"Betul la apa yang Ella cakap tu. Bagi la dia rehat dulu. Abang tengok dia pun macam penat." Ella mengiyakan apa yang dikatakan oleh Tuan Zack. Dia terus naik ke atas.
Baru sahaja Hariz ingin ke biliknya, Tuan Zack mula memanggilnya. "Ya Tuan?" Dia duduk di hadapan Tuan Zack. "Apa yang jadi pada Ella? Saya tengok badan dia penuh dengan luka. Boleh kamu ceritakan pada saya apa yang berlaku?" tanya Tuan Zack dengan serius. Nak tak nak, dia harus menceritakannya juga.
Terkejut Tuan Zack apabila mendengar cerita tersebut. Dia tidak menyangka anak tunggalnya diculik. "Saya minta maaf. Disebabkan saya, anak Tuan diculik." Hariz menunduk. Dia bersedia untuk menerima hukuman. "Tak apa la. Bukan salah kamu. Dia yang tak beritahu kamu yang dia balik awal hari ni. Kamu ada gaduh dengan dia ke?" Hariz terkejut seketika. Soalan begitu tidak sepatutnya ditanya kerana memang mereka sedang bergaduh.
"Nope. Kami tak gaduh pun Tuan. Kenapa?" ternyata seorang bodyguard pun boleh menipu majikan sendiri ya? Hariz... Hariz...
"Tak ada apa. Saya saja tanya. Lagi satu soalan saya nak tanya tapi mungkin akan buat kamu terkejut." Hariz mengangguk menandakan dia faham apa yang dimaksudkan oleh Tuan Zack. "Soalan apa tu? macam soalan KBAT la pula. Hahaha!" Hariz gelak diikuti Tuan Zack. "Soalannya macam ni. Kamu jatuh cinta pada Ella tak? Kalau betul kamu cintakan dia, saya nak kahwinkan kamu dengan dia. Macam mana?" Hariz terkedu seketika. Tidak menyangka ayah majikannya ada hati nak kahwinkan mereka berdua.
"Err... Sejujurnya, memang saya dah jatuh cinta pada anak Tuan tapi tak sangka pula yang Tuan terfikir untuk kahwinkan kami berdua." Hariz tersengih-sengih. "Saya lelaki, Hariz. Of course I know your feeling. Pada pandangan saya, kamu layak menjadi menantu saya. Why not kamu kahwin dengan Ella?" Hariz berfikir sebentar sebelum menjawab soalan tersebut.
"Tak terlalu cepat ke Tuan? Maksud saya, untuk Ella. Kalau saya, saya setuju je tapi Tuan kena tanya dia juga. Saya takut dia tak setuju akan hal ini dan umur dia masih terlalu awal untuk berkahwin." Hariz tidak memberi jawapan. Dia juga patut tahu adakah Ella sepertinya juga? suka sama suka atau cinta hanya bertepuk sebelah tangan?
"Hariz, kahwin ni tak kira umur. Semua sama. Lagipun umur kamu dan Ella tak jauh beza tapi saya tak akan memaksa kamu dalam hal ni. Better kamu fikir masak-masak dulu. Ok?" Tuan Zack ingin berlalu pergi tetapi dia berhenti seketika. "Saya nak pesan. Jangan beritahu hal ini pada Ella. Biar dia tahu sendiri."
"Baik." Hariz mula memasuki biliknya.
Di bilik, Puan Tiara baru sahaja selesai mengeringkan rambutnya. Pinggangnya tiba-tiba dipeluk. "Cantiknya isteri abang malam ni." Tuan Zack menyelitkan rambut isterinya di belakang telinga. "malam ni je? Kalau macam tu, lepaskan tangan awak dari pinggang saya ni." Puan Tiara mengangkat tangan suaminya dan ditolaknya jauh-jauh. "Tak la. Setiap malam awak cantik di mata saya. Jangan merajuk ok? Nanti tak comel." Puan Tiara memalingkan mukanya.
"Yela. Ni ada apa masuk bilik? Nak mengada-ngada dengan saya? Jangan harap. Kalau ada apa-apa nak cakap, cakap sekarang." Tuan Zack duduk di sebelah Puan Tiara. "Okay tapi awak kena janji dengan saya satu benda. Jangan beritahu perkara ni pada Ella, ok?" Tuan Zack menghulurkan jari kelingkingnya untuk membuat perjanjian.
