Ma chérie 9

19 3 0
                                    

          Apabila dia masih tidak berhenti menelefon Hariz, terdapat seorang lelaki di belakangnya bersama dengan sehelai kain yang beracun berada di tangannya. Hal ini menyebabkan Ella tidak menyedari akan kehadiran lelaki itu. Lelaki itu menutup mulut Ella dengan kain itu. Ella terkejut dan tidak sempat untuk meminta pertolongan kerana tangan lelaki itu laju menutup mulutnya dengan kuat. Setelah merasakan dirinya tidak mampu untuk berlawan dengan lelaki itu, Ella terus pengsan.

                                                                                               ♡!

       "Mana la anak aku ni? Dah nak masuk senja ni. Risaunya!" Puan Tiara terus mengambil telefonnya untuk menelefon Hariz.

Puan Tiara: "Assalamualaikum."

      Hariz mendengar suara Puan Tiara seperti risau akan sesuatu.

Hariz: "Waalaikumussalam, Puan. Ada apa ya?"

Puan Tiara: "Ella ada dengan kamu tak?"

Hariz: "Tak ada dan rasanya sekarang ni dia belum keluar dari ofis lagi."

Puan Tiara: "Dia tidak beritahu kamu ke? Hari ini dia keluar awal dari ofis."

Hariz: "Tak ada pula dia beritahu. Betul ke dia keluar awal?"

Puan Tiara: "Betul, Hariz. Saya risau apa-apa berlaku pada dia."

Hariz: "Kalau macam tu, saya pergi ambil dia sekarang. Assalamualaikum."

      Hariz terus menyimpan telefonnya di dalam poket seluar. 'Kenapa la awak tidak beritahu saya? Awak dah buatkan semua orang risau pada awak.' Dia terus menuju ke keretanya dan bergerak untuk mengambil Ella. 

                                                                                                ♡!

     Sementara itu di sebuah bangunan terbiar, Ella diculik dan kedua-dua tangan dan kakinya diikat dengan tali. Dia tersedar dan menyedari yang dia diculik. Dia cuba untuk bangun tetapi tidak boleh kerana kakinya telah diikat. "Bangun dah?" tanya lelaki itu dihiasi dengan senyuman yang manis. "Ka-kayden? What are you doing in here?" tanya Ella dengan muka terkejut. Ella ke belakang sedikit untuk memastikan jaraknya jauh dengan Kayden.

    "Relaks, Ella. I tak buat apa-apa pun. I cuma nak luahkan pada you. I harap you tak terkejut." Kayden menghampiri Ella dan duduk di sebelahnya. "Don't close to me." Ella menjauhkan dirinya daripada berada dekat dengan Kayden. Dia buat begitu kerana jarak mereka terlalu dekat. "Don't worry, Ella. I tak buat apa-apa pun pada you, Ok?" Kayden cuba menenangkan Ella. "Tapi you perlu jawab soalan I dulu. You buat apa di sini?" Kayden hanya senyap. Dia membiarkan soalan itu tanpa jawapan.

     "You dengar apa yang I nak cakap dulu ya? I nak ucapkan thank you pada you because you sudi berkawan dengan I even you dah tak sama religion dengan I. Perkara yang I nak luahkan ni mesti buat you terkejut and I don't know you nak accept ke tidak." 

      "What is that? Can you hurry up?" Ella tidak mahu berlama di situ. Dia mahu segera pulang ke rumah. Mesti mamanya risau tentang dirinya. "Ok-ok. I want to tell you that I-" belum sempat Kayden ingin menyambung percakapannya, Ella seperti mengerang kesakitan. Dia berasa sakit di kedua-dua tangan dan kakinya. 

       Sewaktu Ella tidak sedarkan diri, dia diikat dengan tali tetapi bukan sebarang tali biasa. Tali itu mempunyai alat kawalan jauh yang dikontrol oleh seseorang. Apabila alat kawalan jauh itu ditekan, tali itu akan mengeluarkan haba. Ini membuatkan Ella sakit kerana terkena haba itu. "Ella?! Are you okay?" tanya Kayden dengan cemas. Mana tak cemasnya, Ella seperti mengerang kesakitan dan keadaannya sangat teruk. "Sa-kit... Tolong Kayden..." Ella tidak bermaya untuk bangun. Dia masih dalam keadaan baring kerana badannya terlalu sakit. 

       Sementara itu di sebuah bilik yang gelap, "Siapa suruh kau lambat sangat, Kay? Aku dah kata kan? Bertindak terus. Kayden.. Kayden.." lelaki di dalam bilik itu tersenyum sinis dan menggelengkan kepalanya. 

                                                                                              ♡!

      "Ya Allah! Mana dia ni?" Hariz sudah mencari di sekeliling kawasan dan di tempat kerja Ella. Dia juga sudah bertanya kepada rakan sekerja Ella tentang keberadaan majikannya tetapi mereka menjawab yang Ella sudah pulang. Sedangkan Ella tahu yang dia akan ambil. Sementara Hariz mencari-cari, dia ternampak sebuah bangunan terbiar di tepi jalan. Hatinya terdetik mahu pergi ke arah bangunan itu kerana dia merasakan ada sesuatu di bangunan itu.

      Ella masih kesakitan. Haba itu terus menerus melukakan tangan dan kakinya. 'Apa yang kau dah buat ni, Nick?!' Kayden menjerit di dalam hatinya. Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka. Munculnya Hariz dengan reaksi muka yang terkejut. "Kayden??" Hariz semakin hairan. Hariz beralih pula kepada Ella. Dia terus pergi ke arah Ella apabila melihat Ella seperti kesakitan. Dia juga dapat melihat luka yang ada di kedua-dua tangan dan kaki Ella. 

LYA🫶🏻

Don't forget to vote <3

adakah Kayden ada kaitan dengan Nick?





{OG} Hariz's ~ Darling ~Where stories live. Discover now