HABIS sudah cuti Aqeel. Aku menghantar pemergian Aqeel ke pangkalan. Berat hati untuk berjauhan bersama Aqeel tapi nak buat macam mana memang dia kena berbakti pada negara yang tercinta.
"Sayang kenapa muka masam aje ni" Terus Aqeel menoleh ke arah isterinya.
"Nanti saya sunyi tak ada abang" Merengek manja aku, aku hanya tunjuk perangai manja aku dengan orang tertentu.
"Sayangg lagi 3 bulan kita jumpa lagi, pejam celik pejam celik nanti dah 3 bulan" Berat hati Aqeel untuk melepaskan isterinya tinggal bersama kedua orang tuanya harap mummy dan daddy layan Nurissa baik-baik sahaja lah.
"Abang jaga diri tau tu ramai dah masuk barisan" Aku menunding jari ke arah orang yang membuat barisan untuk melaporkan diri.
"Alamak lambat lah abang, abang pergi dulu sayang jaga diri tau" Bergegas Aqeel berjalan untuk masuk barisan.
"Kirim salam dekat Abang Amir!" Aku menjerit dan Aqeel hanya mengangkat tangan gaya thumb up.
Aku memasuki kereta lalu meninggalkan pangkalan itu. Kata Aqeel terus balik ke rumah mummy dan daddy kalau nak pergi mana-mana harus memaklumkan kepadanya atau mummy daddynya.
Aku hanya mengeyakan pesanan yang Aqeel beritahu aku itu.
Tiba-tiba tekakku rasa nak minum air slurpee 7-Eleven elok juga kalau beli, cuaca panas ni boleh la bel.
Terus aku tukar strereng kereta ke kedai 7-eleven.
Sampai sahaja aku di 7-eleven aku parkingkan kereta betul-betul di depan kedai 7-eleven.
Sebelum aku keluar aku sudah menghantar pesanan kepada Aqeel.
Masuk sahaja aku ke 7-Eleven ada sekumpulan remaja berbisik tapi aku masih mendegarnnya.
"Weh weh awek tu jom try lawa tu" Remaja lelaki itu siap menyiku kawannya.
Aku memilih untuk tidak melayan remaja itu malas hendak layan dapat tahu dekat Aqeel marah teruk dia.
Sampai sahaja aku di mesin slurpee terus aku mengambil cawan dan memilih perisa anggur ermm sedapnya minum panas-panas ni!
Habis sudah aku bayar slurpee aku terus aku kembali ke kereta. Mahu sahaja aku ke kereta ada orang memanggil aku.
"Hai dik single tak abang nak nombor boleh?" Dapat aku melihat sekumpulan remaja yang tadi cakap tentangku itu.
Erk? Dah kenapa tegur aku nampak sangat ke aku awek muda?
"Excuse me?" Aku berpaling ke arah sekumpulan remaja itu.
"Abang nak try bo-" Belum sempat lelaki itu habiskan kata terus dia terdiam.
Eh kenapa pulak lelaki ni diam tadi kemain cakap dengan aku?
Aku tengok dari matanya nampak macam ada seseorang di belakang aku. Terus aku pusing ke belakang nampak Aqeel! Dengan seragamnya yang lengkap.
"Kau kenapa budak nak kacau isteri aku?" Dingin sahaja Aqeel bercakap dengan lelaki itu.
"H-hah isteri encik ke?" Takut-takut budak tu menjawap.
"For you information she is Mrs Aqeel." Tajam sahaja pandangan Aqeel ke arah remaja itu.
"Kami minta maaf encik tak tahu pulak isteri encik err kami pergi dulu" Mereka semua berlari. Ha! Tahu takut!
"Abang!" Baru aku bersuara dengan Aqeel.
"Sayang, abang cakap apa tadi?" Aqeel mengingatkan ku pesanannya tadi.
"Tahu abang cakap balik terus tapi saya dah message abang kan saya nak pergi beli slurpee dekat 7-eleven saya teringin la" Terus aku memeluknya.
"Eh abang datang dengan siapa dekat sini?" Baru aku perasan yang Aqeel datang berseorangan.
"Tu" Aqeel menjuih bibir ke arah yang menghantarnya ke sini.

YOU ARE READING
Leftenan Aqeel Luthfi (OG)
RomancePada mulanya pertemuan yang kali pertama mereka berjumpa , mereka berjumpa buat pertama kali oleh kerana Alya meneman abangnya ke pangkalan untuk abangnya menyelesaikan sesuatu hal kerjanya di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) oleh ker...