Ma chérie 16

21 3 0
                                    

         Keesokan tengahari, Hariz hanya memakai pakaian biasa, iaitu baju t-shirt dan seluar tracksuit. Pakaian biasa tapi tetap hot! Tiber

         Hari ini dia mahu berjumpa dengan kekasih lamanya, iaitu Aiyana. Dia keluar dari rumah itu tanpa memberitahu kepada Ella kecuali keluarganya sahaja yang tahu. 

         Sampai sahaja Hariz di sebuah restoran, Aiyana masih tidak kelihatan. Padahal waktu sudah hampir menginjak ke petang. Hariz mula bangun dari tempat duduknya untuk mencari Aiyana.

                                                                                                ♡!

        Pada waktu yang sama, Aiyana ingin menuju ke lokasi yang dihantar oleh Hariz tetapi dia perlu lalu di satu lorong untuk sampai ke destinasi. Sewaktu dia lalu di lorong tersebut, dia terdengar bunyi orang bersiul dan sepertinya orang itu sedang berjalan di belakang Aiyana. Aiyana hanya membuat endah tak endah sahaja. 

        Tiba-tiba Aiyana ditarik ke belakang. Namun tidak sempat lelaki itu mahu mengkelar lehernya, Hariz terlebih dahulu mengambil pisau itu dan membalingnya. Lelaki itu tidak mengalah. Dia menolak Aiyana ke dinding dengan kuat sehingga membuatkan belakangnya sakit. Hariz terus menumbuk lelaki itu sehingga membuatkan bibir lelaki itu pecah. Lelaki itu terus melarikan diri setelah dia menyedari bahawa lelaki yang menumbuknya itu ialah seorang yang sangat dikenalinya.

       Aiyana perlahan-lahan membuka kelopak matanya sebaik sahaja aksi yang mengejutkan tadi sudah selesai. "Are you okay, Yana? If you tak okay, jom pergi klinik." Hariz sepertinya risau akan Aiyana yang dari tadi hanya menahan kesakitan di belakangnya. "Boleh je kalau you tak keberatan untuk bawa I." Hariz mengangguk.  

                                                                                               ♡!

      "I rasa you balik la, Yana. Better rest in your home. Lupakan jela apa yang I nak tanya tu. Lain kali la I tanya." Aiyana menggelengkan kepalanya. "It's okay. I'm okay lagi ni. Tak ada la sakit sangat." Hariz merendahkan dirinya sedikit memandangkan dia lebih tinggi daripada Aiyana. "Listen to me. You have to rest Yana. I tak nak paksa you kalau keadaan you macam ni. Your back is still hurt, right? So next time we will discuss, ok?" Aiyana menganggukkan kepalanya dan tersenyum apabila Hariz memujuknya. Lama kelamaan Aiyana hilang dari penglihatan Hariz. 

                                                                                                  ♡!

       Ella hanya duduk di sofa sambil menonton televisyen. Dia berasa bosan kerana kebanyakan rancangan tv tidak menarik lalu dia menutup televisyen. Kemudian, dia membuka telefonnya dan melihat ada beberapa notifikasi masuk. Dia menekan aplikasi 'whatsapp' dan menekan pula nombor yang tidak dikenalinya. Beberapa keping gambar dihantar kepadanya dan dia sendiri tergaru-garu kepalanya. Dia hairan mengapa nombor itu menghantar gambar Hariz bersama perempuan lain kepadanya. "Dah kenapa nombor ni? Salah nombor ke dia ni? Ke salah hantar maklumat?" Ella terus menekan perkataan 'delete' pada nombor itu. Perkara yang mengarut perlu dibuang kan?

       Tiba-tiba bunyi pintu dibuka oleh Hariz. "Balik pun. Dah la tak beritahu saya pergi mana. Papa izinkan awak ke untuk keluar?" Ella bertanya sambil mencengkak pinggang. Soal siasat telah bermula! "Yes. Saya nak masuk bilik ni. Malas nak bertekak dengan awak." Hariz membuka pintu biliknya tanpa melihat ke arah Ella.

       Ella menjadi hairan apabila melihat Hariz begitu. 'Kenapa dengan dia ya? Selalunya dia bukan macam ni.'

                                                                                           ♡!

       Hari sudah hampir menginjak ke waktu senja. Tuan Zack dan Puan Tiara memanggil Hariz dan Ella untuk memberitahu sesuatu kepada mereka. "Hariz, malam ni saya dengan isteri saya ingin pergi ke majlis kenduri anak saudara saya, Nana. Jadi tolong jaga Ella ya? Satu lagi, kamu jangan risau sebab saya tak akan biarkan kamu berdua dengan dia. Nanti saya bagitau Daerina untuk tolong jaga Ella juga. " Ella ingin membantah apa yang dikatakan oleh papanya tetapi laju sahaja Hariz bersetuju.   

                                                                                         ♡!

LYA🫶🏻

Don't forget to vote <3

sorry lmbat update, enjoy!




{OG} Hariz's ~ Darling ~Where stories live. Discover now