan arwah?" Checkmate.

"Itu lain, ini lain." Jawab Adeela pula.

Haih penatlah nak cakap dengan seseorang yang bernama Tuan Adeela Eryna ini. Penat tahu penat?

"Tak sekarang ni yang kau datang office aku lepastu melukis dekat sini dah kenapa? Memang tujuan kau untuk bagitahu itu je ke?" Wafa ini sudahlah tengah busy untuk menempah stok baru barangan yang sudah habis untuk menghias, lepas itu nak kena layan Adeela lagi?

"Aku rasa Aniq tu sesuatu lah Wafa." Ujar Adeela.

"Rasa apa? Rasa dia tu jodoh kau?" Checkmate lagi.

"Ish dah lah! Malas aku nak cakap dengan kau." Lantas Adeela bangun dan berlalu keluar dari bilik Wafa. Apa sahajalah si Adeela ini.

•••••

"Niq, macam mana? Okay tak pembedahan tadi?" Tanya Iqbal. Dia tidak dapat menjalankan pembedahan ini dengan Aniq kali ini atas hal-hal yang tertentu.

Aniq hanya diam, dia tidak tahu macam mana mahu balas soalan yang dituju dirinya. Okay ke tidak? Jawapannya...

"Ok je."

"Inalillah." Ujar Iqbal. Dia sudah dapat tangkap dengan apa yang berlaku. Pesakit yang dibedah Aniq tidak dapat diselamatkan. Beginilah Aniq apabila dia tidak dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

"Jantung?" Teka Iqbal.

Aniq hanya mengangguk. Air muka Aniq tidak dapat disorok dengan rasa bersalah. Bersalah kerana tidak dapat menyelamatkan nyawa pesakit, bersalah terhadap keluarga pesakit yang sudah mengharapkannya untuk menyelamatkan pesakit.

Apa yang lagi sedih apabila pesakit itu mempunyai isteri dan anak kecil yang berusia satu tahun. Macam mana nasib si isteri selepas pemergian suami?

Iqbal yang hanya merenung Aniq menonyoh tangannya seperti ada kuman jahat melekat di tangan itu disapa. "Hey, sudahlah tu. Kering tangan kau nanti."

"Sapu cream." Jawab Aniq ringkas.

"Kau ni degil kan? Aku dah cakap banyak kali, ini kerja kita, kita kena redha."

"Aku redha Iqbal." Jawab Aniq lagi.

"Aku tahu, tapi bila mood kau jadi macam ni mesti sebab..." Iqbal tidak mahu menyambung ayat yang seterusnya, takut kalau Aniq marah dirinya sendiri.

Penjaga Buat Dia (HIATUS)Where stories live. Discover now