"Ella! Jom turun makan ! Semua dah ada kat meja makan ni !" terkejut Ella mendengar mamanya menjerit begitu. 'Maksudnya, bodyguard aku ada sekali la kan? Alamak! Dah la dengan pakaian tidur aku yang selekeh ni.' sedang Ella mengelamun, dia dikejutkan dengan suara Daerina di hujung telefon.
my girl: "Kenapa Ella?"
my pretty: "Err sorry Rina. Aku tak boleh nak borak lama-lama dengan kau la sebab mama aku dah panggil suruh turun. Katanya kena makan sekali."
my girl: "Ohh tak apa la. Kau pergi makan dulu. Kang tak pasal-pasal kau sakit perut sebab tak makan."
my pretty: "Ok la kalau macam tu. Nanti kita call lagi. Bye"
Ella mematikan panggilan. Apabila dia membuka pintu biliknya, terlihat mamanya berada betul-betul di depan pintu biliknya. "Astaqfirullah! Kenapa mama berdiri kat depan pintu bilik Ella?" tanya Ella selepas terkejutnya reda. "Mama tunggu Ella la. Lama sangat dalam bilik. Buat apa?" giliran Puan Tiara pula bertanya. "Tak ada apa-apa pun. Just call dengan Daerina je tadi." Ella memberitahu perkara yang sebenar.
Sampai sahaja di meja makan, Ella berasa malu apabila Hariz memandangnya begitu. 'Tahu la aku pakai baju tidur yang tak berapa nak proper tapi tak perlu la pandang macam nak makan aku. Ngeri dibuatnya.' Hariz seperti tahu-tahu sahaja yang Ella lapar. Terus dia mengambil satu pinggan dan bubuh nasi di dalam pinggan itu lalu berikannya kepada Ella. Papa dan mama Ella yang melihatnya sungguh berasa terharu kerana sikapnya yang baik itu.
♡!
Ella membasuh segala pinggan di dalam sinki. Dah dia seorang anak tunggal, jadi dia la yang membasuh kesemuanya. Ketika sedang membasuh pinggan, Ella merasakan Hariz berada di belakangnya. Sudah la mereka berdua sahaja yang berada di dapur. Tuan Zack dan Puan Tiara sudah berada di dalam bilik mereka. Ella cepat-cepat membersihkan pinggan supaya dia dapat beredar dari tempat itu dengan segera. "Tinggal jela semua pinggan kat dalam tu. Biar saya yang basuhkan." akhirnya Hariz bersuara. ya ! Suara ini sepertinya Ella pernah mendengarnya tapi dia tidak ingat di mana. "Tak apa. Saya boleh buat. Awak tu yang patut berehat." Ella bercakap tanpa melihat Hariz.
Ketika Ella ingin mengambil pinggan yang berada di tangan Hariz, Hariz menahannya. "Saya dah kata. Saya yang akan basuh. Now, just go back to your room." setelah mendengarnya, Ella pun membasuh tangannya dan lap tangannya. Terus dia berlari menuju ke biliknya. Takut kena dengar suara dia macam tu lagi.
♡!
Ella bersiap-siap untuk pergi ke kerja. Dia turun ke bawah untuk sarapan pagi. Apabila dia melihat Hariz tiada di bawah, dia terus mengambil sekeping roti dan menyapu jam strawberry lalu dia keluar dengan perlahan-lahan supaya Hariz tidak akan sedar dengan kehadirannya. Apabila dia ingin masuk ke dalam keretanya, Hariz sempat menahan pintu kereta itu. "Maaf, awak tidak dibenarkan pergi secara bersendirian tetapi dengan saya." Ella membuat muka menyampah tandanya dia merasakan Hariz seperti menjengkelkan. 'Eh mamat ni ! Dia ingat aku ni anak dia ke apa? Nak kena ikut cakap dia bagai. Menyampah !'
"Perlu juga ke? Saya pandai jaga diri la. Rasanya tak perlu kot sampai berteman bagai" Ella enggan pergi bersama Hariz. "Ini arahan from your dad. So, let me send you to the office. Saya memang kena ikut arahan dia and ini ialah tugas saya as a bodyguard." Nampaknya Ella tidak ada harapan untuk membalas lalu dia ikut Hariz ke kereta yang berjenama BMW itu.
Suasana di dalam kereta membuatkan Ella berasa bosan lalu dia membuka radio untuk mendengar lagu. Beberapa minit selepas itu, radio ditutup oleh Hariz. "Eh, Why you turn off the radio? Saya nak dengar lagu la. " Ella membuka semula radio itu. Namun begitu, Hariz tutup semula. Ella menjadi semakin marah dengan sikap Hariz. "You know what? saya tak suka bunyi bising so please jangan buka radio. If nak juga, buka di telefon awak tu." Hariz memandu dengan tenang walaupun tahu reaksi muka Ella sedang marah kepadanya. "it's not my problem. It's your problem ! Suka hati saya la nak dengar ke tidak. You're my bodyguard. Bukan bodyguard kena dengar cakap tuan dia ke? So, jangan nak halang saya." kemarahan Ella membuatkan dia terdiam seketika. "Fine."
LYA🫶🏻
Don't forget to vote <3
Hariz kena marah HAHAHA!! ( from author )
YOU ARE READING
{OG} Hariz's ~ Darling ~
General Fiction| HARIZ IDRIS X ELLA DARYN | Kehadiran Hariz di dalam hidup Ella menyebabkan kehidupannya telah berubah. Dia tidak lagi dibenarkan untuk keluar tanpa pengawasan Hariz. Hal ini menyebabkan dia berasa rimas dan menyampah. Tetapi lama-kelamaan Hariz m...