"Assalamualaikum..." Ella memberi salam apabila sudah membuka pintu. Ella merupakan seorang wanita yang asalnya tinggal di luar negara , iaitu di Italy. Namun, dia sudah memasuki agama Islam dan menetap di Malaysia apabila papanya berkahwin dengan mamanya.
"Waalaikumussalam. Balik dah anak mama ni." Puan Tiara menjawab salam anaknya itu. "emm... Mana papa?" tanya Ella. "Papa kerja lagi, sayang. Kenapa?" tanya pula Puan Tiara.
"Tak ada apa la. Saja tanya. Mama, boleh tak kalau malam ni Ella nak jumpa kawan?" Pada setiap malam , Ella akan sentiasa pergi berjumpa rakannya di sebuah restoran tetapi Puan Tiara sudah berpesan kepadanya supaya tidak keluar pada waktu sebegitu.
Walaupun begitu, dia masih degil. Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
"Kan mama dah pesan, jangan sesekali pergi keluar pada waktu malam. Nanti kalau jadi apa-apa, macam mana? Mama dan papa yang susah nanti." Puan Tiara memberi nasihat sekali lagi agar anaknya itu faham dan tidak ulang sekali lagi.
"Tapi mama... Ella dah janji dengan kawan Ella." Ella masih berdegil. "Ikut kamu la, Ella. Kalau jadi apa-apa nanti, jangan menyesal."
♡!
Malamnya, "Betul ke mama kau dah tak bagi kau keluar lepas ni?" tanya rakannya, iaitu Daerina. "Betul. Aku pun tak faham kenapa dia tak bagi aku keluar. Dah la bosan asyik terperap dalam rumah je waktu cuti." terasa tekaknya haus, Ella terus minum air yang ditempahnya tadi.
"Tapi mungkin ada sebab yang munasabah yang membuatkan mama kau tak bagi kau keluar pada waktu malam. Kau tak rasa macam tu ke?" tanya Daerina sambil memandang ke sekelilingnya. Takut ada yang memerhatikan mereka.
"Aku pun rasa macam tu juga tapi tak perlu la larang aku keluar pada waktu malam. Aku pandai je jaga diri sendiri." Ella setuju dengan apa yang dikatakan oleh Daerina tetapi pada masa yang sama, dia juga menafikannya.
"Yela , Ella. Dah jom balik. Dah nak lewat malam ni." Ella melihat jam di tangannya. Betul, sekarang sudah pukul 10:30 malam. Selalunya, dia pulang pada pukul 9:30 malam tetapi tidak tahu mengapa hari ini dia balik lewat.
Mungkin tak perasan kot. Maklum la dah berborak kan... Girls kalau dah berborak, sampai masa pun tak perasan.
Mereka berdua perlu berjalan di satu lorong untuk sampai ke rumah mereka. Ketika mereka berjalan, Daerina berasa tidak sedap hati. Dia merasakan sesuatu di belakang mereka.
Ella yang tidak tahu apa-apa terus terkejut apabila Daerina menarik tangannya dan berlari dengan pantas. Sampai je di satu tempat, Ella pun bertanya, "Kenapa kau tarik tangan aku dan lari? Ada apa-apa ke waktu kita jalan tadi?" tercungap-cungap Daerina kerana baru lepas habis berlari.
"Kau tak rasa apa-apa waktu kita jalan tadi?" Ella menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. "No." makin pelik Daerina dibuatnya.
Tiba-tiba, ada satu tapak tangan yang mencekik leher Ella daripada belakang dan ini membuatkan dirinya susah untuk bernafas. "Ella! Lepaskan dia! Lepaskan!" Daerina ingin menolak tangan itu tetapi daya seorang wanita sangat la sedikit berbanding daya lelaki itu.
Kemudian, lelaki itu menolak Daerina sehingga menyebabkan kakinya berasa sakit. Ketika itu, Ella cuba melawan lelaki itu menggunakan tangannya tetapi nasib tidak menyebelahinya. Makin kuat tangan yang mencengkam lehernya.
Kali ini Ella betul mahu berputus asa. Namun, muncul seorang lelaki lain. Dia menendang kaki lelaki yang mencekik leher Ella sehingga membuatkannya terjatuh. Ella terus berlari ke arah Daerina yang terduduk.
Sewaktu Ella bertanya tentang keadaan Daerina, lelaki yang memakai topeng muka itu pergi ke arah mereka. "Are you guys okay?" suaranya sungguh membuatkan mereka terpegun. "Don't worry, we're okay." setelah mendengarnya, lelaki yang memakai topeng muka itu berlalu pergi.
'Macam tu je? Tak sempat nak ucap terima kasih'
♡!
Sebaik sahaja Ella sampai di rumah, dia berasa hairan apabila melihat papanya tidak tidur lagi. "Papa? Kenapa tak tidur lagi?" tanya Ella. "Ella , duduk sini sekejap." ajak Tuan Zack. Ella terus duduk di depan papanya.
"Tadi sebelum balik, ada apa-apa yang berlaku tak?" Ella cuba untuk tidak memberitahu perkara sebenar. "Err.. Tak ada apa-apa yang berlaku pun." Tuan Zack mengecilkan matanya.
"Serius? Jangan tipu papa, Ella. Papa tahu apa yang berlaku." jawapan itu sungguh membuatkan Ella menjadi lagi hairan.
"macam mana papa tahu?" tanya Ella. " Itu papa tak nak jawab. Kenapa Ella tak dengar cakap mama? Nasib mama dah tidur waktu ni. Kalau tak, nasib kamu la kena bebel dengan dia." Tuan Zack kembali melihat televisyen.
"Maafkan Ella, papa." Ella menundukkan kepalanya. "Tak apa la. Lain kali jangan buat macam tu dah. Nasib anak papa balik dengan selamat.
"Tetapi papa tak akan biarkan kamu pergi seorang diri lagi. Papa cadang nak upah seseorang untuk menjadi bodyguard kamu."
"Ha? Mama tahu pasal ni?" tanya Ella. "Jangan risau. Papa beritahu mama dulu sebelum kamu." jawab Tuan Zack.
"But are you serious , papa? Ella rasa tak perlu la sampai ada bodyguard bagai. I can take care of myself. Ella kan dah besar." Ella membantah dan tidak suka dengan apa yang dicadangkan oleh papanya.
LYA🫶🏻
Don't forget to vote <3
Siapakah lelaki yang bertopeng itu??
YOU ARE READING
{OG} Hariz's ~ Darling ~
Fiksi Umum| HARIZ IDRIS X ELLA DARYN | Kehadiran Hariz di dalam hidup Ella menyebabkan kehidupannya telah berubah. Dia tidak lagi dibenarkan untuk keluar tanpa pengawasan Hariz. Hal ini menyebabkan dia berasa rimas dan menyampah. Tetapi lama-kelamaan Hariz m...