Bab 11

113 6 1
                                    

Pagi lagi Wafa sudah tercegat di syarikat milik Adeela untuk mengajaknya sarapan bersama. Tetapi apabila masuk sahaja ke dalam pejabat Adeela, tiada pun kelibat lawan dia yang seorang ini. Haih mana pula minah ni pergi?

'Sah, Mesti ada dalam bilik tu!' Bisik Wafa dalam hati. Harap-harap memang adalah. Tanpa membuang masa kaki melangkah ke arah lif untuk ke tingkat lain. Tidak jauh pun, selang 3 tingkat aje.

Pintu lif dibuka. Punat nombor 7 ditekan sebelum pintu lif ditutup. Tidak lama kemudian Wafa sudah berada di tingkat 7. Laju betul lif ni!

Kaki dibawa langkah mengarah ke bilik jahitan khas buat Adeela seorang sahaja. Tiada yang lain. Pintu diketuk sebelum ada di dalam yang memberi arahan untuk masuk. Kan dah kata Adeela dekat sini!

"Assalamualaikum Tuan Adeela Eryna kesayangan semua. Buat apa pagi-pagi dalam bilik ni? Teringat dekat buat hati ke?" Soal Wafa sambil mengejek sebelum pintu bilik ditutup rapat.

"Apa kau nak?" Tanpa mengalihkan pandangan Adeela menyoal. Tangan pagi-pagi lagi sudah bekerja untuk menyiapkan design barunya yang sudah lama tergendala. Tangan belah kiri memegang pembaris L manakala belah kanan pula memegang kapur sebelum mengaris satu garisan panjang di atas fabric.

"Tak ada apa-apa. Nak ajak kau makan je tapi macam tengah busy aje." Perlahan-lahan Wafa mendekati Adeela sambil meneliti apa yang Adeela sedang buat.

Kepala dilangutkan memandang Wafa sebelum kapur diletakkan ke dalam bekasnya semula. "Makan mana?"

Mata Wafa membulat. Amboi bab makan laju je ye! Tadi bukan main serius buat kerja. "Adalah, aku bawak kau."

"On."

"Apa on?"

"Kata nak gi makan, jomlah sebelum aku ubah pikiran." Balas Adeela malas, perut dia memang sedang lapar sekarang ini, tetapi kerja dia juga banyak. Dia sanggup tahan lapar untuk siapkan kerja dahulu.

Jari telunjuk dihayunkan tepat dimuka Adeela tanda 'no no no'. Tidak sehingga Adeela menjawab satu persoalannya. "Buat apa dalam bilik ni ha?" Wafa memeluk tubuh. Pandangan yang biasa tadi bertukar serius.

"Apa? Tak boleh ke masuk bilik sendiri?" Soal Adeela, dahi sudah berkerut. Suka hati dialah nak buat apa pun dalam bangunan ni. Ini syarikat dia juga.

"Kau ingat aku baru kenal kau minggu lepas ke? Since sekolah menengah ok? Last kau masuk bilik ni pun kalau nak arahkan pekerja kau untuk ambil barang. Bukan dengan..." Tangan menyetuh kain fabric di atas meja. Setiap inchi disentuh bersama jari-jemarinya.

"Dengan ni." Sambungnya.

"Maksud kau?"

"Engkau dah lama tak menjahit Adeela Eryna." Tambah Wafa lagi.

"And? Salah ke kalau aku cuba menjahit semula?" Balasnya acuh tak acuh. Dia ini ada bakat menjahit. Rugilah kalau bakatnya dipersiakan begitu sahaja.

"Salah kalau ada benda yang bermain dalam pikiran kau. Apa kau pikir? Ingat Qayyum ke?" Teka Wafa sambil meneliti riak wajah Adeela. Tiada riak yang gementar dengan soalannya. Hanya tenang seperti biasa.

Adeela menunduk memandang barang di atas mejanya sambil menyilang tangan. Kaki kanan di goyangkan sebelum dia menjawab.

"Entah." Bahu dijongketkan sebelum dia mencapai beg tangannya dan digalaskan ke bahu.

"Dah jom. Aku lapar, nak makan." Sambungnya lagi sebelum kaki menapak keluar dan meninggalkan Wafa yang masih tercegat bersebelahan meja jahitnya.
Dia tinggalkan aku macam itu ajeke?

•••••

"Best tak trekking haritu?" Soal Wafa, dari tadi senyap aje meja makan ini. Nak makan pun tiada selera, nasi lemak Pak Ali ni punyalah sedap! Tapi apabila wajah Adeela yang tegang daripada tadi, tidak terasa sedapnya itu. Rasa macam makan nasi tawar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 30 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Penjaga Buat Dia (HIATUS)Where stories live. Discover now