Bab 9

74 5 0
                                    

"Ini mama punya ini papa punya ini pula... Deedee punya." Ujar Adeela sambil membuka paket nasi tomato bersama ayam masak merah itu. Aroma ayam masak merah menyengat ke dalam hidung, belum buka lagi paketnya tetapi cukup membuat perut Adeela berjoget riang.

"Abang Dif punya mana?" Soal Hadif.

"Bukan abang Dif dah amik ke? Abang punya sama macam Deedee kan?"

"Yelah, tapi tinggal rendang punya ajeni." Dalam dia tidak sedar rupanya kawan baiknya itu sudah mencapai paket nasi tomato bersama ayam masak merah itu terlebih dahulu.

"Eh engkau, itu aku punyalah!"

Aniq membelek paket yang dipegang. "Tak ada nama pun?"

Hadif menahan geram sedangkan Adeela menahan ketawa. Dia yang suruh Aniq ambil ayam masak merah itu. Dia saja mahu kenakan abangnya, maklumlah Hadif ini makanan favourite dia memang ayam masak merah!

"Aku gurau aje." Balas Aniq lagi. Paket dihulurkan semula ke arah Hadif. Adeela yang menahan ketawa melihat muka abangnya dari tadi terlepas juga.

"Apa gelak-gelak?" Soal Hadif.

"Deedee yang suruh Aniq amik paket tu! Tak sangka marah sampai macamtu sekali. Tak padan dengan lelaki!" Ujar Adeela sambil ketawa.

"Eh eh! makanan lain tak apa, ayam masak merah jangan er!"

"Sudahlah tu, mari duduk makan." Kata Datin Hafeeza sambil menepuk-nepuk tikar yang sudah dibentang.

Lekas mereka menapak kaki dan membuka selipar sebelum mereka duduk bersila di atas tikar. Mereka duduk dalam bulatan yang tidak besar mahupun kecil.

"Hadif baca doa makan." Ujar Dato' Emiir.

Hadif hanya menurut sahaja apa yang diarahi papanya. Habis sahaja wakilkan bacaan doa, masing-masing membuka paket makanan dan membuka isinya.

"Sedap betul baunya." Puji Puan Adita.

"Betul, sebab itulah Hadif suggest kan kembara meals ni!" Ujar Hadif pula, dialah yang beri cadangan untuk membawa paket makanan sedia berjenama Kembara Meals ini kerana sangat mudah untuk dibawa mahupun menggunakannya. Ini bukan promote ya!

Diam sahaja, masing-masing sedang menjamah makanan yang dipegang. Ada juga kadang-kadang diselitkan oleh suara gurauan. Dan akhirnya makanan yang dibawa dari Kuala Lumpur ke Hulu Langat sampailah ke air terjun ini habis, licin!

Habis sahaja makan, mereka sambung bermandi-manda beramai-ramai. Bukan itu sahaja, ambil gambar itu pun wajib tahu! Sebelum makan gallery sudah pun penuh, tambah lagi lepas makan bertambah penuh! Kenangan begini mana boleh dilepaskan.

Adeela perlahan mendekati Hayfa yang menjadikan air terjun yang turun dengan deras itu seperti shower dirumah sahaja. "Dah berani pula awak Hayfa?"

"Eh... um... saya salah anggap je. Tak adalah deras mana pun airnya."

"Macam tu pun boleh ye?" Adeela menggeleng.

Tidak lama kemudian, Rafiq memberitahu yang sudah masuknya waktu azan Zohor dan selepas solat mereka akan terus berangkat pulang ke tempat asal mereka. Lantas mereka pun menukar baju dan mengambil wuduk menggunakan aliran air daripada air terjun itu sahaja. Yang perempuan pula menyorok disebalik batu. Iyelah aurat kan!

Tempat yang menjadi tempat mereka menjamah makan tengah hari tadi menjadi tempat mereka menunaikan solat berjemaah bersebalik hutan yang tebal ini. Rafiq sudah memastikan arah kiblat dahulu sebelum membetulkan arah tikar untuk berjemaah.

Hadif yang menjadi imam solat berjemaah kali ini mengangkat takbir. "Allahu Akbar."

"Assalamualaikum warahmatullah." Selesai sahaja solat berjemaah Hadif membaca doa dahulu untuk mewakilkan yang lain sebelum bersalaman antara mereka.

Penjaga Buat Dia (HIATUS)Where stories live. Discover now