Bab 15

113 1 0
                                    

      TIBA hari yang Aqeel tunggu sudah tiba. Hari akad nikahnya dan majlis perkahwinannya bersama wanita yang dia cintai Nurissa Alya.

Aqeel duduk berhadapan dengan Ayah Nurissa Alya. Berdebar nak salam dengan bapak mertua ni sudah practice banyak kali supaya tiada kesilapan kalau ada kesilapan buat malu sahaja harap urusan semua berjalan dengan lancar.

"Tu anak papa dah sampai boleh kita mulakan Aqeel?" Ujar Tuan Emir.

Aqeel memandang ke arah belakang. Ternampak wajah berseri Nurissa Alya yang akan digelar isterinya sebentar sahaja lagi.

Menawan cantik semua mata di situ tertumpu pada Alya. Memang padan Aqeel Luthfi yang kacak dan Nurissa Alya yang mempunyai kecantikannya.

"Sama padan naa pengantin lelaki dengan pengantin perempuan" Ujar salah satu tetamu di situ.

Semua orang mengiyakan memang betul apa yang tetamu itu cakap.

Aqeel sudah tersenyum manakala muka Alya dah merah padam menahan malu.

"Kita mulakan sekarang ya Aqeel?" Tuan Emir membetulkan posisi duduknya.

Aqeel cuma mengangguk.

Semua tetamu mulai senyap. Aku pula sudah berdebar menantikan moment ini.

Tuan Emir mengambil nafas dan bercakap dengan nada serius.

"Aqeel Luthfi bin Dato Sri Ariffin"

"Saya"
Aqeel menjawap.

"Aku nikahkan dikau dengan anakku Nurissa Alya binti Mohammad Emir dengan mas kahwinnya RM10,000 ringgit dibayar tunai"

Aqeel mengambil nafas sebelum
membalasnya.

"Aku terima nikahnya Nurissa Alya Binti Mohammad Emir dengan mas kahwinnya RM10,000 ringgit dibayar tunai"

Tanpa tersekat sedikit pun Aqeel melafazkan akad nikah tersebut.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

Ujar Abang Amir dan Dato Sri Ariffin sebagai saksi.

Dengan sekali lafaz sahaja Nurissa Alya sudah menjadi isteri Aqeel Luthfi yang sah.

Habis sahaja membaca doa Aqeel bangun lalu ke arah yang baru menjadi isteri sahnya sekarang ialah sesi pembatalan air sembahyang.

"Assalammulaikum isteri Abang.."
Lembut sahaja percakapan Aqeel.

Nasib aku duduk kalau tak mahu longlai aku jatuh di lantai lain sangat Aqeel sebelum menjadi suami aku dan selepas jadi suami aku.

"W-waalaikummussalam" Gagap aku menjawapnya.

Aqeel mengambil cincin di dalam kotak ditepinya.
"Sini tangan sayang, abang nak sarungkan cincin ni"

Jap tadi dia panggil aku sayang kan? Jantungku mula berdegup kencang.

Aku menghalakan tanganku untuk Aqeel. Aqeel menyarungkan cincin di jari manis ku.

"Okayy pengantin baru ni rapat sikit nak tangkap gambar"
Photographer itu mengarahkan.

Aqeel melihatku dan mencium dahiku lama. Aku pula hanya berlagak tenang tetapi jantung dah berdegup kencang.

                                                                       

Selepas akad nikah pada waktu petang kami juga mengadakan majlis perkahwinan kami.

Di dalam bilik hotel aku berdua dengan suamiku Aqeel Luthfi.

"Kenapa tengok Abang macam tu hm?"
Lembut sahaja Aqeel berbicara denganku.

"Abang Qeel nampak macam lain la"
Jujurku. Sebelum kahwin kasar lepas kahwin baru aku nampak sisi lemah lembutnya.

"Aip jangan panggil Abang Qeel panggil 'Abang' saja" Aqeel melabuhkan punggungnya di sebelahku.

"Lagi satu kan Abang pernah cakap lepas kahwin memang Abang lain, Abang jadi macam ni dengan sayang ajee" Meleret suara Aqeel.

Aku hanya tergumam dengan perubahannya.

Aqeel mengambil tanganku dan digenggam kemas.

Ingin sahaja aku menarik tanganku terkejut aku tiba-tiba Aqeel menggengam tanganku.

"Aipp sayang.. Abang ni suami awak dah halal dah pun boleh je pegang" Tersenyum nakal Aqeel.

"Tapi saya tak biasa lagi la" Merengekku.

Aqeel memegang tanganku erat.
"Sentuh Abang, lama-lama biasa la tu"

"Hm Abang saya nak tanya sesuatu boleh?" Tanyaku dahulu.

"Boleh sayang tanya la nanti nak kena turun majlis perkahwinan kita lagi nanti lambat orang kata apa la" Terkedek-kedek Aqeel bergelak.

"Ish Abang ni tak nak la saya tanya nak bersiap" Ingin sahaja aku bangun terus tanganku ditarik Aqeel. Aku terjatuh di betisnya.

Ya Allah malunya kenapa kena jatuh tempat tu?

"Sayang tanya la Abang nak dengar" Aku membetulkan posisi menghadapnya.

Gulp!

Telan air liurku bila aku pusing badan kebelakang muka Aqeel yang tersenyum nakal yang aku tengok.

"Sweet kan kita? Lepas kahwin sayang dah duduk atas Abang" Aqeel tersenyum nakal.

"Ish apa Abang ni" Ingin sahaja aku bangun terus Aqeel menghalangku.

"Aip sini sayang tanya la soalan awak nak tanya abang tunggu ni" Aqeel membetulkan posisi dudukku.

"Bila Abang balik pangkalan nanti mesti saya sorang hm" Masam terus mukaku.

"Amboi sayang tak sabar Abang balik pangkalan ya? Tak rindu Abang ke nanti?" Terus Aqeel mengusikku.

"Isteri mana tak rindu suami kalau berjauhan" Terus aku menunduk kepala.

"Abang cuti sebulan saja sayang.. sayang boleh ikut abang pergi pangkalan tapi takut awak bosan pulak ataupun tinggal rumah mama papa sayang ke sayang nak duduk rumah mummy dan daddy abang hm?" Banyak betul soalan Aqeel melemparkan kepada aku.

"Hm nak duduk dengan mummy dan daddy Abang la kan jadi menantu yang baik tu kan?" Tersenyum aku kepada Aqeel.

"Boleh Abang izinkan nanti apa-apa bagitahu Abang tau jom turun mesti ramai tunggu kita tu" Aqeel bangun dari tempat duduknya lalu keluar bilik.

Aku mengkori Aqeel.

Sampai sahaja di pintu majlis terus Aqeel menggengam erat tanganku. Kami berjalan bersama-sama sambil melambaikan tangan ke arah tetamu.

Sampai sahaja di pelamin terus Aqeel mempelawa aku untuk duduk.


Sorry guys lambat update busy sikit jangan marah ii ye hehe

Leftenan Aqeel Luthfi  (OG)Where stories live. Discover now