"ABANG Qeel" Aku cuba menyedarkannya.
Pandangan Aqeel mula tertumpu di wajahku.
"Tak cantik ke baju ni kalau tak cantik kita boleh pilih lain" Jika Aqeel mahu tukar yang lain akanku ikutkan sahaja.
"Tak payah kau tunggu pulak aku, aku nak pakai baju pulak" Terus Aqeel berdiri dan berjalan ke bilik persalinan.
"Cantiknya bakal bini aku Ya Allah tak sabarnya aku nak kahwin ARGHHH" Guman Aqeel di persalinan bila dia keseorangan.
Lama aku tunggu Aqeel tak keluar juga ish lamanya dia bersiap macam ni ke dia tunggu aku bersiap tadi?
Ingin sahaja aku melangkah untuk memanggilnya terus dia ada di hadapanku.
"Nak pergi mana?" Soal Aqeel.
Keras tubuhku melihat ketampanan Aqeel memakai pakaian perkahwinan kami.
Pelayan di butik itu datang ke arah kami
"Sama padan kamu berdua saya tinggalkan kamu berdua kalau dah siap panggil sahaja saya.. saya minta diri dulu""Sama padan hm?" Aqeel tergelak kecil.
"Saya nak tukar baju lah"
Baru membuka satu langkah terus Aqeel memanggilku."Nurissa Alya sini" Aku pandang belakang untuk melihat Aqeel.
"Tangkap gambar dengan aku sini"
Aqeel mengeluarkan iPhone 13 Pro Max.Ternganga mulutku dia ajak aku tangkap gambar kan aku tak salah dengarkan?
Aqeel melihatku. Keningnya terjongket sebelah.
"Dah kenapa ternganga mulut tutup mulut kau tu aish nasib belum halal kalau tak aku dah tolong tutupkan"Tersenyum nakal Aqeel.
"Ish mengarut la Abang Qeel ni ha cepat lah kata nak tangkap gambar" Terus aku mendekatinya.
"Sini kita selfie mirror dulu"
Aqeel sudah bergerak ke arah yang ada cermin besar untuk bertangkap gambar.Peh pandai jugak Aqeel ni selfie mirror eh aku ingatkan dia ni tak suka selfie-selfie kataku di dalam hati.
Terus sahaja aku melangkah ke arah Aqeel.
Kami berdua menangkap beberapa keping gambar baju perkahwinan kami.
"Excuse me, boleh tolong tangkap gambar kami berdua?" Terus Aqeel memanggil pelayan di situ.
"Boleh 1..2..3.." Pelayan itu menangkap beberapa keping gambar.
Pelayan itu serah telefon itu kepada Aqeel.
"Thanks" Itu sahaja Aqeel ucapkan.
"Nak tengok Abang Qeel" Terjongket-jongket kakiku nak tengok gambar tu ye la Aqeel ni dah la tinggi yang aku pulak pendek!
"Siapa suruh pendek kan dah tak dapat tengok" Terus Aqeel melangkah ke arah bilik persalinan.
Habis sahaja selesai urusan di butik pakaian perkahwinan kami terus Aqeel mengajakku untuk mengisi perut dahulu sebelum menghantar aku balik.
Sampai sahaja di tempat makan terus kami oder makanan.
"Aqeel Luthfi is that you?" Perempuan itu menghampiri meja kami.
Aku kerutkan kening siapa perempuan ni? Bekas kekasih Aqeel ke? Pernah ada hubungan dengan Aqeel ke? Banyak soalan yang ada di otakku.
Terkejut Aqeel disapa oleh perempuan itu.
Perempuan ini yang mummy daddynya mahu jodohkan dengannya.
"Buat apa dekat sini?" Soal Aqeel tanpa menoleh ke arah perempuan itu.
"Saja I jalan-jalan dekat sini then I terjumpa you tu la I datang tegur you" Perempuan itu melihat ke arahku.
Perempuan itu menoleh kepalanya ke arahku.
"Hii you mesti bakal isteri Aqeel kan? Apa nama you?""Nurissa Alya you can called me Alya"
Singkat sahaja aku menjawapnya malas nak melayan."Nice to meet you Alya! my name Dhani ex Aqeel" Berkerut keningku ex Aqeel ke ni betul ke dia cakap?
"Eh bila masa kau ex aku? Aku couple pun tak pernah tak payah perasan" Terus Aqeel menjawapnya takut Alya salah faham.
Haa padam muka perempuan nama Dhani ni perasan sangat!
"Ish you ni Aqeel!" Marah Dhani.
"By the way can I join you both lunch? I pun tak makan lagi ni" Terus sahaja dia mengambil tempat duduk sebelah Aqeel.
Aku? Tak jealous cuma menyampah nampak macam perangai gediknya tu.
"You okay kan I duduk sebelah Aqeel?"
Saja Dhani mahu memanaskan keadaan.Aku cuma tahan daripada menjulingkan mata di atas. Dan aku cuma mengangguk.

YOU ARE READING
Leftenan Aqeel Luthfi (OG)
RomansaPada mulanya pertemuan yang kali pertama mereka berjumpa , mereka berjumpa buat pertama kali oleh kerana Alya meneman abangnya ke pangkalan untuk abangnya menyelesaikan sesuatu hal kerjanya di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) oleh ker...