"Baiklah encik suami. Apa benda yang nak dikatakan tu? Sampai tak boleh beritahu anak kita." Tuan Zack memulakan bicara. "Saya nak kahwinkan anak kita dengan Hariz." berita yang disampaikan oleh suaminya membuatkan Puan Tiara terkejut. "Kenapa tiba-tiba abang nak kahwinkan Hariz dan Ella?" tanya Puan Tiara ingin tahu. Sebenarnya, dia pun berkenan nak jadikan Hariz sebagai menantunya kerana sikapnya yang menghormati orang yang lebih tua daripadanya.
Sewaktu pasangan suami isteri itu berbual, kebetulan Ella ingin pergi ke bilik mereka untuk mengajak mereka makan bersama tetapi tidak jadi apabila dia terdengar mama dan papanya berbual tentang dirinya dan Hariz dan yang paling membuatkan dia terkejut apabila dia terdengar perkataan 'kahwin' yang keluar dari mulut keluarganya sendiri. 'Kahwin?? Jangan kata yang papa nak kahwinkan aku dengan Hariz? No.. No..No. Itu tak akan sama sekali terjadi.' Ella menggelengkan kepalanya berkali-kali.
♡!
Keesokan paginya, Ella bersiap dan turun ke bawah untuk sarapan pagi. "Nak pergi mana ni?" tanya Puan Tiara. "Nak pergi kerja la mama. Hari ni kan hari berkerja. Kenapa?" Ellla hairan mengapa mamanya bertanya soalan begitu sedangkan Puan Tiara tahu yang dia berkrja hari ni. 'Jangan kata yang hari ni mama nak aku ikut dia pergi jumpa mak ayah Hariz dan bincang pasal kahwin. Aku tak nak!!' jerit Ella dalam hati. Di hatinya, memang sudah ada rasa cinta akan Hariz tetapi dirinya yang terlalu ego telah membuang perasaan cinta itu.
"Hari ni boss Ella bagi cuti. Papa dah beritahu pada boss kamu tentang luka kamu tu." jawab Puan Tiara. Ella sedikit terkejut dengan maklumat yang disampaikan oleh mamanya. 'Boss?? Macam mana dia boleh bagi aku cuti sedangkan aku tak pernah nampak dia. Dia pun tak pernah nampak aku dan memang aku TAK PERNAH nampak dia. Ke dia pernah nampak aku sebelum ni? Aduh haih... lantak la!' sedang Ella mengelamun, Puan Tiara memetik jarinya untuk menyedarkan anaknya daripada mengelamun.
Ella cepat-cepat tersedar daripada lamunannya. "Jauh termenung. Ada apa-apa hubungan dengan boss sendiri ke?" tanya Puan Tiara seakan mengusik. "Ada pula sampai ke situ. Ella tak ada masa dengan dunia percintaan ni. Tak boleh nak enjoy dengan diri sendiri nanti. Baik Ella single. Hehe." Puan Tiara gelak. Lucu benar mendengar apa yang dikatakan anaknya itu.
"Ella ingat bujang ke tua tu best ke? Di dunia ni manusia memang akan hidup secara berpasangan. Jodoh dah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang sahaja. Macam Ella cakap yang Ella tak ada masa dalam dunia percintaan. Ella rasa suatu hari nanti, Ella tak akan ada dalam dunia tu ke?" Ella terdiam seketika. Kata-kata mamanya memang betul tapi bagi la dia masa untuk enjoy.
♡!
LYA🫶🏻
Don't forget to vote <3
Tak nak kahwinn!! ( from Ella )
YOU ARE READING
{OG} Hariz's ~ Darling ~
General Fiction| HARIZ IDRIS X ELLA DARYN | Kehadiran Hariz di dalam hidup Ella menyebabkan kehidupannya telah berubah. Dia tidak lagi dibenarkan untuk keluar tanpa pengawasan Hariz. Hal ini menyebabkan dia berasa rimas dan menyampah. Tetapi lama-kelamaan Hariz m...