Bab 18

63 1 2
                                    

"Tu" Aqeel menjuih bibir ke arah yang menghantarnya ke sini.

Abang Amir.

Cakap pasal Abang Amir baru aku teringat lama dah tak jumpa dia rindu pulak nak kacau dia. Ye la semenjak kahwin dengan Aqeel tak ada masa maklumlah pengatin baru kan.

"ABANG AMIRR!!" Dengan teruja nya aku lari ke arah kereta Abang Amir tak pandang kiri kanan dah lintas jalan.

Muka Aqeel dah gelabah apabila Alya melintas jalan tidak tengok kiri kanan kalau kena langgar macam mana? Siapa susah dia juga.

Muka Amir hanya tenang dia kenal sangat perangai adiknya ini suka buat masalah dan buat orang risau.

"Hii Abang Amir" Tersenyum aku apabila tengok Abang Amir juga senyum kembali ke arahku.

Baru Amir melihat muka Alya dia sudah menjentik dahi lincin Alya itu nakal!

"Padan muka" Tergelak Amir apabila melihat adik perempuannya Alya seperti mahu marah kepadanya.

"ABANG AMIR APA NI JENTIK DAHI ALYA" Tak sakit mana. Tapi suka-suka hati aje mai jentik.

"Kau kerja risaukan hati orang aje, lagi- lagi suami kau tu la aih menyampah betul aku kena bawak suami kau pulak cari kau" Tergeleng kepala Amir suami isteri dua-dua menyusahkan.

"Eleh daripada Abang Amir single, tengok Alya ada suami handsome macam Abang Aqeel!" Terus aku kalihkan pandangan di sebelahku nampak Aqeel baru tiba dari melintas jalan.

"Sayang tadi tak tengok kiri kanan dulu ke? Nanti ada kereta langgar awak cedera siapa susah Abang jugak, siapa nak jawap dekat mak ayah awak Abang jugak" Nampak macam keluluhan kecil dari mulut Aqeel.

Tapi kenapa aku macam terasa? Dia tak suka ke aku buat perangai macam tu?

Tanpa aku sedari mataku sudah berair.

"Ya Allah sayang, kenapa tiba-tiba nak menangis ni? Abang buat apa kat sayang? Ke Amir buat sayang hm?" Aqeel cuba untuk memujuk Alya.

Heh dia ingat senang nak pujuk perempuan ke? Dah buat orang terasa lepastu tak tahu salah apa dia buat.

"Aih mula dah perangai busuk dia" Aku mendengar Abang Amir ketawa.

"Mana perangai busuk! Abang la ni buat
Alya menangis!" Terus aku merajuk pandai-pandai la Aqeel nak pujuk aku. Kalau dia tak pujuk memang tidur luar la jawapnya!

Leftenan Aqeel Luthfi  (OG)Where stories live. Discover now