"HM siapa pulak call hm angkat je la"
Aku terus angkat panggilan itu."Hello siapa ni?"
Terus aku bercakap di talian."Nurissa Alya hm?"
Aku dengar suara garau itu di dalam panggilan."Ya saya ada apa ya encik call saya? Kita kenal ke?"
Terus aku bertanya kepadanya."Balik rumah kau sekarang"
Terus panggilan diletakkan."Aik balik rumah kenapa eh? Hm tak apa la balik je la"
Terus aku galas bag dan keluar dari cafe.Sampai sahaja aku di rumah aku sudah agak hari ini ialah majlis pertunangan aku.
"Ha sampai pun kau dik nah baju pergi tukar bakal mak mentua kau nak sarung cincin nanti"
Abang Amir mula menyapa aku."Hm mak Abang Qeel ke?"
Aku sudah tahu tapi buat-buat tanya je la."Kalau tahu jangan buat tanya-tanya cepat la tukar baju tu nanti majlis pertunangan dah nak bermula"
Aku mula mengangguk lalu ke bilik salin pakaian.Keluar sahaja aku dari bilik bersama pakaian pertunangan aku, terus aku nampak mak ayah Aqeel dan keluargaku menoleh ke arahku.
"Assalammulaikum bakal menantu mummy"
Terus sahaja mak Aqeel sarungkan cincin di jari manisku.Aku pula hanya tersenyum manis ketika photographer menangkap gambarku bersama mak Aqeel.
"Mana Abang Aqeel mummy tak nampak pun dia" Aku mula mencari kelibat Aqeel tapi tak jumpa.
"Dia ada urusan jadi kami yang akan uruskan kamu okay je kan?" Datin Sri Amira melihatku, aku hanya mengangguk kepala tanda tidak mengalah.
Habis sahaja tugasan Aqeel terus membuka telefon bimbitnya dari poket seluar. Terpapar nama 'Amir Qushairi'.
Aqeel terus menekan mesej yang dihantar oleh Amir.
Gambar itu yang Aqeel nampak. Amir menghantar gambar mummynya menyarung cincin kepada jari Alya.
Aqeel tersenyum melihat gambar itu.
Dan ya dia gembira akhirnya dia dapat bersama wanita yang dia cintai."Forever mine, Nurissa Alya" Gumam Aqeel keseorangan.
Aku keluar untuk ke pantai kerana Zamir mahu menjumpa denganku. Aku pun tidak tahu kenapa dia mahu berjumpa denganku.
Sampai sahaja di pantai aku mencari kelibat Zamir namun tiada pula.
"BAA!!"
Terkejut aku Zamir ni tegur aku hampir luruh jantungku."Ish dah kenapa bagi orang terkejut"
Aku mula mendengus geram.Zamir pula hanya tersenyum sinis.
"Nak apa jumpa saya?"
Aku mula berpusing menghadapnya."Saja rindu nak tengok muka awak" Manis sungguh ayat Zamir ni tapi aku tidak akan termakan dengan kata-kata itu.
"Hm kalau tak ada apa-apa saya nak balik" Aku mula melangkah setapak namun Zamir mengambil tanganku.
"Apa ni Zamir lepas lah haram tahu tak sentuh perempuan yang bukan mahram"
Aku muka marahnya."Santai, saya cuma nak bercakap dengan awak kenapa nak balik cepat sangat hm?" Zamir melepaskan tanganku.
"Betul awak tak nak kembali pada saya sayang?" Dia muka tengok mukaku dengan muka yang kesian.
"Eh Zamir! Kenapa kena panggil sayang hah? Geli tahu tak?!" Dengan nada geram aku berbicara dengannya. Dan aku takkan sesekali tertipu dengan perangai buaya darat Zamir itu.
"Saya dah bertunang Zamir dan tiada siapa boleh gantikan tempat bakal suami saya" Aku memandang muka Zamir jelas nampak mukanya seperti menahan marah.
"Siapa tunang awak? Dia ikhlas ke nak jaga awak?" Bertubi-tubi Zamir lemparkan soalan kepadaku.
Belum sempat aku jawap terasa di belakang aku ada orang dan ya dia yang menjawap soalan Zamir.
"Aku bakal suami dia kau siapa nak dia kembali dekat kau?" Suara garau itu mula aku kedengaran aku pusing ke belakang dan nampak tubuh yang berdiri tegap dan orang itu ialah Aqeel Luthfi!
"Abang Qeel? Macam mana Abang Qeel tahu saya dekat sini?"
Aku nampak Aqeel memandang aku."Masuk kereta aku hantar kau balik"
Sekali sahaja amaran Aqeel bagi.Aku mula menggeleng kepala.
"Tapi saya datang dengan kereta saya habis tu kereta saya macam mana?""Masuk je la dalam kereta" Tegas Aqeel berikan arahan.
Aku hanya mengganguk dan masuk ke dalam kereta Aqeel.
"Jadi kau bakal suami Alya huh?" Zamir tersenyum sinis.
"Kau jangan kacau Alya aku nampak muka kau lagi tahu la kau akibatnya"
Muka Aqeel hanya tegang."Asal kau takut aku apa-apa kan dia? Aish lepas aku curang belakang dia bertambah cantik Alya tu mungkin aku baru sedar kecantikan dia" Zamir hanya menayang muka selambanya.
Aqeel hanya meninggalkan Zamir malas mahu melayan orang gila.
"Woii jaga elok-elok bakal isteri kau ada masa aku balas! Ada ubi ada batas, ada hari aku balas!" Zamir menjerit.
Aqeel masuk di dalam kereta dan melihat Alya sedang melihatnya.
"Abang Qeel buat apa dekat Zamir?" Aku mula bertanya.
"Jangan banyak cakap la kau duk diam aku nak bawak kau berbincang Kita sekeluarga" Terus sahaja Aqeel menghidupkan enjin kereta.
"Hah buat apa nak jumpa keluarga kita? Ada apa-apa nak dibincangkan ke Abang Qeel?" Aku mula gelisah.
"Eh kau jangan gelisah boleh tak bukan aku buat apa sampai sana kau tahu la" Terus sahaja Aqeel memandang ke hadapan jalan raya.
YOU ARE READING
Leftenan Aqeel Luthfi (OG)
RomancePada mulanya pertemuan yang kali pertama mereka berjumpa , mereka berjumpa buat pertama kali oleh kerana Alya meneman abangnya ke pangkalan untuk abangnya menyelesaikan sesuatu hal kerjanya di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) oleh ker...