Bab 8

57 4 1
                                    

"Eh Deela, kenapa tak ambik udang ni? Cik Ita order 3 mangkuk tau sebab takut tak cukup." Ujar Puan Adita, tangan mencedok sedikit udang masak lemak cili api di depannya ini dan hampir meletakkan ke pinggan Adeela sebelum Adeela menghalang lauk itu jatuh ke pinggannya.

"Eh tak apa Cik Ita, saya tak makan udang." Balas Adeela, kalau dia makan ada juga yang tidak trekking esok.

"Eh kenapa? Sedap tau! Cubalah rasa." Percubaan kedua Puan Adita untuk meletakkan udang itu ke pinggan Adeela dihalang oleh Hadif yang dari tadi tak senang duduk apabila adiknya disebelah seperti dipaksa untuk makan.

"Eh tak bolek Cik Ita! Adik saya allergic seafood, kang kalau makan ada juga yang tidur hospital seminggu macam sebelum ni." Ujar Hadif membela Adeela.

"Ouh lah yeke? Kenapa tak bagi tahu awal-awal tadi. Cik Ita minta maaf ya Deela?" Ampun Puan Adita.

"Tak apa."

"Mesti boring tak dapat makan seafood kan?" Hayfa yang berada di sebelah Adeela bersuara.

Lambat-lambat kaki Hayfa di tendang oleh abangnya sendiri dari bawah meja. Apa cakap macam itu dekat orang?

"Tak apa, masih hidup." Balas Adeela tanpa perasaan. Tidak dapat makan makanan laut pun dia tidak kisah, janji dia masih boleh makan makanan biasa seperti orang normal.

Habis sahaja makan malam bersama mereka sekeluarga pulang ke chalet. Jalan kaki sahaja, dapat Adeela menikmati angin malam.

Adeela memeluk tubuh, sejuk betul. Silap dia memakai baju yang nipis malam ini, sudahlah tempat ini memang berada dalam suhu yang rendah, sekarang pula waktu malam, memang meremanglah dia punya sejuk itu!

Bila berjalan waktu malam ini, sejuk itu satu, seram itu pun satu juga. Dah lah gelap aje ini, mata dia pun tidak nampak mana satu batu mana satu kayu yang di jalan. Pandang sahaja kedepan semua sudah tinggalkan dia dibelakang kecuali... Aniq. Aik? Mana si Aniq pula ni?

Lantaklah! Kisah apa kalau si Aniq itu dekat mana? Kaki terus berjalan mendekati ahli keluarga di depan sebelum ada sesuatu yang mendarat dibahunya. Jaket?

Aniq yang sudah berada disebelah Adeela hanya mendiamkan diri, buat-buat tidak tahu yang dialah memberi jaket itu kepada Adeela.

Aniq menjeling manusia disebelahnya ini untuk melihat reaksinya. Macam dia tidak perasan pula yang Adeela sedang merenungnya dalam-dalam.

Adeela yang hanya memandang Aniq dari bawah ke atas itu berasa hairan, nak jadi baik pun bertempatlah. Aniq hanya memakai t-shirt lengan pendek biasa sahaja, sedangkan dia? Berlegan panjang.

"Tak payahlah baik sangat. Tak terharu pun." Pandangan Adeela ditundukkan ke bawah. Alah kenapa dia cakap begini.

Tetapi kalau layan Aniq yang bersikap tidak tahu apa-apa ini, sampai dia ada anak pun tidak habis. Eh anak siapa?

"Saya tak baik, saya jahat. Kalau saya baik saya tak bagi awak jaket tu." Balas Aniq.

"Hah? Maksud awak?"

"Self love."

"Apa kena mengenanya self love dengan bagi jaket ini?" Soal Adeela lagi. Mamat ni suka buat otaknya memikirlah.

"Badan saya pun sejuk, saya pun perlukan jaket tu. Jadi saya jahat sebab saya bagi jaket saya untuk orang lain, bukan untuk diri sendiri." Terang Aniq, mata masih tertumpu pada langit malam yang dipenuhi dengan bintang. Sempat matanya menangkap tahi bintang yang jatuh.

"Ouh, jadi amiklah balik jaket awak ni." Jaket Aniq yang sudah selesa berada dalam pelukan Adeela dibuka tetapi dihalang oleh Aniq.

"Eh tak apa, awak pakailah. Manusia ni kalau tak tahan sejuk biasanya boleh terkencing tau? Kalau awak kesejukkan lepastu dengar pula aliran sungai nanti ada juga yang terkekek lari balik chalet." Usik Aniq sambil menahan ketawa.

Penjaga Buat Dia (HIATUS)Where stories live. Discover now