"𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐"
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-"𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆"
-𝑰𝒓𝒊𝒔-╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯
❣
❣
❣FARHANA mengoncang tubuh Iris yang sedang tertidur dengan meletakkan kepala di atas meja.
"Ray! Bangun Ray!" katanya masih lagi membangunkan Iris yang tertidur kerana kelas tambahan Sir Amir yang membosankan.
Serta-merta Iris bangun. Jelas wajahnya mamai.
"Ha! Kenapa Far? Gempa bumi ke?" soalnya panik. Mujur hanya mereka bertiga Arjuna yang ada di kelas kerana yang lain masih lagi keluar untuk menunaikan solat Zohor.
Cun pula duo sahabat gila ini cuti serentak.
Farhana menggeleng.
"Tak... Bukan." dia menyangkal Iris.
Iris menguap kecil.
"Dah itu, kenapa kau kejutkan aku macam Sekolah Akedemik Bangsa ni nak roboh?" Iris tayang poker face.
Farhana tersengih. Manakala Arjuna sibuk menggangu cinta hatinya di dalam telefon. Sengihan lelaki itu bukan main lebar.
Ada yang kena block nanti kang...
"Hehe... Aku bukan apa." Farhana sengaja menggantung percakapannya. Tangan kanan dinaikkan lalu membuat gaya menyelitkan rambut.
Walaupun gadis itu bertudung. Saja dia mahu membuat aksi itu kerana ingin mengedik.
"Kau ni mengedik pulak..."
Farhana menepuk bahu Iris. Dia sudah bertukar mode slay.
"Bakal tunang kita datang rumah kita wak, malam ni." katanya tersipu malu. Mulut ditekup.
Manakan tidak? Sudahlah tunang datang dari overseas. Kacak pula tu! Siapa aje tak teruja? Meh sini jumpa kita. Eh?
"Ha, baguslah tu. Tak adalah hang duk mengedik dekat abang aku." balas Iris selamba membuatkan Farhana terus bertukar serius.
"Eh! Kalau wanita boleh berkahwin dua, dah lama aku sebat abang kau." seloroh Farhana.
Iris tertawa.
"Pergilah. Aku nak tengok kau mampu ke tak jaga abang Irfan tu." cabar Iris membuatkan Farhana terfikir akan perangai dingin bagaikan Kutub Utara milik Irfan.
Tak sanggup!
"Tak apalah. Baik aku jaga tunang aku yang bila dipandang sejuk hati rasa. Lagipun abang Irfan terlalu tua untuk aku. Kita suka yang muda aje." ujarnya selamba.
Dalam hati gadis itu sudah tertawa kerana teringat jarak umur antara Iris dan juga Yassin.
Iris jeling Farhana. Terasa!
"Kau nak kata laki aku tua terlalu tua untuk aku ke ni?"
Tawa Farhana terletus.
"Aku gurau aje babe... Laki tua mengancam apa." katanya bergurau dan masih lagi tertawa.
"Ee, gatal!" celah Iris walaupun fakta. Eh?
"Dahlah, baik kita berkemas. Nak kena gerak lab ni. Nanti kang mengamuk laki kau tu. Budak-budak yang lain tu biarlah diorang. Tinggal aje." peringat Farhana sambil mengemas buku yang ada di atas meja.
YOU ARE READING
[𝐂]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍
Storie d'amore⊱ᴋᴀʀʏᴀ ᴋᴇᴛɪɢᴀ ᴀɴᴛᴀsʜᴄʏᴀ⊰ "𝑂𝑛𝑐𝑒 𝐼 𝑓𝑒𝑙𝑙 𝑖𝑛 𝑙𝑜𝑣𝑒, 𝐼'𝐼𝐼 𝑛𝑒𝑣𝑒𝑟 𝑙𝑒𝑡 𝑖𝑡 𝑔𝑜" Jatuh cinta pada cikgu muda memang perkara biasa. Tetapi, terikat dengan ikatan perkahwinan antara cikgu dan murid luar biasa 𝐈𝐫𝐢𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐡𝐚𝐧𝐚...