Bab 10

73 3 0
                                    

Adeela termenung ke atas langit malam yang dipenuhi dengan cahaya bintang di bahagian balkoni luar chaletnya. Cawan teh panas ditangan digenggam dengan erat untuk merasa haba yang ada sebelum bibir bercium dengan cawan. Dihirup perlahan-lahan tehnya. Lega tekak minum air panas waktu-waktu begini!

Dalam kepala tidak lari dengan kejadian petang tadi. Malu, ya malu. Entah kenapa dia berasa begini tapi hatinya kurang senang apabila teringat kembali. Kenapa? Entahlah...

Kenapa ya Aniq ini berada dimana-mana sahaja. Dekat sini sahaja berapa kali Aniq sudah membantunya.

Papan kayu chalet berbunyi seperti seseorang sedang berjalan memijaknya. Ada tubuh yang mendekati dan tidak lain tidak bukan. Doktor peribadi tanpa gaji dia ini.

"Kenapa berdiri dekat sini sorang-sorang tengah malam ni? Kaki tak baik lagi dah berdiri macam patung dekat sini." Seraya itu kerusi yang sudah disediakan di bahagian balkoni itu ditarik.

"Duduk." Arah Aniq.

Punggung dilabuhkan ke atas kerusi yang ditarik Aniq tadi. Dituruti sahaja apa yang doktor ini katakan. Kang kalau tidak ikut diceramahnya pula, sama aje macam papa!

"Banyak masalah awak ya, asyik termenung aje." Ujar Aniq sambil memeluk badan sendiri.

Adeela hanya menarikan bahu ke atas dan ke bawah sebagai tanda 'entah.'

"Somethings wrong?"

Adeela hanya menggeleng. Cawan di tangan dihinggap kembali ke bibir.

Aniq bersandar pada pagar balkoni. Tangan diseluk masuk kedalam poket hoodie. Sebelah keningnya terjungkit ke atas. "I don't think so, Adeela."

Mata yang dari tadi tertumpu ke arah cawan teh dipegang kini bertukar arah ke wajah tampan Aniq. Handsome pula Aniq dengan rambut seperti baru bangun tidur itu. Eh?

"When I say no, it's means no."

"Yeke? Awak cuma geleng kepala aje tadi." Balas Aniq

Adeela menjeling, ada sahaja jawapan Aniq. "Ya betul."

"So, betullah awak ada masalah? Tell me." Aniq kini mengubah dari posisi berdiri ke posisi duduk bersila.

"Eh kenapa duduk kat situ macam tu, kerusi kan ada tu." Adeela menjuih bibir ke aras kerusi yang lain dihujung.

"Tak apa, saya lagi suka duduk macam ni. Jadi awak pikir pasal apa?" Soal Aniq. Macam dia tidak tahu Adeela sedang cuba menukar topik.

Apabila Adeela tidak menjawab persoalannya dan memilih untuk diam, Aniq cuba untuk meneka apa yang bermain di fikiran Adeela. "Ke pasal petang tadi? Yang sesat tu?"

Seraya itu mata Adeela terbutang. Tahu-tahu aje! Lambat-lambat Adeela mengangguk.

"Lah kenapa? Kita kan dah selamat sampai, awak pun cedera tak teruk." Balas Aniq dengan dahi berkerut sambil menukar posisi memeluk kaki.

"Saya malulah Aniq." Balas Adeela segan.

"Kenapa?"

"Yelah, awak dah nampak saya menangis, tambah lagi perangai manja dan cuai saya." Jawab Adeela lagi, wajahnya disorokkan disebalik cawan yang dipegang.

Aniq melepaskan tawa sambil menggelengkan kepala. Lah itu ajeke? "Saya rasa benda tu normal je. Awak nangis pun mesti sebab awak takut aje, jadi sebagai seorang manusia itu normal lah. Yang abnormal tu kalau awak tengah takut tapi awak gelak hihihi. Hah, itu saya yang menjerit ketakutan nanti!"

Penjaga Buat Dia (HIATUS)Where stories live. Discover now