"𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐"
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-"𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆"
-𝑰𝒓𝒊𝒔-╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯
❣
❣
❣ANITA cepat-cepat membetulkan tempat duduknya saat Yassin mula bercerita.
Kenalah fokus, nanti boleh jadi bahan gibah. Kan?
"Macam macam orangnya isteri sir eh?" matanya mencuri-curi pandang Iris berpura-pura tidak mahu mendengar.
"Hmm... Dia orang jenis yang unik, kadang-kadang dia nampak macam tak kisah sangat, tapi sebenarnya dia peka. Dia selalu perhatikan benda kecil yang orang lain tak nampak macam setiap hari,"
"Contohnya dia akan tengokkan arnab sir dan bersihkan sangkar walaupun tak kotor."
Iris membuntangkan matanya. Tak sangka lelaki itu tahu walaupun dia tiada di rumah kerana dia selalu membersihkan sangkar ketika tiada Yassin. Tapi... Macam mana lelaki itu boleh tahu? Jangan-jangan...
"Wow, jadi sir suka seseorang yang caring? Mesti isteri sir jenis yang soft gitu..."
Yassin mengangguk. Farhana dan juga Raja di situ sudah tersenyum kambing. Gadis itu menyenggol lengannya.
"Lembut tu..." Yassin berikir sejenak mengingat sifat isterinya.
"Mungkin bukan perkataan yang agak tersimpang jauh dari dia." tutur Yassin pelahan. Dalam fikiran penuh dengan Iris Rayhana.
Iris tayang poker face.
"Kenapa pula sir? Isteri sir ni kasar ke orangnya? Saya tengok pemalu aje dekat Mixue tu." hati Anita sudah mula curious. Fikirannya sudah mula melayang ingin berjumpa dengan isteri Yassin.
Padahal depan mata!
"Ya, pemalu bagi orang yang tak kenal dia. Dia nampak sangat clumsy kadang-kadang lucu tanpa dia sedar. Semua tu yang sir suka pasal dia, dia jadi diri dia sendiri bila berdepan dengan sir dan tak berpura-pura." tutur Yassin. Matanya bersinar pernuh dengan cinta.
Mikhael yang melihat itu berfikir di dalam hati bahawa pilihan yang terbaik Iris menjadi jodoh abangnya. Kerana dia sedar dia tidak akan mampu seperti Yassin.
"Bila dengar apa yang sir cakapkan, saya rasa taste kita samalah sir." Ammar yang entah dari mana mencelah.
"Eh, sejak bila kau ada dekat sini?" soal Iman sambil mengusap dadanya, terkejut dengan kepala Ammar yang tiba-tiba tersembul diantara dia dan Haziq.
"Sejak tadi. Aku rasa kumpulan korang menarik, aku joinlah sekali. Ternyata memang menarik ya... Jarang betul sir cerita pasal kehidupan dia. Lagi-lagi pasal isteri dia,"
"Dia punya sayang dekat isteri tu sampai tak kongsi siapakah sebenarnya si isteri walaupun hanya bercerita." ujar Ammar. Perkataannya membuatkan Iris tertunduk bermain dengan pasir pantai.
"Betulah tu," Yassin mengiyakan sambil tersenyum janggal.
"Tapi kenapa kau rasa taste kau dengan sir sama?" Raja sudah menanamkan curiga di dalam Ammar. Curiga ingin tahu.
"Sebab orang yang aku suka pun macam itulah orangnya." balasnya selamba. Bahu diangkat.
"Siapa?" serentak mereka semua yang ada di situ kecuali Iris dan Arjuna.
YOU ARE READING
[𝐂]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍
Romance⊱ᴋᴀʀʏᴀ ᴋᴇᴛɪɢᴀ ᴀɴᴛᴀsʜᴄʏᴀ⊰ "𝑂𝑛𝑐𝑒 𝐼 𝑓𝑒𝑙𝑙 𝑖𝑛 𝑙𝑜𝑣𝑒, 𝐼'𝐼𝐼 𝑛𝑒𝑣𝑒𝑟 𝑙𝑒𝑡 𝑖𝑡 𝑔𝑜" Jatuh cinta pada cikgu muda memang perkara biasa. Tetapi, terikat dengan ikatan perkahwinan antara cikgu dan murid luar biasa 𝐈𝐫𝐢𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐡𝐚𝐧𝐚...