“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯
❣
❣
❣IRWAN memandang tajam ke arah Ricky yang berlakon seolah dia adalah mangsa keadaan.
"Sekarang ni pilih, kamu nak selesaikan cara baik dekat dalam bilik ni atau kamu nak cikgu panggil ibu bapa masing-masing datang ke sekolah?"
Diam. Tiada jawapan yang diberikan oleh kedua-dua pihak. Masing-masing kekal dengan ego masing-masing membuatkan guru yang bergelar Encik Nizam itu mengeluh.
"Nampaknya cikgu kena-"
"Cikgu!" Iris memotong percakapan yang hendak disampaikan oleh Encik Nizam.
"Saya dengan Irwan nak minta maaf atas yang terjadi harini. Tolong jangan libatkan ibu bapa kami." ujar Iris dengan tatapan merayu.
Dia mahu perkara ini selesai di sekolah sahaja.
"Baiklah, sekolah akan keluarkan surat amaran dan minta ibu bapa kamu tandatangan surat amaran akujanji ni." dia menyuakan surat itu dihdapan mereka satu-persatu.
Ricky tersenyum kemenangan manakala hati Irwan semakin membara.
Lelaki itu mengambil kasar surat tersebut sebelum dia berlalu begitu sahaja keluar dari bilik disiplin.
"Bodoh! Aku nak back-up kau aje!" marahnya pada Iris lepas sahaja mereka keluar.
"Biarlah.. Kau lupa ke syarikat ayah si Ricky tu salah satu syarikat yang minta ayah melabur dalam syarikat diorang?"
Irwan terdiam sambil memakai kasutnya. Dia ingin mencerna apa yang dikatakan oleh kakaknya itu.
Tik!
Dahi adiknya dijentik.
"Engkau ni! Apa yang ayah ajar pasal perniagaan takkan tak ingat?"
Marah Iris memandangkan mereka dari kecil sedikit sebanyak diajar tentang perniagaan.
"Ih akak sakit tahu? Straight to the point ajelah." ringisnya.
"Jadi, disingkatkan cerita. Kita jelaskan dekat ayah pasal perkara ni lepas itu suruh aje ayah tarik balik apa yang dia laburkan dekat syarikat tu." jelasnya membuatkan sang adik terangguk-angguk.
"Ouh... Faham..."
Pandangan jengkel dilontarkan oleh Iris kepada Irwan.
"Dah, pi balik kelas. Nanti petang aku datang rumah dengan abang ipar kau." ujar Iris sebelum dia pergi.
╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯"APA bendalah yang orang duk bisik-bisik sampai tenung macam nak makan aku." omel Iris sendirian sambil menaiki tangga menuju ke kelasnya.
"Argh!" jerit Iris tiba-tiba tatkala dia merasakan dirinya ditarik masuk ke suatu tempat.
Mulutnya ditekup sebelum orang tersebut mengunci pintu bilik stor kosong itu.
YOU ARE READING
[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍
Random⊱ᴋᴀʀʏᴀ ᴋᴇᴛɪɢᴀ ᴀɴᴛᴀsʜᴄʏᴀ⊰ "𝑂𝑛𝑐𝑒 𝐼 𝑓𝑒𝑙𝑙 𝑖𝑛 𝑙𝑜𝑣𝑒, 𝐼'𝐼𝐼 𝑛𝑒𝑣𝑒𝑟 𝑙𝑒𝑡 𝑖𝑡 𝑔𝑜" Jatuh cinta pada cikgu muda memang perkara biasa. Tetapi, terikat dengan ikatan perkahwinan antara cikgu dan murid luar biasa 𝐈𝐫𝐢𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐡𝐚𝐧𝐚...