Bab 2

156 7 0
                                    

      TERUJA betul aku setelah nampak abangku pulang dari tempat kerjanya aku berlari untuk memeluk Abang Amir
"ABANG AMIR!! Rindunya Alya dekat Abang Amir!! Abang Amir sihat??"
Terlalu teruja sampai aku jerit memanggil namanya. Siapa saja tak teruja setelah sekian lama aku berpisah dengan Abang Amir aku ni, kami berpisah pun kerana Abang Amir perlu melunaskan tanggungjawabnya untuk melindungi negara ini.

Abang Amir membalas pelukan aku.
"kau ni kalau rindu aku sangat jangan lah sampai jerit sakit telinga aku dengar kau jerit tadi"

Aku mendengus geram pantas sahaja aku cubit Abang Amir.
"HAA ambik ni kan dah kena orang lepaskan rindu boleh dia melawak haa kan dah dapat padahnya padam muka kan sakit tu"

Amir menggosok perutnya yang telah jadi mangsa cubitan adiknya.
"Woi kau ingat tak sakit ke pedih gila eii aku! nasib adik kalau bukan adik aku, aku dah liku pala hang"

Mama papa aku hanya menyaksikan gelagat anak dua orang itu.
Puan Nadine bersuara.
"Dah balik dah anak sulong mama ni rindunya mama dekat kamu macam mana kerja okay?"

Amir salam mamanya terlebih dahulu lalu memeluk mamanya.
"Kerja okay je mama, tapi tu la nama pun kerja ada la pening sikit nak selesaikan tapi mama jangan risau semua okay je"

Amir beralih kepala ke arah papanya, lalu dia tabik hormat.
"TUAN!"

Tuan Emir membalas tabik hormat tersebut.
"Anak papa dah besar dah sekarang makin kacak dah sekarang"

Amir tersenyum lalu melabuhkan punggung ke sofa mereka berbual-bual banyak cerita Amir ceritakan aku hanya mendengar ceritanya. Selepas berbual terlalu lama Puan Nadine menyuruh anaknya Amir untuk membersihkan diri dahulu Amir menaiki anak tangga untuk membersihkan diri. Aku juga ke bilik aku untuk membuat kerja. Pada waktu malam kami makan satu keluarga sungguh meriah dengan suara aku dan Abang Amir.

"Eh dik esok pagi siap awai teman aku pi pangkalan"
Amir menukar topik perbualan.

Aku pula yang binggung.
"Buat ape pi pangkalan Abang Amir kena lapor diri dah ke baru je Abang Amir dapat cuti takkan dah nak balik"

"Ish kau ni agak-agak la aku baru je nak merasa bercuti, aku lapor diri lagi 2 minggu aku tertinggal phone dekat dorm, aku esok nak pi ambik tu aku ajak kau teman aku, lagipun kau pernah kata nak ikut aku pergi pangkalan kan? so esok kau first time la jejak kaki dekat pangkalan tu"
Amir berkata kepada Alya.

Aku mengganguk faham.
"Kalau macam tu boleh la esok Alya teman Abang Amir pergi pangkalan"

Selesai sahaja makan malam kami semua masuk ke bilik masing-masing untuk berehat yang aku ketuk bilik Abang Amir

"Abang Amir boleh Alya masuk?"
Aku meminta izin dahulu sebelum memasuki bilik Abang Amir.

"Masuk la bilik tak kunci"
Aku dengar suara Abang Amir dalam bilik itu memberi kebenaran untuk aku masuk ke dalam biliknya.

"Abang Amir boleh Alya tanya?"
Aku meminta izin dahulu kepada Abang Amir.

"Hm tanya la"
Abang Amir sudah memberi kebenaran.

"Esok kan Alya teman Abang Amir pergi pangkalan ada tak kawan Abang Amir yang hensem-hensem ada Abang Amir kenal-kenal kan la dia dekat Alya hehe"
Alya tersengih.

Amir menjentik dahi aku.
"Eh kau jangan gatal sangat eh kalau kau gatal memang aku tak bawak kau esok"

Aku menggosok dahiku.
"Ish sakit laa, ish ye la orang tanya je pun tu pun nak marah jangan marah sangat Abang Amir nanti cepat tua baru tahu"

Amir Amir mengecilkan matanya melihat aku.
"Eh kau tidur la awal esok lambat aku tinggal dah pi blah dari bilik aku shuh, shuh dasar nyamuk"

Aku ternganga apa dia cakap aku nyamuk!? kalau nyamuk gigit orang kan?Pantas sahaja aku mengambil tangan Abang Amir lalu gigit
"Haa padam muka kan dah kena sebelum Abang Amir marah Alya lari dulu dadaaa"

Aku lari sebelum Abang Amir bising dekat aku terus sahaja aku keluar lalu masuk ke dalam bilik aku.Aku juga dapat mendengar suara kesakitan Abang Amir HAHAHA padam muka siapa suruh cakap aku nyamuk kan dah kena.

"WOI SAKIT LA GILA KAU MAI SINI"
Abang Amir jerit di dalam biliknya.

Pada waktu pagi aku sudah bangun awal lalu menunaikan sembahyang subuh setelah sudah solat subuh terus aku pergi ke bilik air untuk membersihkan diri. Habis sahaja aku keluar dari bilik air, aku menyarung baju dan skirt labuh yang telah aku letak di atas katil aku, setelah siap menyarung baju dan skirt aku itu, aku memilih shawl untuk dipakai. Aku lihat pantulan diriku di cermin perfecto outfit aku pada hari ini ! aku mengenakan sedikit lipbalm lalu menyembur perfume.

Aku turun menuruni satu per satu anak tangga untuk ke dapur. Sampai sahaja ke dapur aku sudah nampak susuk tubuh Abang Amir lantas aku duduk di atas meja. Aku melihat Abang Amir menjeling aku mungkin dia Masih marah tentang perkara semalam aku buat hehe.

"Abang Amir marahkan Alya tentang hal semalam?"
Aku mula bertanya kepada Abang Amir.

"Kau tau tak sakit habis lebam haish nasib adik"
Abang Amir hanya menjeling aku.

"Alya minta maaf hehe eh Alya tunggu luar la Abang Amir kata nak pi pangkalan kan?"
Aku mula bertanya.

"Ha ah kau tunggu luar dulu tolong start engine kereta sekali nah kunci"
Abang Amir menyerahkan kunci BMW M5 kepada aku.

Aku keluar rumah lalu menghidupkan engine kereta itu.

Aku melihat Abang Amir keluar lalu masuk ke pintu pemandu aku pula di sebelahnya duduk di bahagian penumpang.

Leftenan Aqeel Luthfi  (OG)Where stories live. Discover now