Bab 5

171 4 0
                                    

      SUDAH habis cuti 2 minggu Abang Amir. Masanya untuk dia balik ke pangkalan untuk menjalankan tanggungjawabnya untuk melindungi negara.

"Abang Amir, nak Alya tolong hantar Abang Amir ke pangkalan? Alya tak ada kerja apa-apa hari ni jom la Alya tolong hantarkan"
Aku tawarkan diri untuk menghantar Amir ke pangkalan.

"Eh tak payah la nanti kau balik sorang-sorang pula bahaya"
Abang Amir menolak tawaranku tapi aku peduli apa aku tetap berkeras mahu bawa Abang Amir ke pangkalan.

"Alaa Abang Amir ni, kalau tinggal kereta kat pangkalan tu bukan selalu Abang Amir naik, Abang Amir kan selalu naik phew, pheww"
Aku buat tanganku berayun naik ke atas seolah-olah macam tengah mengambarkan Sukhoi 30 mkm Malaysia itu berada di udara.

"Apa pheww, phew kau?"
Abang Amir tak tahu kot aku tengah buat apa.

"Abang Amir kan selalu pandu Sukhoi 30 mkm Malaysia"
Cakapku aku tengok reaksi Abang Amir seolah-olah terkejut macam mana aku boleh tahu.

"Kau tahu mana dik pasai Sukhoi 30 mkm Malaysia ni siapa bagitau kau?"
Abang Amir menanti jawapanku.

"Masa Abang Amir ada kerja kat pangkalan, Abang Qeel bawak Alya pergi
tengok Sukhoi 30 mkm Malaysia tu"
Kataku.

Abang Amir hanya buat 'O' tanda dia faham.

"Boleh la kau tak pe ke kalau balik sorang-sorang nanti?"
Abang Amir bertanya kepada aku.

"Boleh je nak bawak BMW M5 Abang Amir boleh kan?"
Dah lama aku tak bawak BMW M5 Abang Amir ni last bawak pun bila aku terbagi calar kereta dia ye la masa tu first time nak ambik lesen kereta.

"Boleh janji jangan bagi calar kereta aku sudah"
Ingat lagi rupanya Abang Amir ni aku pernah calarkan kereta dia HAHAHA.

"Iye iye dah jom nanti lambat pulak Abang Amir nak laporkan diri"
Aku sudah keluar dan memasuki dalam kereta.

Sampai sahaja di pangkalan anak buah Abang Amir semua menegurku nampak gayanya mereka sudah tahu yang aku ini adik kepada Abang Amir.
Aku hanya tersenyum apabila menegurku.

Pergi sahaja Abang Amir untuk laporkan diri, terasa belakang aku ada orang terus aku pusing ke belakang dan aku melihat susuk lelaki tinggi lampai sedang memandangku aku juga memandangnya lama nampaklah mata hazel lelaki itu lelaki tinggi lampai yang aku maksudkan Aqeel Luthfi!

Baru sahaja aku ingin membuka mulut dia terus bertanya.
"Buat apa dekat sini?"

"Teman Abang Amir lepasni nak balik dah"
Balasku sambil muka tunduk ke bawah.

"Lepas ni kau nak pergi mana?"
Tanya Aqeel kepadaku.

"Lepas ni ingat nak jumpa kawan lepastu malam terus balik"
Memang lepas ni aku ada temu janji nak jumpa kawan baik aku itu.

Aqeel hanya mengganguk kepala.

"Abang Aqeel saya nak pergi dah nanti tolong cakap dekat Abang Amir kata saya dah balik tau assalammulaikum"
Ingin saja aku melangkah terus Aqeel memanggil namaku.

"Nurissa Alya"
Aku toleh kebelakang. Aqeel serahkan aku rantai tenteranya.

"Aqeel Luthfi, 378912"
Aku menyembut tulisan yang ada di rantai itu.

"Aku bagi dekat kau waktu aku tak ada ni, jaga elok-elok rantai tu"

Aku memandang pelik ke arah Aqeel dengan wajah polos aku memandangnya.

"Kenapa Abang Qeel bagi dekat saya kalau cinta hati Abang Qeel marah macam mana?"

Aqeel hanya tersenyum.
"Kau ambik la kau tak sudi ke nak terima hm?"

Leftenan Aqeel Luthfi  (OG)Where stories live. Discover now