"Apa hal nak jumpa aku?" tanya Faris. "Saja." jawab Hariz. Faris menjadi hairan dengan jawapan Hariz. Selalunya Hariz akan memberi tunjuk ajar kepada dia memandangkan dia merupakan ahli baru di dalam kumpulan The Oryx.
Kalau nak tahu, Hariz ada kena mengena dengan kumpulan The Oryx. Dia merupakan pewaris ayahnya dan tujuan kumpulan ini ialah untuk memusnahkan kumpulan The Real Man kerana kumpulan itu telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan.
Selain itu juga, kumpulan The Oryx perlu mengambil semula dokumen-dokumen yang telah dicuri oleh kumpulan The Real Man. Bagi mereka, dokumen itu sangat penting. Ketika dahulu, kumpulan mereka berdua sangat rapat tetapi kini sudah tegang asbab ada sesuatu yang dicemberui oleh kumpulan The Real Man.
"Kau ok tak ni? Senyap je aku tengok." Faris mengangkat kening di sebelah kanan. Pelik dengan Hariz. Dah macam putus cinta. "50% aku okay, 50% lagi aku tak okay." Hariz membetulkan rambutnya sedikit.
"Kau gaduh dengan majikan kau ke?" Dah agak mesti soalan yang Faris tanya melibatkan majikannya. "Lebih kurang macam tu la. Kau rasa dia marah aku tak? Aku risau la. Nanti dia tak terima aku as her husband." alangkah terkejutnya Faris apabila mendengar perkataan 'HER HUSBAND'.
"Kau suka majikan kau? Biar betul kau ni. Kau jangan main-main. Aiyana kau nak letak mana? Please la jangan mempermainkan hati perempuan. By the way, siapa nama dia?" Faris mengeluh.
"Nama dia Ella Daryn. Cantik kan nama dia?" Hariz mula senyum sampai ke telinga. "Hei! Kau jangan lupa yang kau tu boyfriend orang. Aiyana tu macam mana?" Hariz kecut perut melihat muka Faris.
"Pandai la aku nak jelaskan kat dia. Macam la kau tak pernah sakitkan hati perempuan." Kejadian sewaktu di sekolah menengah membuatkan Faris takut untuk bercinta lagi. "Jangan nak ungkit perkara yang dah lepas. Aku nasihat je kat kau. Harap kau tak buat keputusan yang salah." lantas Faris bangun dan menepuk perlahan bahu Hariz dan berlalu pergi.
♡!
"Eee!! Tak suka la Hariz tu. Kenapa dia macam tu eh? Bencinya!" Ella memukul bantal peluknya dengan sekuat hati. Tak tahan dah dia kerana Hariz selalu diam bila berada dengan dia.
Tiba-tiba telefon Ella berdering. Dengan malas, dia meletakkan telefonnya di telinga. Terkejut dia apabila mendengar suara Hariz. Yang paling membuatkan Ella geram adalah bila Hariz ingin berjumpa dengannya tetapi dia yang perlu pergi sendiri. Bukan Hariz yang mengambilnya.
"Memang aku kena pergi sendiri." bebel Ella. Dia mula pergi ke bilik air untuk membersihkan diri.
♡!
Ella mengenakan pakaian yang simple, iaitu dengan memakai seluar jeans dan baju yang berwarna putih serta tudung shawl hitam. Setelah berpuas hati, dia keluar dari bilik dan turun.
"Nak pergi mana ni?" tanya Puan Tiara. "Nak jumpa bodyguard mama tu la." jawab Ella. Malas dia nak jawab panjang-panjang. "Bodyguard mama? Mama mana ad-" Ella terus memotong percakapan mamanya. "Ok la ma. Ella pergi dulu. Bye." Dia salam Puan Tiara dan berlalu pergi.
♡!
"Hi Hariz! You buat apa kat sini?" terkejut Hariz apabila Aiyana muncul secara tiba-tiba. "I tengah tunggu kawan I. You pula buat apa kat sini?" Aiyana mula duduk di depan Hariz. "Kebetulan I nampak you. Tu la I datang ni. Kawan yang you tunggu tu, Faris, Adrian dan Edward ke?" tanya Aiyana.
Adrian dan Edward merupakan ahli kumpulan The Oryx juga. Adrian merupakan ahli yang pakar dalam mengenal pasti lokasi seseorang dan handal ketika menjadi seorang hacker. Edward pula pandai menembak dari jauh atau dari tempat yang tinggi.
"Haah. I tunggu diorang la ni." Hariz mula rasa tak senang duduk. "I nak join boleh?" tanya Aiyana sambil membuat muka comelnya. Dia nak Hariz tergoda dengan reaksi mukanya itu.
LYA🫶🏻
Don't forget to vote <3
Rasanya Aiyana tahu tak Hariz seorang bodyguard?
YOU ARE READING
{OG} Hariz's ~ Darling ~
General Fiction| HARIZ IDRIS X ELLA DARYN | Kehadiran Hariz di dalam hidup Ella menyebabkan kehidupannya telah berubah. Dia tidak lagi dibenarkan untuk keluar tanpa pengawasan Hariz. Hal ini menyebabkan dia berasa rimas dan menyampah. Tetapi lama-kelamaan Hariz m...