Sebaik sahaja hidangan sarapan pagi dihidang. Aniq turun dengan t-shirt hitam dan seluar pendek seperti hari-hari biasa jika dia tidak kemana-mana.
"Haz? Tak kerja harini?" Soal Encik Hazlan. Biasanya kalau bukan hari minggu pun mesti Aniq akan ke hospital. Bosan katanya duduk di rumah. Tetapi hari ini?
"Salah ke Haz amik cuti bah?"
"Tak salah cuma pelik. Biasanya hari minggu pun kamu pergi kerja bedah orang. Kalau cuti pun pergi gym buat badan sikit, sampai berketul-ketul roti kat perut kamu tu. Babah pun tak ada."
Terlepas tawa Aniq dengan jenaka Encik Hazlan. "Alah buat badan untuk diri sendiri tenung je bah. Apa orang kata? Self-healing..."
"Self-healing konon. Nak tunjuk dekat awek-awek hospital lahtu." Gurau Encik Hazlan lagi. Mata masih tertumpu di surat khabar.
"Eh tak ada masa lah Haz nak ngorat orang dekat hospital tu, semua akak-akak hospital tu dah kahwin, dah ada anak dah pun. Tak akan nak ngorat makcik cleaner pulak? Babah nak ke menantu seumur dengan babah?" Gurau Aniq pula.
"Eh babah tak kisah. Asalkan babah dapat menantu lepastu dapat cucu." Jawab Encik Hazlan ringkas.
"Babah tak kisah tapi ummi kisah." Sampuk Puan Adita sambil membawa sedulang teh panas ke meja.
"Ummi relax lah tak akan Haz nak bagi ummi menantu tua kan?" Tanya Haz kepada Puan Adita seraya menarik kerusi bersebelahan babahnya. Punggung direbahkan dimeja makan.
"Amboi tadi kata seumur dengan babah, sekarang kata tua. Maksudnya Haz nak cakap yang ummi dengan babah ni dah tua lah kan?" Sambil Puan Adita mengomel tangan ralit menyedok bihun kedalam pinggan dan dihulurkan kepada suami dan anak sulungnya. "Kalau macamtu Haz kena bagi menantu cepatlah dekat kami." Sambung Puan Adita lagi.
"Kalau jodoh Haz dah sampai, ummi tak payah paksa Haz. Haz memang nak kahwin. Cuma jodoh tak turun lagi je." Ujar Aniq lagi. Sambil menyuakan bihun goreng yang dihidang oleh ummi ke mulut.
"Adik mana ummi? Tak nampak pun. Biasanya pagi-pagi ada dekat ruang tamu main dengan Tommy." Soal Aniq pula. Pelik, biasanya pagi-pagi lagi dah nampak muka masam adiknya seorang itu. Tetapi hari ini hilang pula. Nak kata bagun lambat Hayfa bukan seoarang yang bagun lambat. Morning person lah katakan. Tetapi kemana pula hari ini?
"Adik kamu pagi-pagi dah gerak pergi KL." Jawab Encik Hazlan sambil menghirup teh panas yang disediakan.
"Harini dia cakap dengan babah dia kena ganti model dekat KL Fashion Week. Lepastu dia mintak babah jemput dia pukul 3 ni, sebab event tu habis pukul 3. Tadi dia naik grab. Ha kalau tak susahkan Haz, Haz tolong amik Anis boleh?" Tanya Encik Hazlan. Kaki dia agak berat untuk memandu hari ini. Alang-alang si sulung cuti, bolehlah jemput si bongsu pulang.
"KL? Belah mana?"
"Nanti suruhlah adik kamu tu send location."
"Pukul berapa start bah?" Tanya Aniq lagi.
"Pukul 12 dah start rasanya." Jawab Puan Adita pula.
"12 ya? Kalau macamtu Haz gerak 12:30." Terkebil-kebil Puan Adita dan Encik Hazlan dengan jawapan Aniq. Awalnya nak pergi. Ingatkan cuti nak duduk dirumah, berehat. Tetapi masih ada niat nak merayap.
"Awal betul nak gerak Haz? Adik kamu habis pukul 3." Tanya Puan Adita dalam nada yang curiga. Teh yang panas tadi bertukar suhu mejadi suam dihirup.
"Saja. Nak tengok adik catwalk atas pentas tu. Tak pernah tengok adik dekat fashion shows macamni lagi." Jawab Aniq pula. Kerana dia sibuk bekerja tidak sempat dia mahu melihat adiknya sendiri dalam apa-apa fashion shows yang adiknya terlibat. Bukan tak nak tapi tiada masa. Waktu nak pergi je ada pembedahan. Waktu free je hospital telefon kata pakar bedah yang lain cuti, lepas itu dia perlu ganti. Harap-harap kali ini tiada yang menghalang.
YOU ARE READING
Penjaga Buat Dia (HIATUS)
RomanceKarya tak seberapa karya ☆ Saya menulis ketika bosan, maaf kalau penulisan dan idea saya tak seberapa bagus ★