Ma chérie 7

28 2 1
                                    

         Selepas sahaja selesai, Ella dan Daerina masuk ke dalam kereta. "Ella, kenapa awak duduk di belakang? Seat sebelah saya ni kosong. Duduk sini." tanya Hariz sekaligus memberi arahan. "Ikut saya la nak duduk mana pun. Gerak la. Nanti lambat." Ella mendengus kasar menandakan dia  menyampah dengan Hariz.

                                                                                      ♡!

        Sesudah sampai, Hariz membuka pintu kereta di belakang untuk Ella. "Silakan Ella." dengan penuh hormat, Hariz menunduk. "Angkat kepala awak tu. Saya bukannya pemaisuri. Lagi satu, kenapa tak buka pintu kereta untuk kawan saya sekali?" tanya Ella sambil memandang ke arah tempat duduk Daerina walaupun dia sama sekali tidak dapat melihat Daerina di dalam. "Baiklah. Saya akan buka pintu kereta untuknya." Hariz membuka pintu kereta dengan lagak seorang lelaki sejati. 

       Masuk sahaja mereka di dalam sebuah mall, Ella seorang sahaja yang teruja kerana ini la kali ketiga dia pergi membeli-belah. Dia pernah pergi membeli-belah bersama Daerina tetapi selepas dia mengetahui yang Daerina sangat tidak suka berada di dalam sebuah mall, dia pun tidak jadi untuk mengajak Daerina menemaninya buat kali kedua. "Tak sabarnya! Jom!" Ella menarik tangan Daerina dan Hariz menjadi terpinga-pinga.

       Ella berhenti di depan sebuah kedai yang berjenama BATA. "Kau ni kenapa laju-laju sangat? Nak terjatuh aku tadi." Daerina menggosok tangannya. "Hehe sorry. Jom masuk." Ella mula menarik tangan Daerina untuk masuk ke dalam kedai itu tetapi Daerina menahannya. "Wey, aku rasa aku pening kepala la. Aku tunggu kau di luar  ya?" Daerina melepaskan tangannya dari genggaman Ella.

      "Betul ke kau pening kepala? Tadi aku tengok kau elok je." Ella berasa hairan. "Betul." jawab Daerina tidak jujur walaupun sekarang ni, dia rasa bersalah sangat kerana menipu kawan baiknya. "Kalau macam tu, kau tunggu jela di luar." Ella mula masuk ke dalam kedai itu. 'Maaf Ella. Aku terpaksa untuk menjauhkan kau dengan Hariz.' Daerina mengeluh.

       "Mana Ella? Tak teman dia ke?" tanya Hariz yang sedang duduk sambil melihat telefonnya. "Tak. Saya pening kepala." jawab Daerina lalu duduk di suatu bangku yang diduduki oleh Hariz. "Kalau macam tu, saya teman dia. Dia di kedai mana?" Hariz mula bangun dari tempat duduknya. "Err Ella kata pada saya yang dia tidak mahu awak teman dia." lantas Hariz duduk semula di tempatnya walaupun dia tidak mengetahui bahawa Daerina menipu dirinya.

                                                                                       ♡!

     "Seronok ke membeli-belah tadi?" tanya Daerina. Ketika ini, mereka berada di dalam kereta. "Seronok sangat. By the way, aku ada beli sesuatu untuk kau." Ella mengeluarkan keychain yang berbentuk hati dan ditulis perkataan 'BESTFRIEND'. "Wahh thank you , beb. Love you so much!" Daerina memeluk Ella dan mencium pipinya berulang kali. "Ok-ok, enough. Aku pun ada juga!" Ella mengeluarkan pula keychain yang sama bentuknya dengan keychain Daerina tetapi ditulis perkataan 'FOREVER'.

      "Aku bersyukur dapat kawan baik macam kau, Ella. Aku minta maaf kalau ada buat kau terasa hati." Ella menjadi hairan dengan sikap Daerina. "Eh? Tak ada la. Aku ok je. By the way, aku pun bersyukur sangat sebab dia ni selalu memberi nasihat pada aku. hehe..." Ella mencubit pipi Daerina. Hariz cuma diam tetapi terdapat satu senyuman manis di bibirnya.

                                                                                        ♡!

      Sampai sahaja di rumah, Daerina terus mendapatkan keretanya. "Bye Ella. Nanti kita jumpa lagi. Assalamualaikum." keretanya mula bergerak meninggalkan Ella. "Waalaikumussalam." Ella tersenyum. "Dah balik anak mama ni. Macam mana tadi? Seronok ke shopping dengan mereka?" tanya Puan Tiara. "seronok je mama." jawab Ella. "Kenapa tidak ajak Daerina masuk rumah dulu? Boleh la dia makan dengan kita sekali." tanya Puan Tiara. "Sorry mama. Ella lupa. Hehe.." 

