SAMPAI sahaja di pangkalan Abang Amir parking kereta BMW M5. Keluar sahaja aku dari perut kereta aku nampak semua mata tertumpu padaku mungkin mereka tidak pernah nampak yang Amir membawa perempuan mana-mana ke pangkalan.
"TUAN AMIR!"
jerit anak buahnya, Amir menghentikan langkahnya lalu pusing ke belakang lalu anak buahnya tabik hormat."Perempuan ni siapa ya Tuan Amir? Tak pernah nampak pun Tuan Amir bawak mana-mana perempuan kat pangkalan"
Anak buahnya bertanya kepada Abang Amir aku pula di sebelah Abang Amir."Adik saya ni nama dia Nurissa Alya"
Abang Amir menjawab soalan dari anak buahnya.
Aku hanya tersenyum apabila anak buahnya melihat ke arahku."Cantik nama dia cantik macam orangnya juga"
Anak buahnya menjawap. Aku pula sudah tersenyum malu."Nama saya Iyyad boleh panggil Yad selamat berkenalan Nurissa Alya"
aku menunduk kepala sedikit tanda salam berkenalan."Okay la Yad aku nak pergi dorm sat phone tertinggal sudah-sudah la try adik aku ni"
Abang Amir mengusik Iyyad."Baik Tuan Amir ala bukan selalu jumpa adik Tuan Amir saya minta diri dulu"
Aku melihat Iyyad meminta diri lalu pergi dari kami.Masuk sahaja ke dalam dorm aku melihat susuk lelaki tinggi lambat betubuh tegap. Abang Amir memanggil namanya.
"Weh Qeel tak balik lagi?"
Abang Amir menegurnya aku hanya melihat lelaki itu tinggi,kacak,bertubuh tegap siapa sahaja perempuan kalau lihat dia tidak jatuh cinta?"Eh Amir buat apa dekat sini ada hal apa-apa ke?" Aqeel Luthfi bercakap lalu dia memandang aku.
"Adik kau ke Amir?"Abang Amir hanya mengganguk kepalanya.
"Aku tertinggal phone aku pastu aku nak pergi dekat anak buah aku nak bincang sesuatu aku nak tinggal adik aku jap dekat kau boleh?"
Amir meminta izin Aqeel dahulu."Boleh kau pergi la aku tolong jaga"
Aqeel memberi jawapan."Terima kasih Qeel, dik kau duk sini dengan Aqeel Luthfi jangan pi mana-mana hilang aku tak tau eh dengar cakap Abang Aqeel ni"
aku hanya mengganguk faham.Hilang sahaja Abang Amir aku melihat lelaki itu sedang kemas barang. Macam tahu-tahu lelaki itu sedang diperhatikan dia berhenti mengemas lalu berpusing ke arahku.
Dia mula bertanya kepadaku.
"Nama kau apa?"
dia tanya kepadaku aku pula membalas"Nama saya Nurissa Alya abang boleh panggil Rissa ataupun Alya kalau nama abang ape?"
Aqeel hanya melihat aku lama lalu dia menjawap.
"Aqeel Luthfi boleh panggil Qeel ataupun Luth"
Aku mengangguk faham lalu aku menjawap."Jadinya boleh saya panggil Abang Qeel?"
Aku meminta izin dahulu.Dia hanya mengganguk.
Dia membuka topik perbualan lagi.
"Umur kau berapa?"Aku pun menjawap soalannya.
"Umur saya 22 tahun beza dengan Abang Amir 2 tahun je kalau Abang Qeel umur sama dengan Abang Amir ke?"
Aku mula bertanya.Dia sekadar memandang aku lalu tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
"Hm sama je umur macam abang kau 24 tahun juga jadinya aku beza dengan kau 2 tahun juga"Aku hanya tersenyum manis kepadanya.
kemudian aku nampak Abang Amir masuk ke dalam dorm.
"Abang Amir dah habis kerja?"
Aku bertanya kepada Abang Amir."Dik kau boleh tak tunggu sini aku lama lagi nak balik aku mai pun sebab nak bagitau kau tapi kalau kau nak balik naik la kereta aku ataupun naik grab sebab aku memang lambat sikit balik maybe malam satgi baru nak balik ada hal nak buat"
Abang Amir kata kepadaku

YOU ARE READING
Leftenan Aqeel Luthfi (OG)
RomancePada mulanya pertemuan yang kali pertama mereka berjumpa , mereka berjumpa buat pertama kali oleh kerana Alya meneman abangnya ke pangkalan untuk abangnya menyelesaikan sesuatu hal kerjanya di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) oleh ker...