Ma chérie 4

37 2 0
                                    

      Sampai sahaja di tempat kerja Ella, "Ni kad saya. Dalam ni ada nombor telefon saya. So, if ada apa-apa, call je saya." Hariz mengeluarkan sekeping kad yang berada di dalam poket seluarnya dan menyerahkannya kepada Ella.

                                                                                         ♡!

      "Assalamualaikum cik Ella. Kenapa awal pula harini? Tak pernah pula kau datang awal. Selalunya lewat. Kau ada mimpi apa-apa ke?" tanya Lesya , iaitu rakan sekerjanya. "Apa yang kau mengarut ni? Mana ada aku mimpi apa-apa malam tadi." Lesya tersengih-sengih kerana tidak percaya. "Dah la. Baik kau buat kerja sebelum boss marah. Aku pun nak buat kerja aku ni.

      "Eh, cakap pasal boss kan, kau tahu ke dia siapa? Sebab semua pekerja kat sini kata diorang tak pernah tahu pun siapa boss diorang. Itu yang aku pelik tu." memang betul. Tiada seorang pekerja pun yang mengetahui siapakah boss mereka. "Aku pun rasa pelik juga. Tapi kan kalau boss kita tu sebenarnya halimunan, macam mana?" mula dah dia membuat spekulasi sendiri. "Sedar Ella. Kita kat dunia realiti ni. Bukan dunia fantasi. So mana ada orang boleh jadi halimunan. Haihh kau ni. Tak apa la. Nanti la kita bahas pasal ni. Aku nak buat kerja dulu." Lesya kembali ke tempat duduknya semula.

                                                                                       ♡!

       "Ella, aku nak pergi lunch ni. kau nak ikut aku sekali tak?" tanya Lesya. "Nanti la aku lunch. Kerja aku ada lagi yang tak siap ni. Kau pergi la makan dulu." Ella hanya menumpukan matanya ke arah komputernya sahaja. Nampaknya dia terlalu busy dengan  kerjanya. "Mana boleh macam tu. Kalau kau tak makan, nanti sakit perut."  Lesya sedikit tidak setuju. "Iya-iya, nanti aku pergi makan la. Jangan risau." Ella berdegil lagi. Tidak risau jika perkara sebegitu terkena pada diri dia. 

        Beberapa minit selepas Lesya pergi, Ella bingkas bangun dari kerusinya dan meninggalkan tempat kerjanya untuk pergi makan tengahari. 

         Kedai makan dan tempat kerjanya tidak terlalu jauh jadi Ella membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Sewaktu dia berjalan hendak menuju ke sebuah restoran, telefonnya berbunyi bermaksud ada seseorang yang menelefonnya tetapi Ella tidak mengenali siapakah yang menelefonnya. dia menekan punat hijau.

Ella: "Hello? Who is this?"

unknown: "Hi Ella ! I'm Kayden la. You don't remember me?"

Ella: "Kayden?? My friend from Italy right?"

unknown: "yes. I think that you don't remember me."

Ella: "What are you doing in Malaysia?"

unknown: "I datang sini sebab syarikat I ada problem. Tu first. Second, I nak jumpa you. You have time to meet me?"

Ella: "Emm.. sorry Kay. I think kita tak boleh jumpa sekarang sebab lepas I lunch, I kena masuk kerja semula. Kalau tak, my boss akan marah."

       Ella berharap semoga jawapan dia diterima. Sebenarnya, buat apa boss dia nak marah dia? boss sendiri pun tak kenal tapi tiada jawapan lain selain itu. Dia memang perlu masuk semula ke pejabatnya.

unknown: "Kalau macam tu, next time la kita jumpa. bye !"

                                                                                   ♡!

     Ella hanya menunggu kedatangan Hariz. 'Asal lambat sangat dia ni? Tadi dia yang bagitau aku yang dia akan ambil aku !' Ella mendengus dan menelefon Hariz semula tetapi Hariz tidak menjawab. Tiba-tiba, muncul dua orang lelaki yang tidak dikenalinya itu. "Siapa korang ni?" tanya Ella dengan muka yang sedang menahan ketakutan.

     "cantik juga kau ni rupanya. Patutlah boss nak sangat kat kau. Asal la aku tak perasan sebelum ni." Ella tidak dapat menahan dirinya lagi lalu di menendang kaki lelaki itu. Lelaki itu mengerang kesakitan. Belum sempat Ella ingin menendang sekali lagi, lelaki itu memegang tangan Ella tetapi sempat ditahan oleh seorang lelaki yang Ella kenali.

       Adakah itu Hariz atau Kayden? Ternyata itu ialah Kayden. "Stop. What do you want from her?" tanya Kayden sambil memegang tangan lelaki itu. Lelaki itu melepaskan tangannya dan berlari bersama dengan rakannya. 

LYA🫶🏻

Don't forget to vote <3

Kayden jadi hero la!


{OG} Hariz's ~ Darling ~Where stories live. Discover now