      "Haih la kamu ni. Tidak apa la. Jom masuk. Hariz, jangan tercegat di sana sahaja. Meh masuk." Hariz mengikuti mereka masuk ke dalam rumah.

                                                                                     ♡!

        Pada pukul 11:00 malam, kesemua orang di rumah sudah pun berada di alam mimpi tetapi tidak kepada Ella. Dia mengalami mimpi yang mengerikan.

( dalam mimpinya ):

       Ella baru sahaja keluar dari tempat kerjanya dan dia menunggu Hariz di suatu tempat yang biasa dia duduk. Tiba-tiba, terdapat satu kereta yang berjenama AUDI datang menghampirinya. Terdapat seorang lelaki yang keluar dari kereta tersebut lalu menarik tangan Ella untuk dibawa masuk ke dalam kereta itu. "Lepaskan aku! Lepaskan la!" Ella menjerit tetapi jeritannya tidak didengar oleh orang lain. Dia tidak sempat untuk melihat nombor plat kereta itu.

( mimpinya tamat )

       Jeritannya membuatkan Puan Tiara dan Tuan Zack terkejut. "Ella? Kamu ok tak ni?" tanya Puan Tiara  yang agak gelisah itu. "Ella mimpi , mama" jawab Ella sambil tercungap-cungap. "Ella mimpi apa, sayang? Jangan buat mama risau." Puan Tiara masih kelihatan gelisah apabila melihat anaknya begitu. "Ella mimpi sasuatu yang buruk dan perkara tu berlaku pada Ella. Ella mimpi yang Ella diculik oleh seseorang yang tidak dikenali." Ella menjelaskan apa yang terkandung di dalam mimpinya. 

      "Sebelum ni, Ella tidak pernah mimpi macam ni. Mama tahu sebab kamu pernah beritahu mama dulu yang kamu tidak pernah mimpi macam ni sewaktu mama tanya kamu. Ella dah baca doa sebelum tidur?" tanya Puan Tiara. "Dah baca, mama." jawab Ella.  Puan Tiara cuba memikirkan mengapa anaknya boleh mimpi sebegitu.

                                                                                            ♡!

        Keesokan harinya di ruang tamu rumah, Tuan Zack sedang membaca surat khabar. Sementara itu, Hariz baru sahaja keluar dari biliknya. Ketika Hariz  mahu keluar dari rumah, Tuan Zack memanggilnya. "Ya Tuan? Ada apa ya panggil saya?" tanya Hariz lalu terus pergi ke arah Tuan Zack apabila Tuan Zack memanggilnya dengan menggunakan isyarat tangan. "Kenapa ni Tuan?" tanya Hariz sekali lagi. "Saya nak beritahu kamu ni. Malam tadi, Ella ada mimpi sesuatu yang buruk dan saya serta isteri saya terdengar dia menjerit. Kamu dengar dia menjerit tak?" Hariz sepertinya terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Tuan Zack. "Saya pun ada dengar juga tapi tidak tahu la pula yang menjerit itu ialah Ella sendiri. Saya ingatkan ada makhluk lain. Hehe." Hariz tersengih.

        "Ish, kamu ni. Ada-ada sahaja. By the way, malam tu isteri saya ada bertanya kepada dia tentang mimpi buruk itu. Ella menjawab bahawa dia diculik di dalam mimpi itu. Saya pun tidak pasti sama ada pernyataan dia itu betul ataupun tidak." Tuan Zack menyambung ceritanya. "Dia dah baca doa sebelum tidur?" tanya Hariz. "Dah baca dah." jawab Tuan Zack. "Kemungkinan besar mimpi dia akan menjadi nyata." setelah berfikir panjang, itula jawapan yang tidak pasti sama ada betul ataupun tidak. "Betul ke?!" tanya Tuan Zack dengan kuat. Dia lantas menutup mulutnya apabila sedar akan suaranya yang begitu kuat.

        "Wallahualam. Saya tidak pasti, Tuan. Kita serahkan perkara ini kepada yang Maha Esa ya? Minta doa pada Dia supaya anak Tuan dilindungi oleh Nya. Insyaallah." Hariz menenangkan majikannya untuk tidak terlalu risau tantang Ella.  

LYA🫶🏻

Don't forget to vote <3

adakah Daerina musuh dalam selimut?














{OG} Hariz's ~ Darling ~Where stories live. Discover now