Ella sedang memikirkan hal yang diperkatakan oleh mama dan papanya pada malam semalam. Dia berada di dalam biliknya jadi mudah untuk dia memikirkan hal itu. Kalau duduk di luar bilik, pasti sudah ditanya macam-macam mengapa termenung.
"Betul ke apa yang papa aku cakap semalam? Aku harap la itu cuma gurauan. Aku dah la tak bersedia lagi nak hadap benda macam ni. Aku pun bukannya suka kat Hariz. Tak pernah aku anggap dia lebih dari seorang bodyguard." Ella baring menghadap dinding. Berserabut kepalanya apabila memikirkan hal ini. Dia pun tak tahu apa perasaan dia terhadap Hariz. Nak kata suka tu ada la sikit tapi perasaan egonya dah buang perasaan suka tu.
"Tapi sekarang ni, aku ada masalah yang paling besar, iaitu siapa boss aku sebenarnya?!" Ella berguling-guling di atas katil. Penat dia memikirkan hal yang satu ini dari pagi sehingga sekarang.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. "Ella! Buat apa dalam bilik, sayang? Dah nak maghrib ni. Pergi mandi lepastu solat maghrib." Ella mengeluh. Baru sahaja dia ingin selesaikan masalahnya tapi dengan berfikir, bukannya dapat pun penyelesaiannya. Ella kemudiannya tersenyum misteri. Dia dapat idea bagaimana dia nak tahu siapakah bossnya. Hehe...
♡!
Pada malamnya di meja makan, Ella tersengih-sengih memandang ke arah Tuan Zack. Dah macam pontianak. "Kenapa pandang papa macam tu, Ella?" tanya Tuan Zack dengan hairan. Puan Tiara pun pelik melihat anaknya begitu. Dah kena rasuk ke anak aku ni?
"Papaaaaa Nak tanya boleh tak?" tanya Ella dengan sengaja memanjangkan perkataan 'papa'. "Nak tanya apa tu?" Puan Tiara menggelengkan kepalanya. Ada-ada je Ella ni. "Siapa boss, Ella? Papa mesti tahu kan? Sebab papa yang beritahu boss Ella yang Ella tak boleh datang kerja." soalan yang ditanya oleh Ella membuatkan Hariz terkejut sehingga dia tersedak apabila ingin menelan makanan. "Ya Allah! Kamu okay, Hariz? Minum air cepat!" Puan Tiara sudah menggelabah apabila melihat Hariz tersedak.
Hariz segera mengambil cawan yang telah diisi air dan meneguk dengan laju. 'Aik? Asal dia tersedak tiba-tiba?' Ella menggaru pipinya yang tidak gatal itu. Selepas sahaja Hariz minum air, dia terus bangun. "Maaf Tuan dan Puan. Saya nak masuk bilik dulu." dia terus pergi ke dapur untuk membasuh pinggan dan tangannya.
Di dalam bilik, Hariz duduk di atas katil sambil membetulkan rambutnya. "Habislah! Kalau dia tahu aku ni boss dia, mesti akan jadi lain nanti!" Hariz berdiri dan mundar-mandir ke kanan dan ke kiri.
♡!
Keesokan paginya, Hariz bersiap-siap dengan memakai baju kemeja berwarna hitam berserta kotnya yang berwarna hitam. Dia keluar dari bilik dan terkejut melihat majikannya masih duduk di atas sofa sambil bermain telefon.
"Ella, awak tak siap lagi? Dah nak pukul 8 pagi dah ni. Pergi siap cepat!" dah macam ibu-ibu yang sedang memarahi anak. "Eh? Nak arah orang pula. Orang dah siap dah. Sarapan pun dah. Awak tu je yang lambat. Jom lah." Ella bangun dari duduknya dan keluar. Malas mahu bergaduh. Hariz mengambil satu keping roti dan roti itu disapukan dengan jem coklat. Selepas itu, dia terus memasukkan roti itu ke dalam mulutnya. "Cepat la! Tadi kata nak cepat sangat!" jerit Ella di luar rumah.
♡!
Di syarikat yang bernama Kay's Holdings, Kayden sedang meneliti apa yang ditulis oleh pekerjanya. Sewaktu Kayden sedang meneliti kerja pekerjanya, terdapat seseorang terus masuk ke dalam biliknya tanpa mengetuk pintu. "Hello! What's up, bro?" tanya Nick sambil menyilangkan tangannya dan duduk di sofa yang berada di bilik itu.
"Asal kau datang sini?" tanya Kayden dengan serius. "Relax, bro! Jangan la serius sangat. Aku datang sini sebab nak tengok syarikat aku kat sini. Yela... Takut-takut syarikat aku bankrap ke apa ke..." Nick menjungkitkan keningnya. Kedengaran seperti menyindir Kayden. "Baik kau beritahu aku. Kau nak apa datang sini? Aku ada banyak kerja nak siapkan ni. Kalau kau tak ada apa-apa nak cakap, kau boleh pergi." Kayden menyambung membuat kerjanya yang tergendala disebabkan oleh Nick.
"Woo... Chill bro. Jangan serius sangat. By the way, tujuan sebenar aku datang sini sebab aku nak maklumat tentang perempuan tu. Kau tahu kan siapa?" Nick bangun dari sofa dan kemudiannya dia duduk di kerusi yang berada di hadapan Kayden. "Senang je kau minta eh? Kau ingat aku nak bagi maklumat dia kat kau ke?" pertanyaan Kayden membuatkan Nick tersenyum sinis.
"It's okay kalau kau tak nak bagi. But jangan ingat aku tak buat apa-apa kat dia. Kalau kau tak nak bagi maklumat about her, aku takkan teragak-agak nak seksa dia. Ingat tu. Okla, jumpa lagi. Bye!" Nick memusingkan badannya ke belakang dan mula berjalan sambil mengangkat tangan dan melambai Kayden.
Setelah Nick keluar dari bilik Kayden, Kayden meraup mukanya menandakan yang dia tertekan kerana Nick mengganggu waktu kerjanya. "Apa yang aku nak buat ni?! Aku kena pastikan dia selamat. Kalau tak, dia akan jadi mangsa Nick." Kayden bangun dari duduknya dan duduk di sofa. Dia mula meregangkan tali lehernya. Kelihatan dia sangat tertekan dengan masalah ini.
♡!
LYA🫶🏻
Don't forget to vote <3
psycho nya Nick!!
YOU ARE READING
{OG} Hariz's ~ Darling ~
General Fiction| HARIZ IDRIS X ELLA DARYN | Kehadiran Hariz di dalam hidup Ella menyebabkan kehidupannya telah berubah. Dia tidak lagi dibenarkan untuk keluar tanpa pengawasan Hariz. Hal ini menyebabkan dia berasa rimas dan menyampah. Tetapi lama-kelamaan Hariz m...