Dengan ini saya tamatkan karya ketiga saya, SUAMIKU CIKGU YASSIN. Okey, saya tahu ramai yang tidak berpuas hati dengan ending. Tapi sini saya nak declare bahawa ending tu tergantung oleh kerana ada di dalam SPECIAL CHAPTER yang akan datang.
Saya tak dapat tentukan tarikh spesifiknya tapi saya akan cuba usahakan. Saya nak cakap juga yang segala kekurangan, harap dapat diterima dan dari segi tatabahasa, typo dan juga masa update. Berikut ada persoalan yang mungkin menjadi persoalan. eh?
Q1. Kenapa nama watak lelaki dalam cerita ni Yassin? Ih lapuknya!
- Sebab cerita ni based on sy sendiri yang pernah berangan kahwin dengan cikgu praktikal. Jadi nak 'merealisasikan' berangan tu saya ambilah nama cikgu tu... haihhh... TAPI BUKAN NAMA PENUH!! (sbb sy sendiri pun tk tahu nama penuh cg yassin... haih...)
Q2. Lepas ni akan ada lagi tak cerita vibe sekolah macam ni?
- Akan ada, tetapi 2 tahun akan datang sebab saya akan hiatus selama 1 ke 2 tahun. Jadi kalau nak tahu perkembangan, boleh follow acc Wattpad saya. Tapi apa yang saya boleh katakan, ada cerita untuk Arjuna dan juga Mikha
Q3. Mana dapat idea nak tulis cerita ni?
-Saya sahkan cerita ini seratus-peratus daripada hasil imaginasi dan beberapa babak dalam kisah realiti saya. Kesamaan pada karya penulis lain tidak disengajakan.
Q4. Tak rasa macam Yassin ni pedo ke? Sebab jarak umur jauh
- Ya, mungkin ada segelintir yang ada rasa macam tu tapi dekat sini saya nak tekankan yang saya tidak menyokong pun hubungan (pedo) ini. Hanya berniat berkarya dan tidak mengalakkan sama sekali. Kalau berniat nak mengecam sebab kisah ni murid dan cikgu, silalah saya tak kisah sebab dah suka hati sayalah nak tulis apa dalam cerita saya.

YOU ARE READING
[𝐂]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍
Romance"𝑂𝑛𝑐𝑒 𝐼 𝑓𝑒𝑙𝑙 𝑖𝑛 𝑙𝑜𝑣𝑒, 𝐼'𝐼𝐼 𝑛𝑒𝑣𝑒𝑟 𝑙𝑒𝑡 𝑖𝑡 𝑔𝑜" Jatuh cinta pada cikgu muda memang perkara biasa. Tetapi, terikat dengan ikatan perkahwinan antara cikgu dan murid luar biasa! 𝐈𝐫𝐢𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐡𝐚𝐧𝐚 nama tidak se'ayu' tuann...