"Terima kasih, Hariz. Tolong pantau dan jaga anak saya elok-elok ya? Saya tahu kamu boleh dharap." Tuan Zack menepuk bahu Hariz. "Baik, Tuan. Jangan risau. Saya pasti akan melaksanakan tugas ini." dengan penuh gaya, Hariz tabik hormat seperti askar. "Kamu nak keluar ke ni?" tanya Tuan Zack. "Ya, Tuan. Saya nak jumpa kawan lama saya. Maklum la dah lama tak jumpa dia. Hehe." perkara yang tidak kelakar disengihnya.
"Ohh.. Maaf la ganggu waktu kamu." Tuan Zack meminta maaf kerana mengganggu waktu bodyguard Ella. "Eh? Tidak apa, Tuan. Kalau saya minta diri dulu, boleh kan?" Hariz meminta izin untuk kepastian. "Semestinya boleh."
♡!
Selepas sahaja keluar dari pintu kereta, Hariz mencari restoran yang dikatakan oleh rakannya itu. Dia masuk ke dalam restoran dan mencari rakannya yang sudah lama tidak jumpa. Mereka berdua berkawan sejak di sekolah menengah lagi. Setelah tamat sekolah, mereka tidak lagi berjumpa apabila masing-masing sambung belajar di tempat yang berbeza. "Assalamualaikum, yo! lama dah tak jumpa kau. Kau sihat?" Faris Anaki yang merupakan rakannya itu bertanya khabar.
"Waalaikumussalam. Alhamdulillah aku sihat. Kau?" Hariz pula bertanya. "Aku sihat juga. So, kau kerja apa sekarang? Dengar cerita, dah jadi CEO syarikat. Betul ke?" Hariz terkejut. Tidak sangka Faris tahu tentang pekerjaannya. "Betul tapi sekarang ni aku ada dua kerja." lagi bersinar la muka Faris. Rasa ingin tahu dalam dirinya membuak-buak.
"Kerja apa tu? Nak tahu juga. Tak pernah aku tahu pula yang kau ada dua kerja." Faris memang seorang yang rasa ingin tahunya itu tinggi. "Aku kerja sebagai bodyguard. Hebat tak aku? Boleh ada dua kerja." mula dah perangai berlagak dia. "Yela. Majikan kau lelaki ke perempuan?" persoalan itu membuatkan Hariz hampir ketawa tetapi sempat dia menahannya. "Asal soalan kau tak logik ni? Of course la girl aku punya majikan. Tak nak aku jadi bodyguard untuk lelaki." Hariz membuat muka menyampah.
"Yela. Ha! Soalan yang aku teruja sangat nak tanya ni." Faris sepertinya tidak sabar untuk bertanya. "Soalan apa tu? Jangan soalan yang merepek sudah." Hariz menantikan soalan yang mahu ditanya oleh Faris. " Tak ada la. Aku nak tanya. Kau dah kahwin belum?" Itu la soalan yang paling Hariz tidak suka. Asal la banyak-banyak soalan, dia pilih soalan tu juga...
"Kau tak ada soalan lain ke?" Hariz sepertinya mahu berlalu dari tempat ini. "Sorry la. Aku tanya ni pun sebab kau dah nak masuk umur 27 tahun. Takkan bila kau dah umur 30 tahun, baru nak kahwin? Kau tak rasa macam lambat ke?" Bila bercakap tentang perkara ini, mula la Hariz berasa tidak selesa. "Tidak apa la kalau aku kahwin lambat pun. Lagipun, sekarang ni kan zaman moden. Kalau zaman dulu, memang la kena kahwin awal." Hariz membantah apa yang dikatakan oleh Faris.
"Sekarang ni tak kisah la tau zaman bila. Kau nak bujang selama-lamanya ke?" soalan yang membuatkan Hariz terdiam seketika. "Tak ada la selama-lamanya aku bujang. Nanti ada rezeki, aku kahwin la. Yang kau tak sabar sangat nak tengok aku kahwin ni kenapa?" tanya Hariz. "Sebab aku nak jadi pengapit kau la. Nanti kau ambil orang lain pula jadi pengapit kau." Faris buat-buat merajuk.
"Tak payah buat muka macam tu. Kau ingat aku nak pujuk ke? By the way, jangan risau. Aku akan jadikan kau sebagai pengapit aku." jawapannya membuatkan Faris berasa terharu. "Jadi bila kau nak kahwin?" tanya Faris sambil membuat muka bersinar-sinar. "Bila-bila je. Dah la aku nak gerak. Nanti mengamuk pula majikan aku. Assalamualaikum, bye." Hariz mula bangun dari duduknya dan keluar dari restoran itu.
♡!
Apabila Hariz selesai meletak keretanya di depan rumah, dia menjadi kehairanan kerana Ella berada di depan keretanya siap bercekak pinggang lagi. Apabila dia ingin masuk ke dalam rumah, "stop." Ella menahan pergerakannya. "Kenapa ni? Tiba-tiba suruh saya berhenti." Hariz menggaru kepalanya walaupun tidak gatal. "Siapa yang benarkan awak untuk keluar?" tanya Ella dengan sombongnya.
"Setahu saya, tiada pun peraturan yang mengatakan bahawa saya tidak boleh keluar tanpa kebenaran majikannya." Hariz pun turut sama berlagak sombong. "Amboi! Dengan majikan sendiri pun nak berlagak sombong ya?" Ella sepertinya tidak mahu mengalah. Dia turut membalas. 'Ini Ella la ! Tidak akan sesekali mengalah dalam pertarungan berlawan mulut.'
"Saya tidak sombong. Saya hanya meNAFIKAN peraturan yang awak beritahu tadi." dengan bergayanya, Hariz berlalu masuk ke dalam tanpa menghiraukan Ella. Malas dia mahu berlawan mulut dengan majikannya. "Eee! Geramnya aku!" Ella menggenggam tangannya.
♡!
Esok paginya, macam biasa Hariz akan menghantar Ella pergi ke kerja. Hariz dan Ella hanya berdiam dan tiada sepatah kata pun yang dikeluarkan. Hal ini mungkin disebabkan isu semalam. Sampai sahaja, Ella terus keluar dari kereta tanpa mengucapkan terima kasih kepada Hariz.
Petangnya, Ella dapat keluar awal dari tempat kerjanya kerana kerjanya telah selesai. Ella hanya menunggu kedatangan Hariz. Setelah beberapa minit menunggu, kelibat Hariz masih tiada. 'Mana dia ni? Tak ingat nak ambil aku ke? Haih' Ella melihat jam di tangannya. Sudah hampir pukul 6:00 petang.
LYA🫶🏻
Don't forget to vote <3
Bila gaduh lama-lama jadi.....?
YOU ARE READING
{OG} Hariz's ~ Darling ~
General Fiction| HARIZ IDRIS X ELLA DARYN | Kehadiran Hariz di dalam hidup Ella menyebabkan kehidupannya telah berubah. Dia tidak lagi dibenarkan untuk keluar tanpa pengawasan Hariz. Hal ini menyebabkan dia berasa rimas dan menyampah. Tetapi lama-kelamaan Hariz m...